BonusCoin Banner

Jumaat, Disember 16, 2011

Ujub

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

  • Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
  • Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
  • Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
  • Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
  • Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.


Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Check kereta lagi

Kali ke dua minggu ni, kali ni lampu engine menyala pulak. Lepas hantar anak ke VIS dan wife ke VIC, aku dan Irisa terus ke Wiesenthal Donaustadt.

Sampai Wiesenthal, jumpa Stanke kat parking. Dia terus tengok kereta, tak payah aku susah payah nak bagitau apa masalah. Payah gak bawak kereta canggih ni, rosak sikit terus menyala kat dashboard. Dan ini merypakan teknologi mercedes 10 tahun yang lalu!




Lepak minum cuppucinno dan Irisa macam selalu amik kitkat dan IceTee. Lama gak kali ni dorang check, dekat sejam baru si Stanke datang dan bagitau masalah. Sampai-sampai terus bagitau dalam bahasa german, dapat la aku beberapa term yang paham... Kemudian baru dia perasan, ooooh... English... Hehehe, aku buat-buat paham ja... Yang penting aku tanya, berapa kos? Dan bila boleh siap?

Semua dalam €200 dan spare part ada... Kena tunggu sampai 12tengahari... Nak balik dah jam 10:10 pagi sampai rumah dalam 20 minit kena keluar balik, so aku tunggu ajelah kat Wiesenthal ni.

Pergi ke workshop dan keluarkan Stroller Irisa, dia dah mula bosan... Dan dapat stoller terus tidur...




Safety first, naik stroller mesti nak pakai tali pinggang... Hmm... Lagi sejam nak ke jam 12 dan bateri iphone aku tinggal 21% je...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, Disember 15, 2011

Buat PhD?

Betulkah aku nak buat PhD? Memang tidak dinafikan itu merupakan salah satu daripada impian aku. Mempunyai title Dr kat depan nama... lebih daripada dapat title Datuk! Cuma dalam diri aku ni masih ada lagi ke harapan nak belajar? Masa selesaikan Master hari tu pun rasa susah sangat kepala ni nak belajar... banyak benda-benda lagha yang menganggu. Tengoklah blog ni, ikut suka aku je nak update atau tak.


Macamanapun aku mesti tabahkan diri untuk mula dan selesaikan pengajian aku. Rasa rugi lak, takde buat apa-apa... Nanti kalau balik Malaysiapun sekurang-kurangnya ada benda gak yang boleh membuatkan aku meneruskan kehidupan... Selain daripada menunggu hasil berblog je...

Tapi... apakah maknanya ada PhD?




Insya-Allah... kawan-kawan di luar banyak mendoakan yang terbaik buat umat Islam...

Selasa, Disember 13, 2011

Allah Maha Besar


"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.

Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ali Imran - 26)

tazkirah/-

Khamis, November 17, 2011

Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT


Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.

Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.


Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.

Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.

Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.

Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Jumaat, November 11, 2011

Kereta

Alhamdulillah... Dapat gak kami beli kereta. Walaupun terpakai, namum sungguh berbangga... Secara rasminya kami menggunakan Mercedes Benz C200. Kereta compact, bukan seperti perancangan awal. Perancangan awak nak cari kereta MPV. Lepas seminggu mencari... Yang melekat C200 nih. Bolehlah sebelum duit dah menimbun.




Kereta beli dengan staff IAEA gak. Mercedes walaupun dah 10 tahun, ia nampak lebih canggih daripada kereta-kereta aku pakai sebelum ini. Proton Wira, Kia Spectra dan Nissan Grand Livina... Itu antara kereta-kereta milik aku.

Lepas amik kereta, perkara terawal yang kena buat ialah tukar tayar. Di Austria, sebelum 1hb November kena tukar kepada tayar winter. Untuk keselamatan bergerak dalam musim sejuk nanti.




Ada masa, sebelum 1hb aku dan Iman mencari kedai tukar tayar. Tayar winter ada dibekalkan cuma tayar tu di buat pada tahun 2003, walaupun bunga masih cantik aku tetap tukar tayar baru. Sebijik tayar merc 15inci €70. Siap semua... Memang oklah dengan pendapatan sini.

- Posted using iPhone

Rabu, November 02, 2011

Drama Queens di Utusan

Alhamdulillah, Drama Queens Closet mengorak selangkah lagi. Kali ini dengan penerbitan rencana di Utusan Malaysia (2hb November 2011). Rencana yang mengisahkan 4 orang rakan memulakan perniagaan atas talian.

Drama Queens Closet telah di daftarkan dengan nama syarikat DQ CLOSET (002071609-V). Untuk sebuah perniagaan kongsi yang belum mencecah setahun, banyak perkembangan positif yang di terima. Insya-Allah boleh di perkemaskan dan diperkembangkan lagi.
Drama Queens Closet di Utusan Malaysia
Cerita penuh:

Berniaga sekadar berkongsi rasa


PERNIAGAAN bukanlah satu bidang yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Malah hari ini senarionya berbeza apabila rata-rata yang menceburi bidang ini adalah bertujuan untuk memenuhi masa lapang ataupun sekadar suka-suka.

