BonusCoin Banner

Isnin, Disember 23, 2013

Home Leave Part 2

Destinasi pertama.... DUBAI

Berapa banyak kali singgah Dubai tetapi hanya di airport. Bila kekawan tanya dah ke Dubai, jawapannya pernah. Hakikatnya hanyalah menjejakkan kaki ke lapangan terbang sahaja.

Kali ini, kami sekeluarga mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur bersama Emirates. Kami mengambil transit 22 jam. Alhamdulillah penerbangan kami ke Dubai sungguh selesa. Tiba di Dubai lebih kurang jam 11 malam dan terus mengambil teksi ke apartment yang ditempah melalui Booking.com


Punyalah seronok, dalam perjalanan ke apartment melilau semua mata melihat restoren-restoren halal. Rasa macam nak singgah je semua restoren tu. Anak-anak pula asyik tunjuk KFC, Dunkin Donut, Subway DLL... Maklumlah, di Vienna hanya mampu melihat. Nak singgah tiada pengesahan halal...

Pada ke esokkan pagi, kami telah menempah perkhidmatan teksi persiaran. Atas ehsan pakcik google, kami dapat book 2 pakej, pagi melawat sekitar bandaraya Dubai dan petang pakej 'desert safari'. Pakej termasuk menghantar kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, bagi penerbangan kami ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam.


Pakej safari padang pasir ni memang terbaik. Kami dapat menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4wd), bermain luncur pasir, menunggang unta, menonton tarian gelek dan buffet makan malam. Memang puas hati.

Bezanya, kami tidak dapat menunggu sehingga persembahan tarian gelek habis. Kami terpaksa bertolak awal ke lapangan terbang, bagi mengejar penerbangan jam 9 malam.




Di Dubai ada insiden yang tidak berapa menarik. Teksi pelancongan kami tiba agak lewat, lebih kurang 45 minit lewat. 3-4 kali jugalah telefon agen. Hampir-hampir hendak di batalkan pakej internet dan ambil pakej dari apartment. Harga yang ditawarkan pun agak murah.

Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang aku percaya. Setiap kesabaran ada ganjaran olehNya. Rupa-rupanya, Allah swt mahu memberikan kami pakej berjalan-jalan sekitar bandar Dubai secara percuma. Syukur Alhamdulillah. Sebagai menghormati masa dan hak pelanggan, syarikat perlancongan memberikan kami percuma pakej pertama.

Ahad, Disember 22, 2013

Ke Arah Negara Maju

Petang-petang ni ada member kongsi rencana di bawah melalui WhatsApp... Sungguh menarik buat bacaan bersama.



-------------------

Apa?...'Hidden hand'...

Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. 

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a) Korea (1980)-$1845.66
b) Malaysia (1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.

a) Korea (2006)-$18,674.44
b) Malaysia (2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama Handphone yg paling digemari di seluruh dunia.. Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BR1M balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check & balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat... ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%. Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sebab Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka ubah reform islah semampu kita ~

Khamis, Disember 19, 2013

Home Leave Part 1

Alhamdulillah... Masa di tunggu akhirnya tiba. Lebih 26 bulan aku tidak menjejakkan kaki di Bumi Malaysia.

Orang yang paling menghitung hari ialah Tok Timah. Dia bagitau rasa nak melompat pon ada..... Hehehe, ini yang di katakan hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Lebih bai di negeri sendiri... Cuma untuk aku... Lebih baik rasa-rasa emas dulu..


Balik 6 orang, beg ada 8 biji. Semua gembira nak balik. Ntah apa-apa je kami pack. 2-3 minggu ni memang sibuk, sampai teksi nak pick-up lagi 30 minit pon aku masih membalut beg.


1st stop, Dubai, UAE. Kami singgah Dubai untuk 22 jam. InShaAllah sempat kami melawat-lawat Dubai.

Khamis, November 21, 2013

Senarai Semak Destinasi Bercuti


Melancong? Hari ni ada checklist atau senarai semak baru dalam diri aku. Menjejak kaki ke destinasi-destinasi perlancongan Islam. Bila di semak-semak balik, InShaAllah separuh destinasi boleh di lawat dalam tempoh 2 tahun ini.

