BonusCoin Banner

Jumaat, Disember 31, 2010

Selain screamyx

Balik-balik hantar report.... Kenapa la tempat aku ni tak boleh subscribe broadband lain??? TM Screamyx is so full of bulls#|t...




- Posted using iPhone

Location:Jalan Seri Putra 3/F,Kajang,Malaysia

Khamis, Disember 16, 2010

TheShida: Mahu bekerja sebagai ESH Officer?

TheShida: Mahu bekerja sebagai ESH Officer?

saja-saja merayau... terjumpa blog pasal safety officer.... jadi elok di perpanjang-panjangkan.... info yang sangat berguna untuk sesiapa yang beminat menjadi safety officer... nak suuh aku taip... alamat berzaman laa... hehehe

Rabu, Disember 15, 2010

Ron95 vs Ron97

"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.

RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95
RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km

Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.

RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km

Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.

Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?

Nantikan kajian daripada Grand Livina sepanjang 6 bulan yang lalu....

Jumaat, November 12, 2010

NIOSH Business 2011

Retreat di Awana Genting... Dari 10 Nov 2010 ke 13 Nov 2010... Banyak yang dibincang... Masa ni aje pun nak jumpa semua pengurus NIOSH termasuk wilayah...




Lepas solat Jumaat, giliran NCSB bentang. Insya-Allah lepas jam 5 boleh balik.

- Posted using iPhone

Location:Smart Hwy,Kuala Lumpur,Malaysia

Isnin, November 08, 2010

Takde kerja

Saja-saja test nak update guna iPad. Dah 2 minggu iPad ni dalam tangan, cuma rasa malas nak guna untuk bekerja. Buat beberapa menjak ni... Rasa malas sangat nak bekerja. Kata orang semangat hilang... Kenapa hilang????? susah untuk aku meluahkannya...

Harap dalam sehari dua ni dapatlah aku semangat untuk bekerja balik...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Seri Putra 3/F,Kajang,Malaysia

Rabu, Oktober 27, 2010

Hati

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan
adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika
raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya
".

Ikut hati mati,ikut rasa binasa... Sepanjang 2 tahun 6 bulan aku di tempatkan, pelbagai cobaan dan pengalaman telah di anugerahkan kepada Allah swt. Syukur Alhamdulillah, Semua ini telah lebih mematangkan pemikiran dan tindakan. Setiap tindakan kini lebih yakin dan kukuh. Walaupun memakan masa, namun kejayaan yang di kecapi terasa teramat manis.

Aku percaya selama ini, kebanyakkan daripada kita hanya mementingkan diri sendiri... termasuklah aku... walau sebanyak manapun penafian kita, satu quote yang pernah aku baca:

"In all intellectual debates, both sides tend to be correct in what they affirm, and wrong in what the deny."
John Stuart Mill

Mungkin kita tidak perasan... tapi ada kebenarannya. Setiap daripada kita kan merasa diri ini hebat, dan biarlah kehebatan itu merupakan kehebatan yang menyerlahkan diri. Islam menuntut kita memohon Jalan yang Lurus setiap hari... bukan 5 kali tetapi 17 kali sehari semalam... mohon di beri petunjuk Jalan yang Lurus daripada Pencipta yang maha Esa. Subhanallah. Dan seharusnyalah, kita memperolehi jalan yang lurus. Apabila umatnya memohon dan terus memohon... Insya-Allah jalan yang lurus itu akan di berikan.

Isnin, Oktober 18, 2010

Retreat - Standard Malaysia

1st thing to do after check-in is check the wi-fi connection speed. Alhamdulillah, the connectionis pretty smooth... And the speed is acceptable... Hope I can maintain the connection.



Im using ookla speedtest apps for getting information on the wifi speed.

For download speed of 590kbs... Its good...

- Posted using iPhone

Selasa, Oktober 12, 2010

Own medicine

A wife was making a breakfast of fried eggs for her husband. Suddenly, her husband burst into the kitchen.

'Careful,' he said, 'CAREFUL! Put in some more butter! Oh my gosh! You're cooking too many at once. TOO MANY! Turn them! TURN THEM NOW! We need more butter. Oh my gosh! WHERE are we going to get MORE BUTTER?

