BonusCoin Banner

Selasa, Disember 26, 2006

Lawak

Dapat daripada emel.... lama dah tak masuk opis... hehehe

SATU

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami;

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila
pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang
kenal isteri dia?"

DUA

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10
ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri
hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita
bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam".

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".

Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... "Ayang nie nak
bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

TIGA

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong
yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di
tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.

Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul
taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil
keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia
berkata, "Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam
taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia
berkata, "Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia
pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja
dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG TAIK! NASIB BAIK
AKU TAK TERPIJAK!!!"

EMPAT

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa
dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus
datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo....
saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali : ?????????????

LIMA

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi
hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??

Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu
RM1000.

Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang
diam.

Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta
lagunya.

ENAM

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu
hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : "I'm sorry "

Pelancong : "I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan
oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : "I'm sorry. three"

Pelancong : "What are you sorry for?"

Gadis : "I'm sorry, five"

TUJUH

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si
gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian
atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian
bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus
membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah
pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA
BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

LAPAN

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin
dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman
sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja
kecuali Robert.

Suzy : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi,
jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula
kepada ibunya.

Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan
sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh
kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan
anaknya.

Suzy :Ha!!??!!

hahahaha

Bangga

Aku teringat salah satu pesanan ustaz masa sekolah dulu.... salah satu pesanan yang aku terima ialah "banggakan diri menjadi anak atau isteri". Pesanan yang disampaikan oleh seorang ustaz sebelum kami pulang bercuti semester masa aku tingkatan 2 kalau tak silap.

Antara kupasan pesanan adalah untuk anak-anak sebaya dengan aku pada waktu itu. Sering kita dengar dan nampak, bila anak-anak dah meningkat umur mereka tidak mahu lagi ikut ibu atau bapa keluar bersama. Tak kiralah pergi shopping, kenduri, balik kampung, jumpa kawan atau apa-apa sahaja. Ustaz juga berpesan kepada kami supaya ikut sahaja apa kemahuan mereka selagi ia tidak bertentang dengan syarak. Memanglah mereka akan kata tidak apa jika tidak ikut bersama, tetapi hakikatnya anak-anak / isteri akan membuat hati ibu bapa / suami menjadi begitu tenang dan bangga. Kini bila aku dah berkeluarga, perasaan itu aku rasakan terlalu perlu.

Aku bertekad semenjak itu, aku sentiasa mengikut kemana sahaja abah mengajak aku. Walaupun aku ini tidak berminat untuk menonton bola, tetapi bila di ajak ke stadium aku tidak menolak. Malah aku dapat rasakan, abah, tok dan ayah sunguh berbangga dengan kehadiran aku disisi.

Semalam juga telah berlaku perkara yang sama. Mak dan abah singgah berehat di rumah sebelum berangkat pulang ke Lumut. Mak ada mengajak Nuqman balik ke Lumut. Macam biasa Nuqman akan gembira dapat ikut berjalan. Tetapi dia terpaksa tolak kerana Pica tidak ikut bersama. Nuqman pun tidak mahu berpisah dengan adiknya.

Sabtu, Disember 23, 2006

BOOST 2006

Team Building NIOSH datang lagi... kali ini tukar konsep sikit. Buat dalam hutan lak. Kami buat di Alang Sendayu, Gombak. Aktiviti lebih kurang macam S.O.S. dan L.E.A.P. cuma relex sedikit. Kali ini di beri nama B.O.O.S.T. (Breakthrough Outdoor Obstacled Situational Teambuilding). Aktiviti berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 20hb sehingga 22hb Disember 2006. BOOST kali ini adalah untuk kumpulan bukan eksekutif NIOSH.

Macam biasa, aku pergi sebagai kuli dan mata pengurusan. Seronok dapat buat akticiti lain sikit seperti Jungle Trekking, Abseiling tepi air terjun dan Flying Fox sambil menembak (paint ball).

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersiap naik bas

Photobucket - Video and Image Hosting
Pendaftaran

Photobucket - Video and Image Hosting
Sesi ramah mesra

Photobucket - Video and Image Hosting
Aktiviti kumpulan

Photobucket - Video and Image Hosting
Junggle trekking

Photobucket - Video and Image Hosting
Air terjun buat abseiling

Photobucket - Video and Image Hosting
bergambar bersama-sama

Photobucket - Video and Image Hosting
Briefing war game

Photobucket - Video and Image Hosting
Super Bandit

Photobucket - Video and Image Hosting
Tapak kem

Photobucket - Video and Image Hosting
Tapak perang dan flying fox

Photobucket - Video and Image Hosting
antara target

Photobucket - Video and Image Hosting
Tapak perang

Yang menariknya.... kumpulan kali ini agak extreme sikit. Hehehehe

Jumaat, Disember 15, 2006

Bela ikan

Balik dari NFD 2006 (8-10 Dis 2006) minggu lepas. Kami sekeluarga berehat di rumah hari isnin (cuti keputeraan Sultan Selangor). Semua kemaruk nak bela binatang... hasil balik dari Bukit Merah, Eco Park ler nie...

Jadi isnin pagi, balik dari sarapan... kami singgah Pet Shop di Bandar Seri Putra. Beli ler satu set pembelaan ikan beserta 2 ekor ikan puyu... Semua sekali dalam RM18 modalnya. Seronok dapat lihat Nuqman dan Pica punyalah excited dpat bela ikan. Siap rancang nak bela arnab pulak lepas nie

Photobucket - Video and Image Hosting
2 ekor ikan puyu

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica main-main dengan ikan

Photobucket - Video and Image Hosting
Persiapan untuk ikan

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dan Nuqman tengok ikan

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman syok tengok ikan

Punyalah macam-macam berangan. Nak beli akuarium yang lebih besar untuk rumah baru.... Malangnya, 2 ekor ikan puyu nie bergaduh sampai mati. Jangka hayat cuma 5 hari jer kat rumah kami. Balik rumah tengahari tadi, dah terlompat keluar sekor ikan dari akuariumnya...