Selasa, November 19, 2013

DramaQueensCloset.com


Beberapa hari ni sibuk menghidupkan kembali www.DramaQueensCloset.com, daripada buat secara pasif. Rasanya sudah boleh beralih kepada lebih aktif. Ahli-ahli DQsCloset pun sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran masing-masing.

Bermula dengan pakaian-pakaian kebangsaan Malaysia sampailah sekarang, pelbagai produk di tawarkan. Bagaimanapun jenama DQsCloset tetap akan teruskan.

Dan bermula hari ini, InSyaAllah sejam sehari akan diperuntukan untuk DQsCloset sahaja. Rasa-rasa macam tak cukup je sejam... yang perlu dilihat untuk DQsCloset ni:
  1. Laman web
  2. Page Facebook
  3. Instagram
  4. Mudah.my
Lepas ni boleh kembangkan lagi dengan register lelong.my dan ebay.my pula. InsyaAllah boleh uruskan dengan lebih baik. Dah mula nampak 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

Sabtu, November 09, 2013

Hari bermalasan

Perghh... Rasanya macam dah lama tak bermalas-malasan di rumah. Beberapa bulan kebelakangan ni ada sahaja aktiviti dan program.

Alhamdulillah, sepanjang hari ni, kami sekeluarga duduk di rumah. Berehat dan cuba kembalikan tenaga dan semangat. Lepas solat subuh, aku tidur balik... Rasanya sampai jam 11 pagi jugalah. Baru bangun dan makan meehoon goreng. Lepas tu lepak-lepak.

 
Nuqman dan Iman bergembira kat celler main laptop dan wii. Aku amik peluang dengan Irisa main xbox.


Lepas tu Umi bangun, makan tengahari, tengok cerekarama dan sambung bermalas-malasan... Alhamdulillah, dapat merasa nikmat Allah berikan ini.

Rabu, November 06, 2013

Wii Fit 2013

Pergh.... 11 bulan tak bersukan secara berhemah... Patutlah nampak roy sikit. Sabo jelah...

Alhamdulillah, hari ni InShaAllah akan bermulalah episode bersenam. Mulakan dengan 7 minit dulu. InShaAllah boleh kejar bersenam 45 minit sehari, 5 hari seminggu.


Bila tengok balik pencapaian diri, sudah menghampiri kembali obese. Kena cepat bertindak. Jangan leka ber x-box dan TV je.


Jom, sukan

Isnin, Oktober 28, 2013

TV Epal

Akhirnya beli gak Apple TV. Setelah bertangguh sekian lama. Dapat kat ebay.at dengan harga €71. Bolehlah untuk Apple TV 3rd Generation.


Banyak lah juga faktor diambil kira sebelum membeli Apple TV ni. Antaranya versi/generasi berapa? 2 atau 3. Kalau beli yang 2 boleh di 'pecah-penjara'kan. Cuma perlu ke? Dulu masa mula-mula guna iPhone pun serupa... Sibuk nak 'jailbreak' tapi takde pun apa kelebihan sangat pun. Bukan sibuk-sibuk nak curi apps pun. Banyak yang guna sekarang pun percuma. Adalah 1-2 apps yang betul-betul berbaloi dengan nilai 99sen atau 9.99USD.

Akhirnya beli generasi terbaru. Dan untuk seminggu yang lalu, aku sibuk belajar menggunakan Apple TV dengan lebih efektif. Bermula dengan streaming fail-fail video dari iTunes. Sampailah menonton perlawanan-perlawanan sukan secara live.

Apa yang penting, sekarang aku dah jumpa laman web (Pautan 2) yang tawarkan streaming tv-tv Malaysia. Dapatlah terubat rindu untuk tonton TV3, Astro Ria, Astro Ceria dan banyak lagi. Terubatlah sikit jiwa di bumi asing ni.

Cuma apa yang penting bagi pemilik Apple TV, ianya amat-amat berbaloi bagi pengguna produk-produk iOS. Jadi bertambahlah kegunaan iPad dan iPhone dalam rumah ni.