They're going to STICK! Careful. CAREFUL! I said be CAREFUL! You NEVER listen to me when you're cooking! Never! Turn them! Hurry up! Are you CRAZY? Have you LOST your mind? Don't forget to salt them.

You know you always forget to salt them. Use the! Salt. USE THE SALT! THE SALT!' The wife stared at him. 'What in the world is wrong with you? You think I don't know how to fry a couple of eggs?'

The husband calmly replied, 'I just wanted to show you what it feels like when I'm driving.'


- Posted using iPhone

Location:Jalan Seri Putra 3/F,Kajang,Malaysia

Rabu, Oktober 06, 2010

Trust

kongsi daripada internet...

TRUST is a very important factor for all relationships. When trust is broken,
it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion
generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation.

A telephone operator told me that one day she received a phone call. She
answered, "Public Utilities Board." There was silence. She repeated, "PUB."
There was still no answer. When she was going to cut off the line, she Heard a
lady's voice, "Oh, so this is PUB. Sorry, I got the number from my Husband's
pocket but I do not know whose number it is."

Without mutual trust, just
imagine what will happen to the couple if the telephone operator answered with
just "hello" instead of "PUB".

Apa lagi nak di kato?... percayaah... itu sebab orang kata sebuah perkahwinan yang sempurna adalah bilamana si Suami adalah PEKAK dan si Isteri adalah BUTA. Bila suami pekak dia tidak dapat mendengar bebelan si isteri dn si iseri yang buta tidak sentiasa melibat kelemahan suaminya...

Selasa, September 21, 2010

Stage 2 Audit

Minggu ini audit Stesen Janakuasa TNB di Manjung, Perak. Lama dah aku tak join audit... Dan kali ni bawak kereta NIOSH, Naza Ria... Semua sekali ada 3 orang auditor tak termasuk aku. Dan kali ini ada tambahan pemerhati daripada Standards Malaysia.
Alhamdulillah, proses audit hari pertama berjalan lancar.
Dan sepanjang audit kali ini, kami menginap di Orient Star Resort di Pekan Lumut. Bilik besar dan pemandangan cantik. Dengan wi-fi percuma... Rugi dan sayang family tak datang ikut sama. Nuqman cuti selasa sampai khamis sebab ada UPSR.



- Posted using iPhone

Location:Jalan Raja Musa,Lumut,Malaysia

Ahad, September 12, 2010

Sabtu, September 04, 2010

Alhamdulillah

Burpppp... Alhamdulillah...



Selesai berbuka... Fit dalam perjalanan ke Sydney... Pagi tadi sampai dari Alor Setar dengan AirAsia... Lepak-lepak sampai teksi Fit untuk ke KLIA jam 6 ptg...

Tengah fikir apa nak makan Sahur esok sampailah sahur hari isnin... Nasib baik anak-anak kat kedah...

- Posted using iPhone

Location:Jalan Seri Putra 3/F,Kajang,Malaysia

Rabu, Ogos 25, 2010

Hari Layan Web

Apa lah yang aku bazirkan sepanjang separuh hari nih.... Senang cerita mood untuk aku bekerja amat-amat berkurangan... macamanapun pagi tadi terbaca satu petikan daripada Quran, Subhanallah...

Allah lah sebijak-bijak membalas (perancangan) tipudaya.
Al Maidah : 54

Rasa tenang sikit selepas itu... dan kemudian aku memulakan hari dengan membaca Google Reader... beribu posting ada.... tak terbaca sangat pon...

Sempat singgah website legohacker. Dapat link daripada TrekToday. Blog seorang budak berumur 12 tahun yang mengodam set Lego Star Wars kepada kapal-kapal angkasa Star Trek. Ada bebeapa kapal daripada set-set Lego Star Wars tertentu. Antara kapal angkasa yang di buat ialah Klingon Battle Cruiser, Dominion Battle Cruiser, Federation StarShip, dan beberapa mini dan micro lego.... terasa semangat nak bongkar balik lego aku dan buat balik Land Speeder dan X-Wings.

Aku kemudiannya singgah ke blog Bebas Hutang, tertarik dengan artikel berkenaan inflasi. Daripada laman web BH:

Apa itu INFLASI?
Inflasi bermakna “kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum”. “Harga umum” bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu.

Sempat singgah cisdel.com. Antara blog yang banyak kongsikan gambar-gambar unik didalam laman web. Antara post yang aku suka ialah karekter daripada Lego, tips ibu mengandung dan dan tips menjaga bayi.