Inilah yang berlaku kepada sekumpulan empat rakan karib Rozita Ahmad Tajuddin, 32, Nur Haliza Hassan, 32, Noor Fitriah Bakri, 32, dan Syarifah Zurina Syed Salim, 32.

Penglibatan mereka dalam bidang ini bukanlah bertujuan untuk menjadi kaya atau mengumpul harta tetapi mereka sekadar ingin berkongsi apa yang mereka ada.

Ternyata penglibatan keempat-empat wanita ini dalam bidang perniagaan tiada sebarang perancangan malah mereka melakukannya secara spontan.

Menurut Rozita, mereka berempat membuat keputusan untuk bergabung tenaga selepas pulang bercuti dari Vietnam.

Sepanjang di sana, selain melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik, mereka turut melawat tempat-tempat membuat baju termasuklah baju kurung.

Setelah meneliti kesemua baju kurung yang dihasilkan berkualiti serta menarik jahitan maniknya, tanpa membuang masa mereka terus bersetuju untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia.

"Sekembalinya ke Malaysia, kami terus membuat keputusan untuk memasarkan baju-baju tersebut di Malaysia.

"Ini kerana, selain dibuat daripada kain yang berkualiti, jahitan manik yang dijahit juga kemas dan menarik.

"Dari situlah kami terfikir untuk menjual baju-baju tersebut di sini memandangkan orang kita banyak mengenakan baju kurung apabila ke pejabat," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata percaturan mereka membuahkan hasil walaupun ia baru dipasarkan melalui Internet awal tahun ini.

Hari ini, selain memasarkan produk mereka melalui Internet dan kawan-kawan, mereka juga merupakan pembekal kepada peniaga-peniaga yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Dengan menggunakan jenama Drama Queen, mereka turut memasarkan baju kurung untuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, menurut Nur Haliza pula, baju kurung yang mereka jual diperbuat daripada pelbagai jenis kain kapas seperti kain kapas Inggeris, Korea, sutera dan juga linen.

Apa yang menarik apabila membicarakan mengenai latar belakang masing-masing, ternyata tiada seorang pun yang mempunyai asas mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan.

Tetapi disebabkan minat selain ingin membuktikan kebolehan masing-masing, mereka tidak kisah untuk belajar dari bawah dan hingga kini mereka berempat masih lagi menimba pengalaman.

"Kami sememangnya tidak mempunyai asas di dalam bidang perniagaan tetapi Alhamdulillah apa yang kami lakukan hari ini seolah-olah terbuka jalannya.

"Kami juga mempunyai kemahiran masing-masing dan setiap seorang akan bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan seperti bahagian pemasaran, pengiklanan dan sebagainya.

"Boleh dikatakan masing-masing ada peranan sendiri dan disebabkan itu kami mampu meneruskan perniagaan ini," katanya lagi.

Begitupun, menurut Rozita, hari ini hanya dirinya dan Nur Haliza sahaja yang bermastautin di Kuala Lumpur manakala Syarifah Zurina tinggal di Pulau Pinang dan Noor Fitriah kini bertugas di luar negara.

Walaupun begitu, ia tidak sedikit pun mengganggu perjalanan perniagaan mereka. Kesemua baju kurung siap bagi dewasa dan kanak-kanak boleh dilihat melalui DramaQueensCloset.blogspot.com ataupun di FaceBook.

Bukan itu sahaja malah kesemua produk yang dipasarkan adalah mampu milik kerana harganya berpatutan.

Jangan ketinggalan dapatkan koleksi terbaru mereka setiap tiga bulan.
Tak boleh buang masa lagi... kena bersungguh-sungguh dan berusaha keras... Target awal tahun depan dah boleh buat full time... insya-Allah

Sabtu, Oktober 22, 2011

Jalan-jalan Bratislava, Slovakia




Hari ini sewa kereta (2nd time) dengan niat nak cari Tesco. Shopping center yang ada sekitar Vienna tak cukup hyper. Kerajaan Austria tak berapa gemar rakyat dia membazir dengan berbelanja. Jadi kedai-kedai tak berapa banyak barang (yang melampau) dan lagi semua kedai mesti tutup setiap ahad. Bagus gak ide ni, hari ahad memang banyak luang masa dengan keluarga dan berehat... Esoknya boleh bekerja dengan semangat.




Lepas sewa kereta amik mak dan anak-anak di rumah dan terus search TESCO kat Garmin. Yang paling dekat 66km di Bratislava, Slovakia. Memula ingat nak ke Budapes, Hungary. Dah separuh perjalanan baru perasan kami menuju ke Slovakia.

Sampai di persimpangan masuk bandar Bratislava, kami amik keputusan jalan-jalan dalam bandar. Sekali lagi guna khidmat pakcik Garmin dan search Point of interest. Asal nampak nama Palac (main agak Palace) dan terus set kesana. Alhamdulillah sampai kami ke Istana Bratislava.




Istana yang dibangun sejak tahun 900an lagi. Kiranya lebih seribu tahun dah istana ni. Istana Bratislavskÿ HRAD, ni terletak di kawasan tinggi.