Sekarang tengah fikir nak tambah lagi 2 atau 3 Apple TV. Nak letak di setiap TV dalam rumah ni.

Isnin, Oktober 21, 2013

Kos hidup


Lagi luahan kos hidup di Malaysia.

Kalau di sini, amik barang lokal atau mampu milik:

Kicap €2.50
Sos tomato €1.50
Sos cili €2.50
Sos nandos €2
Beras 2kg €4
Sepapan telur €5 (25 biji)
10 biji ubi kentang €3
Cecair mandian €2.50
Ubat gigi €1
Syampoo €3

Dalam €27 atau RM108... Kawan aku terpaksa belanja RM90 untuk barang yang sama. Dan disini, separuh barangan yang dibeli bukan makanan ruji orang eropah. Dengan kata lain barangan import. Mana murah? Sudah tentulah Malaysia jauh lebih murah.

Tetapi, kenapa rakyat Malaysia tidak mahu bersyukur?

Sebabnya, mereka sedar yang gaji seorang peon (office boy) ialah €1,800. Dan kalau kita ambil gaji peon di Malaysia RM1,800 juga... Mana lebih menguntungkan?

Peon Malaysia terpaksa membelanjakan 5% dari gajinya manakala peon kat Eropah cuma belanja 1.5%. Kali ini mana lebih menguntungkan?

Ini bukan masalah bersyukur atau tidak. Aman atau tidak.

Buang 1 liabiliti

Alhamdulillah... Hari ni habis lagi satu hutang kad kredit. Lega banyak hati ni. Hidup di Malaysia dulu hampir-hampir tak dapat melarikan diri dengan hutang. Keadaan sekitar menjadikan aku sebagai rakyat berhutang. Mana taknya, selesai alam persekolahan aku diperkenalkan dengan pinjaman pendidikan. Rasa macam tiada pilihan lain, tiada opsyen lain selain tanda tangan borang pinjaman pendidikan.

Tak cukup dengan itu, sebagai graduan aku tidak dapat lari bagi mencari kerja secepat mungkin. Perkara pertama yang perlu di buat ialah memulakan pembayaran pinjaman pelajaran dengan faedah pengurusan 4%. 

Kehidupan di alam pekerjaan tidak semudah itu. Rumah-rumah yang berhampiran dengan kawasan pekerjaan memerlukan belanja sewa yang tinggi. Akibatnya aku terpaksa menyewa jauh. Keadaan kehidupan di Malaysia memerlukan aku sekali lagi membuat satu lagi liabiliti. Kali ini pinjaman kenderaan pula. Tiada opsyen lain, tiada laluan yang berdekatan boleh disampai dengan pengangkutan awam.

Setelah mempunyai kenderaan sendiri, aku telah diperkenalkan dengan satu lagi liabiliti. Kali ini 'kad kredit'. Katanya dapat memudahkan aku mengisi minyak dan dapat membantu bila mana keadaan-keadaan luar kawalan. Memang benar, aku telah di uji dengan kenderaan aku sendiri. Tayar meletup ditengah-tengah jalan raya yang tidak di turap sempurna. Akibatnya, aku terpaksa mengantikan bukan sahaja tayar kereta malah dengan rim-rim sekali perlu diganti. Di situlah bermulanya episod liabiliti kad kredit aku bermula.

Kini aku tinggal beberapa liabiliti perlu diselesaikan sebelum dapat berangkat dari dunia yang fana ini dengan aman. Aku tinggal lagi dua kad kredit, satu pinjaman pendidikan, satu pinjaman persendirian dan satu pinjaman perumahan. InShaAllah jika semua berjalan lancar 500 hari dari hari ini aku akan tinggal dua liabiliti sahaja.

Ahad, Oktober 13, 2013

Semangat menyimpan

Hari ni sempat ke flohmartkt geweberpark. Pergi berdua dengan Nuqman je. Target utama kami ialah games xbox 360.

Bertolak agak lewat dalam jam 10 pagi. Tengok cuaca cerah dan tak berapa sejuk. Jadi, Nuqman ajak ke sana. Kami pergi berdua naik tram 26 je. Timing memang terbaik, sampai je stesen Zanggasse, tram pun sampai.