Ok... sat lagi kena keluar bekerja lagi....

Khamis, Ogos 12, 2010

ASB

Jadual di atas merupakan maklumat berkenaan purata unit di dalam ASB, ASW 2020 dan ASM. Data menunjukkan purata unit bagi pemegang saha di dalam ASB ialah 10 ribu... jadi sasaran aku ialah menjadi lebih daripada purata.... sepatutnya aku ada lebih separuh dari nilai purata...

Macamana nak dapat nilai purata? Asal ada lebih sikit, ada sahaja yang memerlukan... serba salah aku... takpe, kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.... jadi azam pertama ialah tidak mahu keluarkan lagi ASB tahun ini dan azam kedua cuba mletakkan diri lebih dari nilai purata... Insya-Allah

Selasa, Ogos 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan datang lagi.... insya-Allah esok seluruh umat Islam akan berpuasa tidak kira di mana sahaja... jadi dengan itu aku nak minta maaf kepada semua dan sesiapa sahaja yang terbaca tulisan ini....

Jumaat, Ogos 06, 2010

Menderma darah menurut perpsektif Islam

25 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pemindahan darah (blood transfusion) adalah perkara yang baru dan muncul pada kurun yang ke 20. Semenjak ianya muncul , para fuqaha mengharuskan sekalipun nas-nas syara’ menyatakan najisnya darah yang mengalir dan haram penggunaannya melainkan dalam keadaan darurat.

Haram menggunakan darah dengan cara makan dan minum melainkan dalam keadaan darurat. Haram juga menjual menjual darah atau menggunakan darah dalam apa jua bentuk melainkan dalam keadaan darurat.

Diantara ayat-ayat dan hadis-hadis yang menggalakkan menolong adalah seperti berikut:

Firman Allah swt:

Dan sesiapa yang menyebabkan manusia hidup maka seumpama menghidupkan manusia keseluruhannya.” (32: Al-Maidah)

Firman Allah swt:

“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)

Nabi saw bersabda:

من نفس عن مؤمن كربة نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

“Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan orang beriman, Allah akan melepaskan satu kesulitan dari sejumlah kesulitannya pada hari kiamat. Allah menolong hambanya selagi mana hambanya menolong saudaranya.” (Hr Tirmizi)

Nabi saw bersabda:

من استطاع أن ينفع أخاه فليفعل
“Sesiapa yang mampu untuk memberi manfaat kepada saudarnya hendaklah dia melakukannya.” (Sahih Muslim)

Pemindahan darah adalah salah satu bentuk bantuan yang amat diperlukan dan salah satu cara untuk menolong orang yang susah dan menyembuh pesakit. Darah tersebut tidak dikira darah yang mengalir yang dihukum najis kerana ia dijaga dan dikembalikan ke dalam tubuh badan manusia serta mengalir di urat seperti mengalirnya darah-darah yang biasa.

Bagaimana pula dengan darah kafir?

Syeikh Ismatullah Inayatullah telah berkata:

“Tidak ada beza diantara darah kafir dan darah orang islam pada asal pensyariatan untuk menggunakannya dan pengharusan memindahkannya ketika perlu. Sesungguhnya seperti mana diharuskan berkahwin dengan ahli kitab dan membentuk anak2 hasil dari perkahwinan itu dengan percampuran darah, maka pengharusan pemindahan darah diantara muslim dan kafir lebih patut diharuskan. Darah yang dipindahkan hanya bantuan bukanlah membentuk tubuh yang asal.”

Syarat-syarat pemindahan darah dari segi syara’ adalah seperti berikut:

  1. Bagi penderma: Baligh, berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat apa-apa kemudaratan dengan sebab menderma darah.
  2. Bagi penerima: Hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat (memerlukan). Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya.
  3. Pemindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Diharuskan menggalakkannya dengan diberi pingat.Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam telah menyatakan:

    "Adapun majlis ini berpendapat haran hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah . Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Quran bersama bangakai dan babi. Perkara yang haram dimakan , haram jual beli dan mengambil bayaran. Telah datang hadis yg sahih:

    إن الله تعالى إذا حرم شيئا حرم ثمنه
    Maksudnya: "Sesungguhnya Allah swt apabila mengharamkan sesuatu, akan mengharamkan harga bayarannya."