NIOSH Family Day 2006 - day 3

3rd day... aktiviti dipernuhi dengan lawatan ke pulau orang utan dan eco park. Malangnya kami tidak berkesempatan ke Pulau Orang Utan... Aku sibuk menguruskan tiket-tiket peserta NIOSH yang hilang.

Camanapun memang seronok di Eco Park. Seronok Pica dan Nuqman dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis binatang. Boleh sentuh dan bagi makan... memang satu pengalaman yang teramat menarik untuk anak-anak... Insya-Allah kalau ada rezeki lebih, boleh kami ke sini lagi...

Photobucket - Iskandar dan fitriah
bersama family di eco park

Photobucket - eco park
Pica dan ......

Photobucket - Video and Image Hosting
Umi, Pica dan biawak

Photobucket - Video and Image Hosting
abah, pica dan ular sawa

Photobucket - Video and Image Hosting
bermain-main dengan hamster

Photobucket - Video and Image Hosting
tikus

Photobucket - Video and Image Hosting
pica beri makan rusa

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman beri makan rusa

Photobucket - Video and Image Hosting
Umi dan arnab

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dan kura-kura

Photobucket - Video and Image Hosting
Umi dan Nuqman

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica pilih motor

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica bawa back-hoe

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica

Photobucket - Video and Image Hosting
Umi dan Nuqman lumba kereta

Photobucket - Video and Image Hosting
Umi, Pica dan Nuqman

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dan Nuqman naik kereta

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica atas convoy car

Photobucket - Video and Image Hosting
On the way balik

Alhamdulillah.... NFD 2006 antara perkara yang menggembirakan aku tahun ini.... Murah rezeki NIOSH dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan tahunan macam nie...

Khamis, Disember 14, 2006

Thoughts change when status changes

This is true...

Thoughts change when status changes...

There was a blind girl who hated herself just because she's blind.

She hated everyone, except her loving boyfriend. He's always there for her.

She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she can see everything, including her boyfriend.

Her boyfriend asked her, "now that you can see the world, will you marry me?"

The girl was shocked when she saw that her boyfriend is blind too, and refused to marry him.

Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying.

"Just take care of my eyes dear."

This is how human mental thoughts changes when their status changed.

Only few remember what life was before, and who's always been there even in
the most painful situations.



Life Is A Gift

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion.

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around.

Life is a gift
Live it
Enjoy it
Celebrate it

Rabu, Disember 13, 2006

NIOSH Family Day 2006 - day 1 and 2

Tahun nie NIOSH menganjurkan Family Day 2006 (NFD 2006) di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak. Tahun nie kami sefamily bertolak dengan bas. Kami bertolak jam 3 petang 8hb Disember 2006. Seronok anak-anak dapat naik bas.

Sampai dalam jam 8 malam. Terus check-in dan pergi BBQ dinner.... Alhamdulillah, dinner amat menarik dan mewah. Lepas dinner kami sekeluarga menunggang kereta kuda keliling resort...

Photobucket - Video and Image Hosting
On the way, atas bas

Photobucket - family bbq dinner
welcome dinner

Photobucket - Video and Image Hosting
naik kereta kuda

Photobucket - Video and Image Hosting
Fit dan kuda

Photobucket - Video and Image Hosting
Fit and Nuqman

Aktiviti sukaneka diadakan di water park. Besar water park Lake Town... cuma kami terlalu sibuk sehingga tak dapat nak round-round keliling water park... kecewa gak...

Petang balik bilik dan kemudian ada sukaneka. Malangnya hujan turun dengan lebat dan sukaneka terpaksa di batalkan. Balik basah kuyup dan malam ada grand dinner. Makan style cina. Dan tahun nie aku dapat set 'tupperware' sebagai cabutan bertuah. Alhamdulillah...

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Fit - sukaneka

Photobucket - Video and Image Hosting
bersama badut sukaneka

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica posing

Photobucket - Video and Image Hosting
Anual dinner

Next ---> 3rd day

Selasa, Disember 12, 2006

IsteriKu

Dari member...

Aliyah

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu . Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,! sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Penghabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hamper 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia sendiri diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cubamencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis
bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada:
Asraf Mukmin,

Suami tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

  1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Baru harum pewanginya seakan sepanjang masa, berlawanan dgn Aliyah.. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
  2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. T! api, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
  3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibupada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

hehehe.... ntah ler....

Selasa, Disember 05, 2006

Puisi Buat Isteri

Dapat email dari seorang sahabat...

Istriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

***Balasan Puisi sang istri***

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN
ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan akupun juga
tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt
sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti... Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?


hehehe

Selasa, November 21, 2006

Gathering Raya TDKz

Alhamdulillah... berjaya gak program gathering raya nih... punyalah semangat, aku sampai jam 4.30 petang... Syimah pon tak siap lagi... tak lama lepas aku sampai, hujan lebat lak... punyalah cuak. Nasib baik hujan kejap jer.. tunggu punya tunggu, Datang ler Fahmi, Sherry, Ade, Ajoey petang tue....

Alhamdulillah, ramai gak yang hadir malam tue... rasa macam bangga sangat... collection pon banyak lebih... boleh bawak ke next gathering...


Asyimah, Fahmi, Ajoey dan Aku


Pica minta orang makan


Aku, Ajoey dan Irman Tooth


Antara suasana BBQ


Meeting / perbincangan

Gambar-gambar semua ihsan daripada Sherry. Next Gathering will be at PD.... tunggu....

banyak nak citer tapi malas........ kerja banyak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...