Dari stesen Zanggasse ke Geweberpark cuma 5-6 minit sahaja. Dan kami buat keputusan yang betul untuk naik tram, sebabnya Flohmarkt pagi ini ambil keseluruhan parkir kereta. Kalau memandu tadi, alamatnya parkir dekat-dekat stesen tram lah.

Walaupun gerai banyak hari ni, tapi nasib tak menyebelahi kami. Hasil cuma Lego Exo-force, 2 game nintendo DS dan tempat simpan syiling.


Hari ni lebih bersenam sahajalah. Balik dari flohmarkt pun nasib kami agak baik. Elok keluar lift, tram pun sampai.

Sampai rumah, terus susun syiling-syiling dalam tabung.

Rabu, Oktober 09, 2013

Keselamatan lwn sekuriti


Semalam dapat tambah ilmu baru. Mungkin dah lama tahu cuma terpendam dalam hati. Sebelum ni ada gak dengar persoalan "safety vs security" cuma orang tak pernah tanya. Jadi kita buat tak reti ajelah.

Contoh mudah yang dapat semalam ialah perbandingan dalam mengendalikan bahan nuklear. Kita tahu bahaya radiasi. Oleh itu, bagi orang keselamatan, dia akan letak tanda "bahan radiasi" di pintu. Tapi tidak untuk orang sekuriti. Ia lebih mendatangkan bahaya. Jadi orang sekuriti akan letak satu lagi pintu di depan pintu yang ada label bahaya tadi.

Mudah, lepas ni kalau tanya dalam soalan temuduga/ interview dah boleh jawab.

Selasa, Oktober 08, 2013

Main game

Lama dah tak main game. Sejak kawan tumpang rumah, dan wii ada kat bilik tetamu. Kami sekeluarga stop main wii. Minggu lepas, akhirnya kami beli konsol game baru untuk ruang tamu. Kali ni Microsoft X-Box 360 versi Star Wars. Beli yang second-hand je... dapatlah €180 dengan 6 game.


Yang best dapat kinect sekali... Revolusi baru dalam permainan video. Mudah nak bersenam lepas ni.

Lepas ni giler main x-box la pulak.... Sebelum menyimpan untuk PS3

Rabu, September 25, 2013

Harga kereta

Menarik dalam majalah minggu ni... Perbandingan harga kereta di Austria selepas 13 tahun. Perbandingan di buat sejak pembentukan EU.

Kalau ikutkan kadar inflasi, selepas lebih 10 tahun lebih kurang pertambahan 25 peratus. Kalau setahun 1-3%, kan dekat 25% naik. Roti canai kat depan pejabat dulu pun naik. Dari RM0.50 jadi RM0.80 paling murah... Itu dah naik 60%.



Mula terfikir... Harga-harga kereta di Malaysia. Ada buat perbandingan? Meningkat banyak macam di Austria tak?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Portheimgasse,Vienna,Austria

Khamis, September 19, 2013

Mari menabung

Tahun ni Nuqman masuk gred 5. Gred pra menengah. Dah mula banyak belajar dan lebih bertanggungjawab. Jadi tahun ni, Nuqman dah mula bawa duit poket ke sekolah. Bawak €2 je pon.

Jadi menggalakkan Nuqman menyimpan, aku sediakan tabung. Tabung siap ada counter automatik. €7 je kat Conrad Geweberpark. Memang best.



Bila tengok ada counter, semua nak sorang satu. Punyalah seronok simpan duit, kekadang tu dapat je syiling terus masuk tabung. Tak bawa pergi sekolah pon.

Selamat menyimpan...

Ahad, September 15, 2013

Visit Austria : Carnuntum

Jalan-jalan petang. Dah 2 tahun kami menetap di Austria, dan dalam pada itu dah berpuluh kali kami ke Parndorf untuk membeli belah. Baik belanja sendiri atau membawa kawan-kawan. Dan dalam pada itu jugalah, kami akan lihat signage 'Carnuntum' di lebuhraya.

Hari ini, Alhamdulillah kami singgah. Apa dia Carnuntum ni? Carnuntum ni merupakan kem tentera Rom pada 6 masihi sehinggalah kurun ke-4.  Bandar tentera Rom ini dikatakan seluas 10 km/segi.