Para ulama kontemperori telah bersepakat pada pengharusan pemindahan darah sehinggalah ulama yang mengharamkan pemindahan anggota juga mengharuskan pemindahan darah. Syeyd Abul A’la al-Maududi ulama yang mengharamkan pemindahan anggota telah berkata:

“Harus disisiku memindahkan darah kepada pesakit untuk menyelamatkan nyawanya. Tidak ada sebab untuk mengharamkannya dan menegahnya.”

Ahad, Julai 25, 2010

Aksesori baru iPhone

Tidak lagi kekurangan bateri semasa berjalan... Al maklumlah, iphone banyak apps yang menarik dengan keperluan sentiasa online (bergantung kepada apps). Semalam sempat singgah epiCentre di Pavilion, KL beli CAPDASE Dual USB Car Charger.


Harga yang di tawarkan ialah RM58. Ini yang paling murah, untuk car charger iPhone... Ada yang lagi murah, tapi tulis untuk iPod sahaja. Nak selamat, beli ajelah...



Masuk dalam kereta terus buka dan cas iPhone... Dalam 30 minit cas hanya 12% sahaja yg berjaya di cas.
Pakej termasuk kabel USB. Dan dia sertakan sekali cover plastik USB. Dan kabel USB yang dibekalkan 1 1/2 kali lebih panjang daripada kabel yang disediakan oleh Apple.





- Posted using iPhone

Jumaat, Julai 23, 2010

Rabu, Julai 21, 2010

Aktiviti malam

Hari ni balik agak lewat. Alhamdulillah NCSB dapat lagi satu client...

Ptg ni Fit amik di pejabat. Lps shj turunkan kami di rumah, dia terus sambung kerja d KL.



Lps goreng.... Makan







Nuqman makan 2 sandwich ayam + telor. Dapatlah aku merasa sekeping...



Irisa makan nugget sambil tengok TV... Janji aku tak duduk guna komputer, dia akan buat kerja sendiri.... Kalau tak alamat dia akan duduk di meja komputer sekali...


Habis makan, kami naik mandi, tukar baju dan turun bawah balik.... Teman Nuqman siapkan kerja sekolah.

- Posted using iPhone

SPAM LHDN

tajuk emel : New email message from Inland Revenue Board of Malaysia

Usah terpedaya dengan RM 700!. Email ini adalah satu penipuan. Disertakan
bersama adalah kenyataan rasmi daripada LHDN berkenaan perkara ini. Atau
tuan-tuan boleh layari laman web LHDN sendiri untuk meklumat lanjut.

http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/index.jsp?process=4100&newsid=102

Kalau gatal-gatal klik... alamat abislah password CIMBclick.....

Harap maklum.

optimise blogspot

Seharian mencari masih tidak ketemui.... macamana nak optimise laman web blogspot untuk telefon? aku dah berjaya set laman web NIOSH Certification Sdn Bhd ke versi 'mobile'... jadi pelayar mobile (iphone, android, palm DSB) dapat versi yang ringkas.... untuk blogspot tak pasti... ada ke kat setting?

masih mencari.... walaupun sepatutnya aku siapkan tesis MSc aku... mood tak sampai lagi sebab sepatutnya aku hantar bulan lepas... jadi setakat hari ini.... semangat nak menulis tak nampak lagi.... "semangat yang hilang...."

Rabu, Julai 14, 2010

Apps Diguna

Dalam tempoh 16 jam, apps-apps yang digunakan ialah:

  • iBearMoney
  • SimpleSense
  • Hottest Apps
  • World War (Online Games)
  • Analytics
  • FreeAppADay
  • OpenFeunt
  • BlogPress
  • Slay (Games)
  • Twitterrific
  • TweetDefense (Games)

Dah tentu selain apps Mai, Contact, Safari, Messages DSB....

Bagi pengguna iOS4, kalau nak periksa boleh 'double click' home dan delete semua program-rogram yang di buka....