Dari atas istana ni boleh nampak sungai yang merentasi bandar Bratislava. Sungai ni terus bersambung dari Vienna kalau tak silap. Alhamdulillah cuaca sungguh cerah, memang berbaloi berjalan. Suhu pun boleh tahan gak, dalam 9 - 12.5 darjah C. Irisa siap boleh tinggalkan jacket lah.




Dekat kawasan istana ni dalam 20 minitlah jugak. Turun amik gambar dan beli fridge magnet dan keychain. Merasalah jugak berjalan-jalan ke negara jiran. Dah lebih 3 minggu kami berhijrah di Vienna ni, kena mula rajin berjalan. Mudah-mudahan banyak berjalan ni dapat mempeluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman anak-anak kami, Insya-Allah.




Lepas melawat istana kami singgah lagi satu tempat perlancongan. Kali ini di tengah bandar Bratislava. Tak kan nak pergi Tesco je... Kasi peluang pakcik Garmin tunjuk arah, kali ini pilih salah satu nama yang aku terbaca di poskad. Seronok...




Kemudian baru kami ke Tesco. Dapatlah Nuqman senyum sikit, kalau tak asyik merunggut je. Akhirnya shopping kami hari ini berhasil dan belanja lebih €330 gak lah. Susah nak belanja lebih €100 di supermarket di Vienna. Melainkan aku beli mainanlah. Cuma belanja kami di Tesco memerlukan 2 buah trolly.




Hampir sejam gak kami bershopping di Tesco Petržalka, Slovakia. Perjalanan balik amik masa 45 minit. Dan memang kena balik awal sebab dah janji nak tengok kereta dan malam nak makan kambing bakar.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bratislava, Slovakia

Ahad, Oktober 16, 2011

Naikkan page rank

Hampir sebulan aku tak berblog. Malam ini aku cuba search "Safety and Health" di pakcik Google, saja nak tahu dimana website www.mysafetyandhealth.com berada... Selak punya selak kat page 28 baru keluar. Hmmmm, banyak lagi yang perlu aku lakukan. Minggu ni dah kena berusaha lebih sedikit. Insya-Allah minggu ini aku nak start berblog lebih serius. Aku akan sediakan masa dalam sejam dahulu unyuk bekerja. Dan tengok balik, macam mana keadaan dalam minggu depan. Kalau rank tak naik 2-3 page, alamatnya aku kena ubahsuai matlamat hidup aku ni.

Aku yakin, perkara ini boleh berubah. Dan sekiranya ok bulan depan aku nak beli balik domain is150.net. Ok, cukup berangan dah mula untuk aku lebih serius...

- Posted using BlogPress from my iPad

Selasa, September 20, 2011

Woman VS Troll

Besarnya martabat seorang wanita....

Woman: If I sleep with 3 men, everyone calls me a slut. But when a man sleeps with 18 girls, everyone calls him a real man. How come?

Troll : 'It's very simple. When one lock can be opened by 3 different keys, it's a bad lock. But when one key can open 18 different locks, we call it a master key

Khamis, September 15, 2011

Gadget

Lama dah tak beli gadget... Semalam sempat ke Mines dan cari external harddisk. Dengan hanya RM329 aku sekarang pemilik Western Digital 1Tera Bytes... Last HD yang aku ada 80GB je dan semua dah penuh. Umumnya ini merupakan persediaan aku sebelum berangkat, banyak video-video yang kena download sebelum kami dapat menyesuaikan diri di tempat orang.

Harddisk yang khas untuk penyimpanan movie-movie yang best untuk aku lah... Sepanjang minggu ini pun banyak koleksi-koleksi yang aku tengok balik dan delete. Yang pasti semua cerita Star Trek aku simpan. DVD yang beli semua tak tengokpun. Lepas ni ke susun semua video supaya teratur dan mudah untuk tonton...



Aku sempat rembat microSD 4GB untuk Nintendo DS Iman. Last week nak format ke FW terkini (terpasa sebab Irisa dah update FW NDS ke latest)... Tengah aku cari microSD adapter, kad yang atas MAcbook aku hilang... dah ler benda halus, nak cari pun rasa tak berbaloi...

- Posted using iPhone

Jumaat, Ogos 26, 2011

Salam Aidilfitri


Selamat Aidilfitri kepada semua pengunjung. Semoga kita semua mendapat keberkatan aidilfitri tahun ini



Selasa, Ogos 23, 2011

www.MySafetyAndHealth.com

Akhirnya aku daftarkan satu blog dibawah nama OSH. Agak susah nak buat keputusan. Tetapi setelah difikirkan semasak-masaknya, aku perlu berbuat sesuatu setelah aku berpencen. Ini kira persediaan lewat untuk aku berhenti. Minggu lepas aku wujudkan blog MySafetyAndHealth, hari ini aku daftar doain www.MySafetyAndHealth.com lak. Rasa puas dan seronok. Matlamat aku nak promo laman web ni dan harap-harapnya bolehlah jadi pengisi masa lapang aku.