Muzium Terbuka Carnuntum
Ismail di Tapak Arkeologi Carnuntum
Kawasan ini merupakan muzium terbuka dan bayaran masuk hanyalah EUR 10 untuk dewasa dan percuma buat kanak-kanak di bawah 10 tahun. Yang menariknya tiket masuk sah sehingga bulan November. Jadi bolehlah kami melawat lagi Carnuntum ni.

Antara yang menarik di Carnuntum ni ialah bagaimana rumah-rumahnya di lengkapi dengan sistem pemanasan bawah lantai. Tapak-tapak bangunan besar yang tidak di ketahui fungsinya. Daripada susun atur bangunan boleh di andaikan sebagai hospital, hotel atau pasar.

Antara batu nesanyang dijumpai

Pameran interaktif mengenai penduduk-penduduk Rom

Perkuburan Carnuntum pada 1800 tahun lalu

Antara Panji-panji batalion Rom

Fitriah dan Mak

Tapak perumahan Rom


Di hadapan rumah zaman Rom

Dapur rumah zaman Rom

Dapur rumah zaman Rom


Rabu, September 11, 2013

Honeywell NaturAir

Semalam di Multikauf ada midnight sale. Ini kali ke dua kami ke midnight sale di Vienna. Biasanya midnight sale ni berlangsung dari jam 6 ptg ke 10 mlm. Habis €250 gak la semalam. Tapi kira ok sebab seluruh barang ada potongan 10%.

Akhirnya kami beli humidifier untuk rumah. Dah banyak kali tengok cuma tak terbeli. Sepatutnya balik buat kajian dulu mana yang ok. Tapi dah lewat sangat, kami beli je yang mana berkenan atau berpadanan dengan bajet.


Semua boleh tahan gak harga dia. Akhirnya kami beli jenama Honeywell NaturAir Evaporative Humidifier (HH350E) untuk €51.21 tak termasuk cukai 20%.


Lepas ni ada kerja baru... Periksa air humidifier lak. Confirm takde orang yang nak check punya.

Selasa, September 10, 2013

Unfriend


Dalam zaman bersosial ala siber ini macam-macam perkara baru didedahkan. Banyak yang boleh kita belajar. Dalam pada itu memang hanya iman yang dapat menentukan sesuatu itu baik atau buruk.

Salah satu perkara yang aku suka ialah rangkaian rakan-rakan. Dengan bermedia sosial, kita dapat mengeratkan lagi jaringan-jaringan keluarga dan rakan-rakan. Cuma masalahnya kita ini hanya insan yang lemah dan kerdil. Kadang-kadang melihat gelas itu separuh penuh dan kadang-kadang dapat melihat separuh kosong.

Minggu lalu teringat seorang sahabat bersembang dengan marah-marah... Laman utama media sosial dia dipenuhi iklan-iklan peniaga. Marah sungguh dia, al maklumlah kos sara hidup meningkat sekarang ni. Semua hasutan-hasutan jualan terkenan di hati. Oleh itu, habis kawan-kawan di media sosial di buang atau di letak status tidak berkawan.

Apa masalahnya?

Bagi aku, aku lebih gemar kawan-kawan berniaga. Malah nabi sendiri berniaga. Bukankah kita dididik, 9/10 rezeki datangnya dari berniaga. Memandangkan aku tak mampu hendak membeli apa-apa yang dijual mereka, InShaAllah dalam jaringan-jaringan media sosial aku mereka boleh mendapat rezeki. Mudah-mudahan iklan mereka di laman peribadi kita dapat mengurangkan beban mereka.

Dan ingatlah, hidup ibarat roda... Hari ini kita di bawah...

Isnin, September 09, 2013

Mengapa?

Gambar ehsan pakcik google
Idea banyak... cuma tak ter'update' blog ni. Dah beberapa benda menarik berlaku dan banyak gambar nak kongsi cuma tak tertaip je. Tengoklah macamana nanti... kebanyakkan apa yang difikirkan sekarang banyak direkod dalam apps iphone.