Selasa, Julai 13, 2010

Penat dan Terkilan

Apa aku nak cakap yea.... Serba salah jadinya, semua yang di taip akan di soal balik atau di 'interogate' satu per satu. Rasanya sudah nak meletup belon ni bila setiap masa cuba di tiup.... pepatah lama, sedikit demi sedikit, lama-lama habis gak.... Dan sebenarnya tahap pemampan dah lama habis... dah takde lagi apa nak di fikirkan... sudah terlalu tepu, kata orang kalau aku mati hidup balik tujuh kali jadi hantupun belum tentu aku akan mengulangi apa yang aku lakukan sekarang.... Mungkin pemiiran aku masih waras lagi... boleh ler bertahun beberapa ketika.... cuma tahap nak membunuh diri, lari, kena langgar sudah tidak dapat di nilai lagi...

Takde keja aku pergi lawat http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperceraianseluruhmalaysia.php. Kadar semakin tahun smakin meningkat.... Scara umumnya pertambahan di antara 5-10% setahun.... Institusi keluarga sudah banyak berubah. Dahulu hanya golongan bapa pergi bekerja.... Zaman penaklukan penjajahan kembali lagi kali ini hak sama rata di minta... akibatnya ibu dan bapa pergi mencari nafkah....

Minggu ini merupakan minggu yang teramat-amat stress.... bermula dengan disertasi sarjana yang tidak selesai-selesai, perangai manusia, gelagat orang, ketidak ikhlasan individu DSB.... sudah tidak dapat di bendung lagi.... alangkah beruntungnya mereka-mereka yang mempuyai penyakit-penyakit kronik...

Pagi ni sibuk dengan beberapa laporan yang perlu dibuat, dan ada satu meeting yang aku sendiri perlu hadir.... masa dari pagi sehingga jam 3 petang berlalu tanpa perasan... Dan alhamdulillah, tengahari tadi sempat lunch di Buffet Equatorial Bangi.

Balik rumah agak lewat, bukan sengaja.... tetapi info memberitahu, si dia bekerja lewat... biar amik anak dah siap-siap makan malam... tak perlu lah aku bersusah payah nak bawak pergi makan.... Sambungan daripada statistik daripada islam.gov.my tadi... dunia sudah jadi tonggang terbalik... aku sudah dapat lihat dahulu lagi.... itu sebabnya sebelum berkahwin aku maklumkan orang rumah tak perlu bekerja... kalau tak tak payah panggil orang rumah... masalahnya zaman ini, manusia tidak boleh hidup tanpa barang-barang berjenama, tanpa harta, tanpa duit... setiap benda memerlukan duit....

Dahulu, aku impikan pulang bekerja di sambut oleh seseorang... penat bekerja, walaupun aku tidak bergerak di depan komputer seharian... Dahulu bila di luahkan kepenatan, aku di kecam... sekarang, apa yang di kecam sudah terus dilupakan.... Hari ini bila pulang dari pejabat, seluruh isi rumah pulang dalam waktu yang sama.... tidak lagi seperti dahulu.... isteri di rumah, anak pulang tengahari atau petang dan lewat petang baru si bapa tiba di rumah.... kini semua tiba serentak... semua kepenatan... dengan tanggungjawab yang ada, ibu bapa mengharapkan anak-anakknya adalah insan terbaik dan sempurna... apabila anak juga kepenatan, banyak tanggungjawab sebagai pelajar di abaikan... bagi mereka masa 2-3 jam yang ada dalam sehari di rumah perlu di gunakan sebaik-baiknya... masa inilah nak tengok TV, bermain, makan DSB... dan bila kanak-kanak menjalankan tugas sebagai anak-anak, kita tidak dapat menerimanya... habis di marahi anak-anak tadi di depan pasangan.... tergurislah perasaan pasangannya...

Prkara ini bukanlah perkara baru... Dulu pun mak aku sentiasa marah.... tak berhenti-henti berleter... cuma dia berleter selepas aku balik dari sekolah atau sebelum pergi sekolah... jadi bapak aku tak tahu macamana aku kena marah, maklumat yang di dapati hanyalah makluman-makluman dari pasangannya.... Kini, kemarahan tadi di lepaskan apabila semua berada di rumah serentak... semua kepenatan... dan sedikit sebanyak kemarahan yang di ganggu serta di kawal oleh syaitan yang di rejam akan menyelit sedikit sebanyak perkara-perkara yang terbuku di hati... tempias-tempias benci dan menyampah terkeluar tanpa di sedari... dan tempias-tempias ini lah yang terkumpul di dalam baldi seterusnya memenuhi baldi tadi.... apabila tersedar sudah terlambat... kerosakkan telah dibuat....

hmmm... apalah akibatnya bila aku cuba mengawal kemarahan... Api apabila terbakar boleh dipadamkan dengan dua cara... dengan api atau pun air.... kedua-dua tadi berupaya memadamkan api... cuma bezanya, bila dipadam dengan api... bahan yang dibakar semakin cepat terbakar... tiada sumber untuk di bakar tiadalah api.... sebaliknya apabila air digunakan untuk memadam api, sumber yang di bakar boleh di selamatkan.... namun kesan terbakar tetap ada...

