BonusCoin Banner

Rabu, Oktober 18, 2017

Istiqamah

Istiqmah mengumpul Litecoin... Sekarang masih dalam lingkungan USD200 per 1 litecoin. Aku percayalitecoin juga boleh cecah USD2,000 per 1 ltc pada masa akan datang ni...


Semua ni baru kumpul dari program Moon Litecoin.

Isnin, Oktober 02, 2017

Mula Mengejar

Alhamdulillah... selepas sebulan kembali ke tanahair. Urusan pindah sudah nampak reda. Walaupun baru seminggu kembali duduk di rumah, dan masih belum siap sepenuhnya. Kami redha dan gembira berada di rumah sendiri.

Minggu ini tinggal beberapa kerja-kerja kecil seperti membasuh rumah, pasang beberapa grill dan perbetulkan beberapa benda-benda kecil.

Urusan mengumpul matawang kripto ini pun telah mula seperti sebelum. Belum dapat rentak sempurna, daripada mati begitu sahaja.

Penambahan FCL Faucet.Cloud
Nasib baik ada https://faucet.cloud/ref/9489112473 ... nampak lah ada harapan lagi... strategi seterusnya... kumpul 1,000 Doge dan pindahkan ke dompet doge aku....

Khamis, September 14, 2017

Sedih

2-3 hari ni tak dapat sambungan internet yang sempurna... akibatnya, aku tak dapat mengumpul program-program paip ni...

Bila dapat buka program hari ni dan tengok sistem reset balik daily loyalty bonus... rasa nak nangis pun ada. Apa nak buat dah bukan rezeki.



Tak pe, in-Sha-Allah lagi 2 minggu dah boleh uruskan jadual perjalanan hidup seperti normal. Buat masa ini kami masih lagi hidup dalam keadaan nomad...

Rabu, September 06, 2017

Jadual Paip

Macam buruk pulak bunyi tajuk entri kali ni.... Macamanapun, aku tetap nak kongsikan juga... Banner bawah ni 3 program paip (Faucet) yang dah berbulan aku dapat hasilnya... Semua dari Progam Moon sama ada kumpul Bitcoin, Dogecoin dan Litecoin...

 |  | 


Macam yang pernah aku cerita sebelum ni, program paip ni menikut masa. Kita bole kumpul setiap 5 minit, dan setiap hari aktif boleh dapat tambahan 1% per hari (maksimum 100 hari atau 100%)

Kenapa kena buat kerap? Sebabnya, lebih lama kita tunggu, lebih perlahan pengumpulan koin. Lebih kerap aku klik, lebih cepat aku kumpul...

Contoh kadar pengumpulan
Jadi... tunggu apa lagi?

Sabtu, September 02, 2017

selesai 6 tahun

Alhamdulillah, cukup 6 tahun kami sekeluarga merantau ke ngara orang. Bulan ini kami kembali ke tanahair. Banyak pengalaman suka dan duka sepanjang 6 tahun di bumi Eropah. Sepanjang 6 tahun banyak jugalah negara yang dapat kami lawati.

Antara negara yang dapat kami lawat:
  1. Austria
  2. Republik Czech
  3. Slovakia
  4. Slovania
  5. Jerman
  6. Itali
  7. Perancis
  8. United Kingdom
  9. Spain
  10. Macedonia
  11. Poland
  12. Belanda
  13. Bosnia
  14. Croatia
  15. Hungary
  16. Norway
  17. Sweden
  18. Turkey
  19. Switzerland
  20. Leichenstein
  21. Belgium
Ada beberapa negara yang dirancang tapi tidak kesampaian untuk kami singgah. Bagaimanapun, syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang dikurniakan ni.


Eropah

Selasa, Ogos 29, 2017

Masih kumpul ke?

 Sudah lebih 40 hari aku kumpul Bitcoin ni balik. Bila tengok nilai dia makin hari makin bertambah. Boleh lah daripada surf internet tak tentu hala.