Isnin, Julai 22, 2013

Epik 6 : Hamba

Hari ni main Anno 1777 macam biasa.... Sementara menunggu masa untuk bekerja, pergi mendapatkan seberapa banyak hamba / slave yang mampu. Setiap hamba ini bakal memberikan 2 jenis bonus. Bonus berlawan dan bonus harian. Kalau bernasib baik, dapatlah percent pendapatan hamba-hamba yang aktif.

Cuma hari ni agak menarik. Salah seorang hamba yang berjaya aku tawan ialah Safee Sali. Ada juga orang yang gunakan fake id. Apa-apapun aku ada beberapa RM yang terkumpul daripada blog ni. Cuma kebanyakkannya masih berharap hari ini join dengan RM 0, esok boleh meraih kekayaan yang hebat tanpat berusaha.

Safee Sali

Lupa nak bagitau, aku sekarang dah berhijrah ke Gambia. Sudah menjadi rakyat Gambia dan bekerja di sana.

Bahagian 3 : Berpakaian
Bahagian 4 : Rumah Sewa
Bahagian 5 : Akaun Simpanan

Rabu, Julai 10, 2013

Salam Ramadhan

Diam tak diam, ini merupakan tahun kedua aku menyambut Ramadhan di bumi Vienna, Austria. Sama seperti tahun lalu, ramadhan di musim panas. Cuma bezanya tahun ini Nuqman dan Iman berpuasa di Malaysia. Jumaat minggu lalu berangkat ke Malaysia, InShaAllah berpuasa bersama atuk, oma dan tok mereka.

Alhamdulillah, malam pertama terawikh dapat di Pusat Islam Vienna (Vienna Islamic Zentrum). Itu pun hampir-hampir diperdaya untuk bertarawikh di rumah. InShaAllah tahun ini berazam dapat 50% terawikh di masjid.


Malam ini jiwa agak terganggu sedikit. Solat pun kurang khusyuk. Bagaimanapun, Alhamdulillah aku telah di uji dengan sifat sebenar separuh diri aku. Dalam pada aku menjemput rakan-rakan dari Malaysia yang bertandang di bumi Austria, baru tersedar yang keikhlasan ini hanya bertempat. Hanya mereka yang berkempentingan dan rapat sahaja kita membantu. Mereka yang lain biarlah nak jadi apa pun. Walaupun telah dimaklumkan, namun bila mereka tidak berkepentingan biarlah mereka mati. Janji tidak menyusahkan kita. Astafirullah, syukur Alhamdulillah aku telah diberi petunjuk ini.

Dalam waktu-waktu macam inilah, aku teringatkan pesan mak. Sebagai manusia biasa, memang tidak dapat lari dari membenci seseorang individu, namun jangan sesekali kita mengajak orang lain sama membenci individu tersebut. Biarlah hanya kita berdosa, asalkan tidak kita mewariskan dosa-dosa itu sekali.

Sekali lagi, syukur kepada Allah swt...


Rabu, Julai 03, 2013

Diam tanda Setuju?

"Silence is Golden" ada benarnya. Sesuatu yang payah untuk di buat. Untuk sesetengah individu. Ini sifat manusia, BERCAKAP. Cuma kita kurang sedar, bila terlalu banyak bercerita, jalan cerita dan fakta bertindih.

Sehari dua ini, aku diberi peluang untuk menguatkan lagi pemikiran. Merasa sendiri lagi di depan mata bagaimana sesi brainwash di jalankan. Apa yang penting sekarang, fakta yang nak ditanam perlu di ulang. Biarlah bercanggah macamana pun. Bila dah diulang beratus kali, itu yang kita fikir betul.

Macam selalu yang aku kata. Allah dah jadikan setiap perkara dan benda di bumi ini berpasangan. Ada lelaki perempuan, putih hitam, baik jahat, depan belakang, kanan kiri DSB. Yang penting kita tahu di mana kedudukan kita. Dimana kita berpihak.


Jangan ingat diam tanda setuju!

Sebelum terima apa yang hendak ditanam di minda. Tolong lihat situasi di sekitar dan fakta yang nampak. Menidakan melalui air liur memang mudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...