Kesungguhan Isteri Mencari Keredaan Suami

Oleh : AKHISALMAN

Islam meyuruh supaya para isteri sentiasa mencari keredaan suami dan sentiasa menggembirakannya. Diantara peristiwa yangg menunjukkan kpd demikian adalah seperti berikut:

  1. Apabila Khadijah r.a melihat baginda menyukai hambanya zaid bin harithah r.a, cepat2 beliau menghadiahkannya kepada baginda.
  2. Ketika mana Rasulullah sakit tenat, isterinya Sofiyah bintu Huyyai berkata:
    (وددت أن الذي بك بي)
    Maksudnya: Aku amat suka kalau penyakitmu itu dipindahkan kepadaku.
  3. Dlm Sahih Muslim ada menyebut cerita dr Asma' r.a isteri kpd Zubair; dimana belaiu menceritakan:

    Seorang lelaki yg fakir telah datang berjumpa dgnnya, seraya berkata: "Wahai Ummi Abdillah(gelaran bg asma), aku adalah lelaki fakir, aku nak menjual di teduhan rumah mu." Asma' pun menjawab: Sesungguhnya kalau akau izinkan, suami aku akan melarangnya….

Kesimpulan: Kewajipan isteri utk mencari keredaan suaminya selagi tidak bertentangan syariat Allah dan sentiasanya menggembirakn hati suaminya. Islam melarang isteri menyakiti suaminya.

Sabtu, Julai 10, 2010

Wanita dan Hari lahirnya

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.

Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat
rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.

Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.

Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.

Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.

Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.

Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Selasa, Julai 06, 2010

Kempen derma darah Pra-Ramadhan 1431

Fakta : keperluan darah semasa musim perayaan (ramadhan & syawal) amat-amat mendesak... Walaupun setiap tahun di adakan ops sikap...


Mari sama-sama meringankan beban...

Maklumat lanjut : http://www.extdk.net

Location:Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju

Isnin, Julai 05, 2010

Jun Review

Semakan pendapatan dan perbelanjaan bulan Jun 2010. Cuma pecahan bahagian sahaja yang aku kongsikan...



Secara umumnya, majoriti pendapatan adalah daripada gaji aku bekerja. Kemudian pendapatan daripada ahli keluarga, adik beradik DSB... yg mana kebanyakkannya akan disalur kepada keluarga balik... COLA dan milage jatuh kategori keluarga... Dan COLA NIOSH dah naik 100% sejak mac lalu...

Bulan ni banyak daripada keluarga atas sebab kami melancong ke Hong Kong. Keluarga aku dan adik-adik aku.

Dan kategori member adalah pendapatan hasil aktiviti ALONG di pejabat... Aku cuma amik yuran pentadbiran dan proses je. Murah RM10 untuk setiap RM300... Sebabnya duit-duit ni aku simpan kat Tabung Haji. Nak masuk dan keluar kena caj RM1 dari Bank Rakyat.



Perbelanjaan terbesar pula pergi kepada keluarga dan di ikuti rapat perbelanjaan peribadi. Semua pembayaran pinjaman masuk kepada peribadi.

Yang menarik pecahan perbelanjaan aku ialah HPA. Dah boleh jadi sebahagian kategori perbelanjaan. Harap lepas ni boleh jadi income. Jadi mana-mana member nak join HPA, boleh contact aku....

Selasa, Jun 29, 2010

Updated iOS4

Akhirnya selesai gak aku update iPhone aku dgn iOS4....



Tiba masa nak susun semua apps aku....

- Posted using iPhone

Sabtu, Jun 26, 2010

Settle 500

Penat & Mengantuk... Tapi puas hati... Pagi kami ke White House Coffee House. Superb... Telur separuh masak, roti bakar dan teh tarik. Lepas order baru teringat nak minum kopi. Rasa macam nak breakfast lagi kat sana esok.