Banyak yang nak dibuat, harap-harapnya bolehlah aku post satu-dua benda sehari. Insya-Allah boleh berjaya, lepas ni aku nak tumpukan kepada syarikat Drama Queens Closet lak.

Gunakan pengalaman aku dalam ilmu penjenamaan atau branding... Aku target dalam 3 bulan aku dapat 100-200 visit sehari....

- Posted using BlogPress from my iPad

Sabtu, Ogos 20, 2011

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Hadith:
DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)".
Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika.
Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat.

Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.
Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan.
Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.
Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Selasa, Ogos 16, 2011

Berbaik sangka terhadap Allah

13 Ramadhan 1432H. [MOD] - Md Zainal MZD

Sebagai orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah, kita mesti sentiasa berbaik-sangka terhadap Allah dalam semua perkara.
 
Secara umumnya berbaik sangka terhadap Allah boleh dibahagikan kepada 6 perkara
 
1. Menjaga Aqidah: Semua kita mesti berusaha untuk mengekalkan Aqidah supaya tetap dalam Islam dan berusaha sebaik mungkin dalam beribadat semoga dengan itu akan mati dalam keadaan beriman kepada Allah Subhanahuwataala.
 
Sentiasa menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan jatuh syirik atau menyekutukan Allah, sentiasa percaya bahawa setiap sesuatu itu adalah dengan Qada’ dan Qadar Allah dan tidak dengan yang lain. Yang memiliki kuasa menyembuhkan penyakit adalah Allah. Kalau berhasil mendapatkan sesuatu harta, semuanya adalah dengan keizinan dan kurniaan Allah sedangkan kita hanya berusaha setakat yang kita mampu sahaja. Bagitulah juga jika mendapat pangkat janganlah mengatakan hanya atas usaha kita melainkan mesti bersandarkan kepada ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana.
 
2. Menjaga Akhlak Dalam sebarang masa kita mesti menjaga akhlak kita supaya tidak bercanggah dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.
 
Dalam kehidupan sehari-hari sama ada secara bersendirian, berkeluarga, bersama jiran, atau sesama orang Islam yang lain, lebih-lebih lagi jika bersama dengan orang yang bukan Islam, apa yang kita lakukan dan tontonkan akan menunjukkan keindahan Islam. Kalau baik yang kita tunjukkan maka pandangan orang lain terhadap Islam akan baik tetapi jika buruk yang kita tampilkan, bukan saja diri kita dipandang rendah sebaliknya Agama Islam juga akan dipandang buruk dan diperlecehkan.
 
Pergaulan, tingkahlaku, percakapan serta cara berpakaian dan lain-lainnya mestilah sentiasa mengikut syariat Islam...
 
3. Tidak berputus asa dan sentiasa bersabar: Maksud tidak berputus asa di sini ialah sentiasa berusaha untuk maju kehadapan walaupun kadang-kadang kita menghadapi seribu satu macam halangan atau kesukaran.
 
Dalam kita berusaha kita kerapkali menghadapi kegagalan. Sekiranya gagal dalam sesuatu usaha janganlah cepat berputus asa. Allah telah berjanji bahawa sebarang usaha yang kita lakukan akan diberikan ganjaran dan ditunaikan Allah. Kejayaan dan hasilnya ada masa cepat ditunaikan, ada masa lambat ditunaikan dan ada masanya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari apa yang kita harapkan. Kalau tidak berjaya didunia Allah akan berikan hasilnya di akhirat nanti. Belum dikira beriman sehingga kita tahan ujian Allah..
 
Jika kita menghadapi sebarang musibah atau tragedi buruk kita mestilah berbanyak-banyak sabar dan yakin bahawa semua itu adalah baik bagi kita sedangkan kita tidak mengetahuinya.
Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya.
 

4. Yakin terhadap semua janji Allah: Berbaik sangka dengan Allah juga termasuk sentiasa yakin bahawa segala janji Allah itu adalah benar. Sebagai contohnya kita mesti yakin bahawa jika kita beribadat dan beriman kepadaNya, kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik, dan jika tidak beriman maka bersedialah pula untuk menerima balasan azab siksa dari Allah yang mungkin diturunkan semasa kita hidup lagi di dunia ini, lebih-lebih lagi bila kita mati nanti.
 