2017
Spekulasi mengenai nilai bitcoin ni banyak. Terbaru, ada yang menjangkakan nilai 1BTC boleh mencecah USD1juta. Kalau betul, 0.0001BTC bersamaan USD1k atau RM4,200 tu... Kumpul dan terus kumpul. Mana lah tau, kalau tahun depan naik sampai USD10k pun. Nilai yang aku ada sekarang ni akan meningkat 5 kali ganda.

Yang aku sedih sikit, aku ada laburkan 0.0055BTC daripada yang aku kumpul kepada program HYIP. Dan aku cuma sempat amik balik 0.0035BTC yang selebihnya aku jadi tamak dan tak amik balik. Aku labur kembali.

Macamana kita berhati-hati pun, ada waktunya memang sifat sabar tu akan berkurangan....


Sabtu, Ogos 26, 2017

Sejam sehari je ker

Pengumpulan untuk 1 jam
Trend pengumpulan Dogecoin melalui coinpot (Moon Dogecoin) telah mula menampakkan hasil. Kalau ikutkan graf, setiap 4 hari aku membuat pengeluaran sebanyak 50 Dogecoin (~RM0.40).

Gambar sebelah menunjukan nilai dogecoin yang berjaya dikumpul dalam sejam (setiap 15 minit). Seperti yang aku cerita dalam post Teknik Kumpul Bitcoin Percuma, Moon Dogecoin ni bagi bonus harian. Dan nilai sebelah setelah di campur 33% daripada nilai kutipan.

Jika semuanya berjalan lancar, minggu depan boleh buat pengeluaran setiap 3 hari. Jadi! tunggu apa lagi? mula kumpul sekarang, tak kan nak tunggu nilai Dogecoin naik beribu-ribu baru nak kumpul?


Selasa, Ogos 22, 2017

Rutin selepas subuh


Aktiviti
Setelah sebulan beraktiviti mengumpul matawang kripto ni, aku sudah dapat rentak. Sudah menjadi rutin. InShaAllah selepas subuh, aku akan mengadap aktiviti di macbook ini untuk 30-60 minit.

Alhamdulillah, boleh lah kumpul RM10 sehari buat masa ini. Dan nilai ini semakin hari semakin menaik.

Buat masa ini aku menetapkan target permulaan 100 hari sebelum menuai hasil. 100 hari tanpa modal. Kalau mengikut perkiraan kasar. Selepas 100 hari, aku cuba mengumpul RM100 sehari.

Boleh ke capai? InShaAllah... kita merancang, dan Dia juga merancang. Sebaik-baik perangcang adalah perancangan Allah swt. Yang penting, kita perlu terus istiqamah dan yakin. Ingatlah, kita perlu merancang. Gagal merancang, kita merancang untuk gagal.

Bagus juga aku buat aktiviti ni. Setidak-tidaknya, hidup balik blog ni. Bertahun kot blog ni dah wujud.

Jumaat, Ogos 18, 2017

Dompet Mikro ke2

Sebelum ni aku ada cerita pasal Microwallet coinpot. Beberapa hari lepas aku ada buka lagi satu Dompet Mikro ni... iaitu dari FaucetHub pula. Bagi sesiapa dah biasa dapat kumpul Bitcoin dari program-program berasaskan coinpot. Ini ada lagi satu program tambahan.

Micro wallet ke-2 FaucetHub. Selepas 3 hari
FaucetHub ni banyak program. Kali ini, aku tumpukan pengumpulan Dogecoin sahaja. Alhamdulillah, hari ke-2, aku sudah boleh mohon pengeluaran 10Dogecoin.

Cuma program-program daripada FaucetHub ni nampak macam daripada mereka-mereka yang cuba membuat website dan mencaari duit. Jadi program-program dia banyak yang mempunyai iklan-iklan yang agak banyak dan kadang-kadang pening gak nak kumpul. Macamana pun aku bukanlah orang yang mudah mengalah.


Rabu, Ogos 16, 2017

Pendapatan Pasif pula

Amacam? dah cuba kumpul matawang elektronik? Jangan cepat pengalah dan jangan cepat putus asa... memang nampak sikit. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.