Abis makan... Lepak-lepak, sambung ke Pasar Besar Siti Khadijah. Sampailah tengahari... Belanja tak banyak dalam 130....

Kemudian kami ke Pasir Panjang. Nuqman beli jersey Argentina dan Chelsea. Fit beli tudung dan sebagai benda yang di jual. Iman beli anak patung. Aku dapat jersey Malaysia... Itupun beli sebab jumpa tu je baju lengan panjang...

Hampir 2 jam gak kat Pasir Panjang... On the way balik teramat ler penat & mengantuk... Harap cepat je sampai rumah rehat...

- Posted using iPhone

Jumaat, Jun 25, 2010

Beli apps

Alhamdulillah.... Dah tiba di NewCastle, Kelantan. Ntah macamana semalam aku beli hosting dan url http://is150.net.my insya-Allah next week lepas submit disertasi master aku up balik web salasilah....

Esok nak shopping... Dan ahad majlis sambut menantu Alya....


- Posted using iPhone

Location:Kota Bharu,Malaysia

Selasa, Jun 01, 2010

Akaun Mei 2010

Pendapatan :

  • Bisnes (39.3%) - Gaji
  • Personal (36.2%) - Mengajar, Meeting
  • Member (8.54%)
  • Family (8.14%)
  • Sewa (3.26%)
  • Wife (2.61%) - org rumah tambah
  • DLL (1.95%)

Perbelanjaan :

  • Personal (49.37%) - Hutang-hutang, belajar, makan
  • Wife (14.17%) - Makan, DSB
  • Anak-anak (13.46%) - Sekolah, DSB
  • Member (10.18%) - Belanja, pinjam
  • Family (9.24%)
  • DLL - rekreasi, bisness
Hampir separuh perbelanjaan untuk diri sendiri... dan lebih kurang 30% untuk keluarga... Bagaimanapun, perbelanjaan masih di dalam kawalan dan telah di sesuaikan dengan diri dan keluarga... Alhamdulillah...

Selasa, Mei 04, 2010

45 life lesson

Written By Regina Brett, 90 years old, of The Plain Dealer, Cleveland, Ohio.

"To celebrate growing older, I once wrote the 45 lessons life taught me. It is the most-requested column I've ever written. My odometer rolled over to 90 in August, so here is the column once more:

  1. Life isn't fair, but it's still good.
  2. When in doubt, just take the next small step.
  3. Life is too short to waste time hating anyone.
  4. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and parents will. Stay in touch with them.
  5. Pay off your credit cards every month.
  6. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
  7. Cry with someone. It's more healing than crying alone.
  8. It's OK to get angry with God. He can take it.
  9. Save for retirement starting with your first paycheck.
  10. When it comes to chocolate, resistance is futile.
  11. Make peace with your past so it won't screw up the present.
  12. It's OK to let your children see you cry.
  13. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.
  14. If a relationship has to be a secret, you shouldn't be in it.
  15. Everything can change in the blink of an eye. But don't worry; God never blinks.
  16. Take a deep breath. It calms the mind.
  17. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
  18. Whatever doesn't kill you really does make you stronger.
  19. It's never too late to have a happy childhood. But the second one is up to you and no one else.
  20. When it comes to going after what you love in life, don't take no for an answer.
  21. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy lingerie. Don't save it for a special occasion. Today is special.
  22. Over prepare, then go with the flow.
  23. Be eccentric now. Don't wait for old age to wear purple.
  24. The most important sex organ is the brain.
  25. No one is in charge of your happiness but you.
  26. Frame every so-called disaster with these words 'In five years, will this matter?'
  27. Always choose life.
  28. Forgive everyone everything.
  29. What other people think of you is none of your business.
  30. Time heals almost everything. Give time time.
  31. However good or bad a situation is, it will change.
  32. Don't take yourself so seriously. No one else does.
  33. Believe in miracles.
  34. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.
  35. Don't audit life. Show up and make the most of it now.
  36. Growing old beats the alternative -- dying young.
  37. Your children get only one childhood.
  38. All that truly matters in the end is that you loved.
  39. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.
  40. If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's, we'd grab ours back.
  41. Envy is a waste of time. You already have all you need.
  42. The best is yet to come...
  43. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
  44. Yield.
  45. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...