Banyak contoh yang boleh kita ambil untuk pedoman;
  • Kerana ingkar kepada Allah, Fiiraun ditenggelamkan di dalam laut.
  • Kerana ingkar, pengikut Nabi Musa AS disesatkan oleh Allah di padang pasir untuk satu tempoh masa yang tertentu sehingga mereka kembali semula beriman.
  • Qarun ditelan bumi bersama hartanya bila dia kufur, sombong dan ingkar kepada rezeki dan anugerah Allah.
  • Sahabat Sahibul Kahfi dipelihara oleh Allah ( ditidurkan ) dalam gua sehingga lebih dari 300 tahun untuk dipertontonkan kuasa Allah kepada mereka sendiri dan rakyat negeri tersebut bagi menguatkan keimanan mereka tentang kuasaNya.
  • Pengikut Nabi Allah Lut diselamatkan sedangkan mereka yang kufur ditelan bumi bila bumi tempat mereka berada diterbalikkan Allah.
  • Nabi Allah Noh AS dan pengikutnya diselamatkan dari banjir besar dan diyakini tinggalan bahteraNya telah dijumpai di Turki.
  • Tentera Kufar Abrahah dihancurkan sewaktu mereka berusaha untuk merobohkan Ka’bah sedangkan penduduk Mekah tidak berupaya melawan mereka.
  • Untuk mengelakkan dari dibunuh, Nabi Musa AS dihanyutkan dalam sungai Nil tetapi baginda tetap dalam peliharaan Allah.
  • Nabi Allah Ibrahim AS diselamatkan Allah walaupun dicampakkan dalam api yang besar
  • Walaupun awalnya Nabi Yusof AS dianiaya, tetapi baginda akhirnya diselamatkan dan telah dilantik menjadi pembesar Mesir yang memerintah dengan adil..
Dalam hati setiap orang Islam jangan sekali-kali ada perasaan tidak yakin dengan janji Allah, kita boleh jadi kufur.

5. Sentiasa penuh berharap : Dalam mengerjakan sebarang kerja samaada ibadat khusus seperti solat, puasa, haji dan umrah atau mengeluarkan zakat ataupun dalam menuntut ilmu atau apa-apa ibadat sunat, kita mestilah sentiasa ada perasaan penuh pengharapan semuanya itu akan diterima oleh Allah.
 
Tidak boleh ada langsung walau sedikit pun perasaan ragu-ragu dalam hati kita sama ada ibadat kita diterima Allah atau tidak. Sebab itulah jika melakukan sesuatu kerja mestilah dilaksanakan dengan sungguh-sungguh sedaya upaya kita dan kemudiannya kita bertawakkal kepadaNya.
 
Sebagai contohnya bila kita berpuasa hendaklah dilakukan dengan penuh keimanan dan sentiasa berharap akan ganjaran Allah, kalau tidak maka akan sia-sialah puasa kita...
Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalanya, akan diampunkan Allah dosanya yang telah lalu” Maksud Hadis.
 
6. Sentiasa mengingati mati Orang yang berbaik sangka dengan Allah juga mesti sentiasa mengingati mati. Apabila kita sentiasa mengingati mati kita akan sentiasa berbuat baik dan akan menjauhkan diri dari melakukan perkara yang dilarang walau sekecil mana sekalipun, antaranya:
  • Tidak memakan riba
  • Bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab
  • Tidak menganiaya sesama manusia, haiwan atau pun tumbuhan dan lain-lain
  • Jika ada lebihan harta sentiasa menginfakkannya ke jalan Allah
  • Berbuat baik dan baik sangka sesama manusia terutama ibubapa dan jiran.
  • Sentiasa nasihat menasihati dan menjaga hubungan silaturrahim.
  • Menjaga dan melayani anak-anak yatim sewajarnya, jika ada.
  • Kalau berniaga, tidak akan melakukan penipuan atau sepertinya.
  • Tidak berlebih-lebihan atau membazir dalam berbelanja, dsb.
Sentiasa bertaubat dan mohon ampun dari Allah atas dosa dan kesalahan yang lalu. Sesungguhnya kita semua tidak sempurna dan sudah tentu telah banyak membuat kesalahan secara sedar atau tidak. Kita mesti sentiasa memohon dikekalkan di jalan yang lurus. Sentiasa berusaha untuk menambahkan kerja kebaikan tanpa mengira masa. Sentiasa sedar bahawa Allah berkuasa mengambil nyawa bila-bila masa tanpa sebarang notis, dekatnya antara hidup dan mati hanyalah sejarak dua jari kita sahaja..
 
Di samping itu, kita mestilah sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnianNya. Sesungguhnya jika hendak menghitung rahmat dan kurniaan Allah nescaya tidaklah kita terdaya untuk melakukannya.
 
Justeru itu marilah kita sentiasa berdoa semoga hidup kita sentiasa dalam peliharaan Allah dan Insyaallah akan mati dalam iman dan akan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihiNya, Amin

 

Sabtu, Ogos 13, 2011

1st google adsense payment

Alhamdulillah... Bulan lepas aku dah terima pembayaran daripada Google Adsense buat yang pertama kalinya. Sejak dari Mei 2005 aku daftar, dengan naik turunnya semangat berblog akhirnya berbaloi gak. Pembayaran yang pertama ini dalam USD 190++. Insya-Allah bulan ini dapat USD 220++.

Apa yang aku perasan istiqamah adalah penting. Dan pulangan iklan ini terbanyak bila artikel-arikel aku tulis sendiri. Cuma masalahnya aku bukan jenis orang yang menulis berjela-jela panjangnya. Dalam ide aku memang nak tulis berjela. Cuma bila tengah menaip semuanya tak terluah. Ini, dengan berbekalkan iPad mungkin aku boleh lebih kerap berblog.