Memang nampak sikit, tetapi bila dah cecah 0.001 BTC kita boleh pergi ke langkah seterusnya. Kena ingat, ini semua tanpa modal. Kecuali masa dan kesungguhan. Progam Paip Moon Bitcoin betul-betul memberi pulangan lumayan setelah istiqamah aku menggunakannya. Semakin hari semakin laju pulangan yang di terima.

Selepas beberapa ketika (dan banyak program telah di cuba). Aku berpeluang menambah pendapatan dengan langkah seterusnya. Ini terus menjadikan langkah pendapatan pasif. Kurang sedikit kerja aku dan pendapatan inShaAllah bertambah.

Pulangan daripada BitWest
Dengan pendapatan 0.0025 BTC aku yang pertama. Aku laburkan ke dalam program BitWest. Dari dari 0.0025BTC ni setiap tiga hari aku dapat buat pengeluaran sebanyak 0.005BTC....

|

Ok, nanti kita sambung lagi... apa-apa buzz aku kalau perlu bantuan...

Masih jauh perjalanan sebelum aku tunjukkan macamana semua pendapatan ini masuk ke akaun Maybank aku lak...

Isnin, Ogos 14, 2017

4.5 jam sehari ke?

Hari ini nak cerita macamana senang sangat aku kumpul Bitcoin ini. Nampak macam senang. tetapi pada hakikatnya memang senang... hehehe...

Hari ni saja-saja tengok sejarah claim bitcoin melalui program faucet ni. Macamana aku boleh claim 0.0001BTC hampir setiap 4 hari. Daripada kajian sejarah aktiviti claim, adalah didapati aku claim daripada Bonus Bitcoin sebanyak 18 kali sehari. 18 kali sehari ye. Dan Bonus Bitcoin ini boleh claim setiap 15 minit.

Bermakna,
18 kali x 15 minit = 270 minit
270 minit = 4 jam 30 minit
Jadi.... aku online sehari lebih kurang 4 Jam 30 minit sehari!!!

Bukan aku online semata nak claim daripada program-program faucet bitcoin ini semata. Aku online macam manusia biasa yang lainnya. Online nak buat kerja, main FB, balas whatsapp dan lain-lain. Cuma lebihnya sekarang ni, bila ada kesempatan je. Buka macbook dan claim dari program-program faucet ni dan tutup balik.

Browser sekarang kan boleh guna tab... jadi 2-3 tab program faucet ni biar jelah. Sebab nak tengok berapa lama lagi boleh claim. Sambil-sambil main FB tu, jeling tab dan singgah untuk claim. Tak sampai seminit pon

Tab pada browser
Mudah? Amat mudah!... lama-lama dah jadi tabiat. Tabiat yang membawa keuntungan. Alah bisa, tegal biasa kata pepatah.

Ahad, Ogos 13, 2017

trend menaik oooo

Ni saja nak tunjuk nilai bitcoin yang meningkat setiap 4 hari... ini betul-betul bukan cobaan...

bitcoin menaik
Memang menyesal bila tunggu lama-lama...

Khamis, Ogos 10, 2017

Teknik Kumpul Bitcoin Percuma

Setelah berkecimpung dalam dunia pengumpulan matawang bitcoin. Ini ada satu rahsia bagaimana aku dapat kumpulkan bitcoin dengan percuma dan banyak. Nak kata masa singkat tu takdelah... tapi setelah hampir sebulan mencari, banyak jugalah matawang elektronik ni aku kumpul.

Untuk bitcoin, ada 3 program yang benar-benar aku guna. Dan ini telah terbukti berkesan. Program-programnya adalah:
  1. Bonus Bitcoin - http://bonusbitcoin.co/?ref=FFCBDAD6883D (setiap 15 minit)
  2. Moon Bitcoin - http://moonbit.co.in/?ref=12c01d083da9 (setiap 5 minit)
  3. BitFun - http://bitfun.co/?ref=B41A4026C29C (setiap 3 minit)
Setiap program ini dinamakan program paip (faucet) ... setiap waktu, kita boleh claim dan kita akan dapat beberapa mata satoshi. Setakat ini setiap 15 minit aku dapat kumpul lebih kurang 50 mata satoshi. Rasa sikit? itu yang paling MINIMA... InShaAllah.