Kadang-kadang (selalu sebenarnya) bila baca blog-blog yang terima beribu pendapat daripada website... Naik cemburu aku, tapi itu usaha mereka. Dah aku malas... Apa nak buat... Baca ajelah. Sekarang insya-Allah takde lagi... Aku akan terus meluahkan apa yang aku fikirkan. Walaupun yak semua aku tetap berusaha. Insya-Allah ada rezeki untuk semua hamba-hambaNya.

Apa lagi kawan-kawan... Doakan kejayaan...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Seri Putra 3/F,Kajang,Malaysia

Rabu, Julai 20, 2011

Aku menang

Inilah kali pertama dalam sejarah hidup, aku menang masuk pertandingan.... Aku menang sebuah YES Huddle hasil daripada iPad Feedback Frenzy Contest. Aku dapat saguhati... Tapi bila pagi tadi buka apps The Star dan dia bagitau senarai pemenang, terus aku check... Dan yang sedihnya, emel makluman daripada The Star aku dah delete.



Seronoknya tak terkata, walaupun bukan tempat pertama.... Tapi rezwki dan bertita baik ini telah cukup menceriakan aku... Esok atau minggu depan aku kena ka pejabat The Star collect hadiah....





Syukur Alhamdulillah...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bahau,Malaysia

Isnin, Jun 13, 2011

Kesamaan Gender

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Dulu lain, sekarang lain, dunia sudah berubah... kata orang ramai... Betulkah berubah atau kita telah di perdayakan oleh mereka-mereka yang merancang? Kita yang gagal merancang sebenarnya telah merancang untuk gagal...
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Ahad, Jun 12, 2011

Berani Berubah

Minggu ini ada satu berita besar yang diterima oleh keluarga... Dan aku perlu membuat perubahan besar dalam diri... Sudahkah aku bersedia untuk bersara awal??? Ya... Aku perlu bersara daripada apa yang aku buat sekarang...

Dalam pemikiran aku, selepas ini akan aku tumpukan rezeki dengan menggunakan kepakaran imiginasi aku... Antara pilihan yang bermain di benak pemikiran aku ialah membangunkan aplikasi iPhone dan laman web... Beberapa hari kebelakangan ini aku cuba mengubah suai laman web NCSB. Siap di integrasikan dengan laman web NCSB di Facebook. Setakat ini aku berpuas hati... Banyak perubahan yang dibuat, dan NCB amat memerlukannya, memandangkan kami tiada cukup kakitangan untuk pembangunan-pembangunan selain aktiviti teras perniagaan.

Adakah aku sudah bersedia untuk mengatur perjalanan hidup sendiri? Selama ini aku amat berbangga menjadi seorang kakitangan NIOSH. Banyak yang aku perolehi di sini. Daripada pengalaman bekerja di dalam pelbagai bidang, sehinggalah dipertanggungjawabkan menjaga sebuah syarikat. Dalam usia semuda 28 tahun, aku telah di lantik dan dipertanggungjawabkan sebagai seorang Pengurus Besar. Terlalu banyak yang dapat aku belajar. Aku perlu melihat semua aspek perniagaan. Daripadamemajukan sebuah syarikat perniagaan sehinggalah menjaga manusia. Disinilah erti perancangan menjadi panduan utama di dalam hidup. Terlalu banyak yang perlu diambil kifa, daripada pandangan stakeholder, staff, pelanggan DSB... Bodek-membodek antara elemen yang tidak boleh dipandang rendah... Terlalu seronok aku menjadi seorang Pengurus Besar didalam tempoh lebih 3 tahun.

Bagaimanapun, keluarga menjadi elemen utama yang perlu aku utamakan. TAhta dan HarTA boleh dicari...

- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, Jun 02, 2011

Aku Abah

Ini kali ke berapa aku tengok Everybody's Fine... Salah satu cerita yang aku suka. Banyak yang boleh belajar. Jalan cerita yang sangat menarik dan old fashion. Kisah seorang bapa kepada 4 orang anak, seorang bapa yang mementingkan kebahagian anak-anaknya. Tetapi tak tau bagaimana meluahkannya. Memang menjadi lumrah, anak-anak lebih rapat dengan ibunya... Setiap apa berlaku dalam keluarga, terpulang kepada ibunya untuk mengawal. Apabila ibunya tiada, ayah cuba menggantikan tempat sebagai ibu...



Seorang ayah juga bertanggungjawab memberi keyakinan dan mengajar erti kehidupan. Bercakap apa yang ada di kepala memang sukar. Apa yang boleh seorang ayah buat adalah berdoa yang anak-anaknya faham maksud isi hati ayahnya.

Aku tak pernah mendengar abah berkata yang dia bangga dengan anak-anaknya... Tetapi aku tahu, yang abah memang berbangga...

- Posted using iPhone

Location:Jalan Seri Putra 2/4c,Kajang,Malaysia

Cubalah Paham

Dalam kehidupan ini aku sering kali di lontarkan dengan frasa "Cubalah Faham Perasaan Orang"... sampai aku dah naik muak dengar... Apa yang aku tidak faham?... emo aku semenjak dua menjak ni...

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... Akan aku halang setiap panggilan telefon. Bukan hendak menghalang, cuma hendak menunjukkan kepercayaan kita kepada mereka yang di lepaskan tanggunggjawab. Panggilan sehari sekali menunjukkan rasa ingin tahu... 3-4 jam sekali, menunjukkan kita tidak percaya... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... Setiap kerja-kerja rumah aku lemparkan sahaja. Biarlah baju rosak di dalam mesin tidak berjemur. Biarlah baju tidak berangkat. Biarlah baju berselerak tidak berangkat.... walaupun ada beberapa yang masih bersepah... hakikatnya, ianya lebih teruk daripada sebelumnya... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... Setiap kali kau balik dari 'outstation' akan aku biarkan sahaja keadaan rumah sepertimana yang berlaku. Tetapi kau telah membuatkan aku rasa takut dan berlari pulang cuba memperbaiki dan mengemas supaya kau tidak marah. Namun tidak pernah sekalipun kau mengucapkan terima kasih... malah setiap kali pulang, tidak pernah kau hargai. Ada sahaja tempat yang tidak puas hati. Depan berselerak, baju tidak basuh, pinggan tidak basuh, bilik tidak kemas, katil tidak siap dan setiap satu kau akan memarahi aku. Malah muka kau akan masam mencuka seolah-olah kehadiran aku menyusahkan. Sedarlah, aku juga bekerja seperti kau. Malah perkara yang sama juga berlaku kalau aku kerja luar. Setiap kepulangan aku, kau sambut dengan kerja-kerja rumah dengan alasan kau sibuk menjaga anak semasa aku kerja di luar... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... setiap kali ahli keluarga ku menyatakan hasrat melawat ke rumah, kau akan buat muka masam mencuka. Setiap kali kehadiran aku perlu berikan sebab yang munasabah... kenapa perlu lawat? seolah-olah mereka hanya akan menyusahkan kau. Seolah-olah kehadiran mereka hendak merompak setiap harta benda kau. Namun mereka tetap datang dan cuba menagih simpati agar tidak mengecilkan hati kau. Pernahkah kau faham perasaan mereka yang tahu kehadiran kau di bilik tidur dan lebih mementingkan tidur daripada duduk bersama ahli keluarga. Cukup sekadar duduk sahaja tanpa sebarang provokasi... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tidak Faham Perasaan... akan aku simpan setiap sen yang ada dan lebih berjimat cermat. Agar kelak setiap sen itu dapat membantu meringankan beban keluarga. Malah aku memilih untuk memenuhi nafsu makan, berbelanja lebih RM60 sepinggan hanya untuk bercerita yang kami pernah merasa semua restoran-restoran di Malaysia. Cukuplah sebulan sekali membazir duit dengan makanan-makanan yang lebih dari kemampuan... adakah aku tidak faham?

  • Andai kata aku tidak Faham Perasaan... tidak aku menjilat segala ludah yang telah di luah. Mengenangkan kau hanya mempunyai ibu. Tidak sanggup aku menyakiti hati seorang ibu. Tidak mahu aku mengambil kau kembali. Pergilah kau dari hidup aku, bergaullah dengan siapa yang kau mahu. Luahkan lah perasaan kau kepada suami orang lain. Kongsilah semua lagu-lagu cinta. Tidak aku pedulikan semua itu. Cuma mengenangkan nama baik keluarga dan nasib anak-anak... adakah aku tidak faham?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... kau tidak menjadi suri dalam hidup aku... adakah aku tidak faham?
To be continue.......

Cubalah Faham... jangan sampai aku cakap... Ada aku kisah!

Selasa, April 19, 2011

The Star Archive

Asalnya buat kerja.... membaca berita-berita bekenaan keselamatan dan kesihatan di Malaysia. Yang menariknya artikel-artikel di The Star akan memberikan pautan kepada nama-nama individu bagi carian arkib-arkib The Star.



Calling ex-Terendakians (2nd Mar 2008)


THE article by Mansor Tun Abdul Aziz entitled “The (maroon) ties that bind” (Sunday Star, Feb 17) was a really heart-warming one.


It was good to read that the boys from Malay College Kuala Kangsar still feel bound by a common tie, despite having left school many years ago. I am proud to say that I am a product of a boarding school, too – MRSM Terendak, Malacca.


MRSM Terendak will be holding its silver jubilee celebrations on June 21. The committee members are working hard to make the event a memorable one.


Many activities have been planned and the highlight will be a grand dinner in Malacca. We hope to get as many ex-Terendakians as possible to share in the celebration joy.


So, all ex-Terendakians, students and teachers alike, log on to forum.extdk.net to find out more about the upcoming event.


Don't miss out on this chance to catch up with old friends and teachers. We recently lost a much beloved pioneer teacher at the school, Salehuddin Hasbullah (“We will miss you” in StarEducation, Feb 17).


Support your alma mater. For more information on the jubilee, call Iskandar Syahril (019-558 0515) or Jamalul (019-916 6041).


NORAINI MOHD NOR Johor



Rerajinlah ke web The Star.

Isnin, Mac 07, 2011

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Subhanallah...