Aku paling suka program no 2 Moon Bitcoin - http://moonbit.co.in/?ref=12c01d083da9 . Kenapa? MoonBit ni setiap hari kita claim akan dapat bonus 1% (max 100%), setiap referal 1% dan ada bonus misteri.

Bonus-bonus MoonBit
Kalau lihat gambar kat atas... dalam 15 minit aku dapat 65 mata satoshi dan campur-campur dari 2 lagi program. Dapatlah aku lebih kurang 100 mata satoshi ni. Dan seperti yang aku bagitahu sebelum ni. Dari dulu lagi aku duduk depan macbook hampir 2 jam setiap malam. Dalam sambil menulis blog ni dah 2 kali aku claim. Dan tadi sambil-sambil main FB pon aku dapat claim. Bukanlah aku duduk bodoh je. Kalau aku join bitcoin ni pon, aku tetap duduk depan macbook buat benda lain.

Apa yang bagusnya program-program ni? Ada banyak lagi program faucet bitcoin ni, tapi aku pilih 3 ni. Sebab, ketiga-tiga program akan bayar ke akaun CoinPot... jadi lebih cepatkan pengumpulan mata satoshi dan pengeluaran ke dompet bitcoin. Kalau program lain, pembayaran akan di buat oleh 3 program berbeza. Ini semua di dalam satu website iaitu CoinPot.

Semua pembayaran dalam CoinPot
Untuk membuat pengeluaran ke dompet Bitcoin. Kita kena kumpul sebanyak 10,000 mata satoshi. Kalau ikut perkiraan aku, setiap sejam aku boleh kumpul 500 mata satoshi. Dan target aku 1,000 mata satoshi setiap hari. Alhamdulillah setakat hari ini, aku dapat malah lebih.

OK! cukup untuk hari ini. Nanti aku kongsikan lagi satu tips untuk cepatkan lagi pengumpulan wang bitcoin lagi.

Rabu, Ogos 09, 2017

Dah nak balik

Akhirnya, perantauan kami ke bumi Austria sudah menghampiri penghujung. Setelah 6 tahun merantau di bumi orang, InShaAllah akan pulang juga kami sekeluarga ke bumi Malaysia.

Macamana? Gembira?... Sangat...

Bagaimanapun, dalam masa enam tahun di bumi Eropah ini. Banyak pengalaman suka dan duka. Bukan sahaja pengalaman, rumah pun penuh dengan pelbagai barang. Bila pack baru nampak, ada tak kurang dari empat set periuk ada. Ntah bila nak guna, Wallahualam. Tu tak kira lagi barang-barang yang penuh di stor. Banyak-banyak pun, hampir semua beli dengan nilai mampu milik atau nilai yang menyesal kalau tak beli.

Kawan-kawan dan adik beradik... sila bersedia ye...

Kotak-kotak
3 hari gak packer amik masa mengemas rumah. Nak kemas rumah yang ada 4 bilik, 2 stor, 2 ruang tamu, taman, 1 ruang kasut... Yang aku kagum, memang pantas dorang buat kerja. Kalau tak berhati-hati... habis semua sampah di kotakkannya. Yang aku pasti semua habuk-habuk Vienna ni dah masuk kotak.

Semalam, nasib baik nampak dorang tengah menyimpan kasut. Kalau tak habis semua kasut-kasut di simpannya (memang dah simpan pon). Terpaksa minta buka balik dan amik simpan kasut masing-masing. Itu pun 2 dompet dan kunci kereta habis di simpannya. Alamat amik kat Malaysia lah nanti. Tapi IC anak-anak kema buat report. Kalau tak, tak boleh keluar lak dari Eropah ni. Kunci kereta lak, kunci pendua. Boleh aku tak ingat langsung nak amik simpan. Petang ni bila ada orang mesej nak tengok kereta esok, baru teringat pasal kunci pendua.

Akhirnya kontena sampai


Angkut

Hampir selesai

Bilik basement
Kesian gak tengok 6 orang packer ni. Penat ooo... aku yang tolong kadang-kadang ni pon nak give-up. Nasib baik cuaca hari ini elok. Tak berapa panas, tak berapa sejuk... syok-syok gitu cuacanya.