Selasa, Februari 22, 2011

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

  1. Surah Al-Ikhlas
    Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
    Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas
    Surah An-Naas

CARA

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN
Ayatul Kursi

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal
lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat
di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka
dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan
Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
  3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah).
    Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN
Ayat 1-9 Surah Yaasin

Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu
salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5)
(sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

  1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
  2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
    bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali.

Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN
Ayat Berkubu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN
Ayat Penggerak

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

E-mel : abubakarmartin[at]yahoo.com.sg

Selasa, Februari 08, 2011

Job Safety Analysis

Hari ini aku berada di Felda Residence Sahabat, Sabah. Bertolak dari Kota Kinabalu jam 7 pagi. Keluar hotel Promenade jam 5:30 pagi. Alhamdulillah, pihak hotel arrange sarapan pagi jam 5 pagi... Malam semalam tidur lewat sebab tengok movie Puteri Gunung Ledang di TV2. Tak dapat tengok sampai habis, tertidur... Last sekali yang aku ingat datuk bendahara suruh Tuah pergi kejar Gusti Putri sebelum terlambat.

Flight ke Lahad Datu lancar dan tiba tepat pada masa. Semalam masa tiba di KK, pilot terpaksa buat 2 kali percubaan untuk mendarat, cuaca agak buruk... Hujan lebat...




Sampai di Lahad Datu, aku di sambut oleh staff Felda Sahabat. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Niat asal nak tidur dalam kereta, rasa kurang sopan lak bila pemandu drive sorang... Jadi layan bersembang... Tiba sahaja di Resort Felda Residence, aku terus ke kelas dan ajak mereka minum pagi... Dalam jam 10:20 pagi, baru mula kelas Job Safety Analysis (JSA).

Aku masuk bilik selepas makan tengahari... Ingat nak mandi sebelum sambung kelas 2 ptg, malangnya tak berkesempatan... Kaki masih lengguh.



Kelas petang, aku tak berapa larat... Buat workshop dan aku lepak mknum teh tarik sementara group discussion. Sempat cerita sedikit asas JSA, peruntukan undang-undang (OSHA 1994) dan pengenalpastian hazad. Insya-Allah, esok boleh sambung langkah-langkah kawalan dan buat 2nd workshop. Petang kena bertolak ke Pekan Lahad Datu dan bermalam sebelum berangkat balik Bangi.






Line internet tak berapa baik... Tapi bolehlah dapat buat panggilan dan semak emel. Gps pun tak berapa baik, mungkin sebab awan penuh... Astro pun asyik putus-putus...


- Posted using iPhone

Location:Malaysia

Isnin, Januari 31, 2011

Jalan Raya Cina

Lama giler tak update blog ni... Bila lepak sorang-sorang kat hotel baru teringatkan blog ni... Yang paling banyak update adalah melalui FourSquare... Check-in kat mana-mana je...

Ni duduk kat bilik tengok cerita "Curious Case of Benjamin Button" di Vision Four. Ada lagi channel ni di hotel. Kebanyakan hotel dah berubah ke HBO, Star Movie atau Cinemax... Hotel ni ada Vision Four sampai 3 channel dan channel jepun, korea dan sukan... Dan kurang mesra untuk family sebab takde channel kartun...

Alhamdulillah hari ni flight ke KK naik MAS. Sepatutnya flight aku jam 2 ptg, sampai KLIA jam 11:45 pg. Nak checkin dia dgn senang hati kata flight cancel tak ramai orang... Kalau aku sampai awal, boleh naik flight kul 12 tghari. Jadi dia bagi tiket jam 3:30 ptg... Melepak aku kat terminal... Sampai KKIA, flight tak boleh land. Capt Muzammil bagitau Airport Closed for unknown reason... Jadi kapal terbang kena buat pusingan sampai dibenarkan mendarat.

Turun dan terus ambil teksi ke Grand Borneo Hotel, 1Borneo. Hotel kira ok...


Hotel NIOSH KK tolong book... Guna GL, tapi kena letak security deposit sebanyak RM100... Office sepatutnya bgtau supaya senang nak bersedia awal... Dapat bilik mengadap jalan (1007). Lepas letak barang dan call rumah, aku turun jalan-jalan di Mall 1Borneo. Lebih kurang jam 7:30mlm...

Pusing-pusing, mauk Toy R Us, Apple Store, kedai-kedai... Malas nak makan... Kedai yang best kat sini ialah Daiso, Japan. Macam kedai 100¥ cuma semua barang RM5... Ikutkan hati macam-macam nak beli... Bila round dia kata ada cawangan di The Curve dan IOI Mall... Boleh bawak Fit pergi nanti. Banyak barang yang berguna bole di beli...

Kesudahannya aku tak makan. Bila di kenang ada breakfast di hotel... Lagipun jam 4:30 ptg tadi dah makan nasi goreng dan sate ayam atas kapal terbang.



Nak tidur dan esok kena bagi kelas ISO 9001 sehari di SSTC, Sepangar.

Hmm... Kena kasi rajin update... Hehehe

- Posted using iPhone

Location:Jalan Rampayan,Kota Kinabalu,Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...