Siap susun semua dalam kontena

Habis
Alhamdulillah... selesai... lepas ni nak kena kemas rumah, cat balik rumah.... sebelum pulangkan kembali kepada tuan rumah.

Lepas ni dah boleh mula balik selesaikan kerja-kerja DQ.

Check e-Wallet

Sebab ada member tanya pasal BitCoin. Tadi saja lah check baki wallet. Lebih 10 hari gak lah tak check balance (takde tambah apa pon). Dan ini wallet dari BitCoin Malaysia aku. Maksudnya, nilai BitCoin ni boleh di tambah dan di pindahkan ke akaun Maybank.

Nak buka wallet ni, sila klik -> LUNO atau https://www.luno.com/invite/HUY54

Terkejut gak, tengok nilai Bitcoin makin naik... minggu lepas ada RM300 je... minggu ni dah jadi RM400...dekat 20% naik tu...

Nilai BitCoin selepas 10 hari

Selasa, Ogos 08, 2017

Wang Mas

Jom simpan emas... 

Kenapa emas? Pertamanya emas tak boleh di cipta di wujudkan suka-suka.  Ia tidak boleh di manipulasikan. Dan yang paling aku ingat ustaz pernah bagitau dulu. Emas tidak terlibat dengan inflasi. Dari zaman nabi beli seekor kambing dengan se dinar emas, kambing pada zaman ini juga nilainya se dinar emas.

Kalau ikutkan pengalaman aku, masa baru-baru bercinta/bertunang (dengan orang rumah sekarang). Kami ada membeli seutas gelang emas. Ini sekitar tahun 2001 yang mana nilai dia lebih kurang RM300. Dangelang emas tu sangat-sangat berjasa kepada kami dalam menempuh alam rumahtangga pada awalnya. Dengan gelang yang sama, sudah lebih 5 kali masuk pajak gadai dan Ar-rahnu. Dari menampung bayaran muka kereta, repair kereta, beli tiket kapal terbang (kerja - outstation), pindah rumah, pindah negara... dan macam-macam lagilah... dari nilai RM300 sampailah nilai RM3,000. Gelang yang sama. Cincin berlian (cincin kahwin) tak berguna sangat...

Hari ini di FB, kawan ada kongsikan satu gambar yang sungguh menarik. Kalau di ikutkan daripada gambarajah, kos mengerjakan haji kurang daripada nilai emas yang perlu di bayar zakat. Bagi penyimpang emas, nilai emas yang wajib di keluarkan zakat ialah 80g.

Harga emas vs Kos haji
In-Sha-Allah, sekarang dapat simpan 8g emas dah. Jadi pelan-pelan boleh kumpul emas.

Bitcoin percuma (2nd)

Alhamdulillah... hari ni dapat mohon lagi 0.0001BTC atau USD0.40 .... Dalam sebulan boleh kumpul 0.0003BTC. Dalam takde buat apa-apa. Nak kata nilai Bitcoin akan naik... agak payah... 1BTC bersamaan USD2,000 ni kira agak tinggi dah...

Kebanyakkan daripada Bitcoin percuma ni, aku dapat daripada Bonus Bitcoin. Setiap 15 minit, boleh claim Satoshi Point. Dalam setiap 15 minit ni juga boleh dapat dalam  60 Satoshi point (mengikut nasib). Nampak sikit, tapi dia ada bonus-bonus tertentu yang membolehkan kita menerima lebih Satoshi Point setiap hari. Nak ikut? Jom klik -> http://bonusbitcoin.co/?ref=FFCBDAD6883D  

Esok, aku akan request pengeluaran Dogecoin pula... hehehe... tambah lagi 50Dogecoin

Graf Pendapatan Bitcoin
Rajin pulak aku update blog ni yang dah lama menyepi... dan dalam 2-3 hari akan datang ni, jadual harian agak penuh. Jadi akan menampakan ke tidak aktifan menggunakan macbook pada waktu itu. Jadi pendapatan bitcoin dan dogecoin juga akan mula berkurang....

 sumber bitcoin
Sumber Bitcoin is150

Ahad, Ogos 06, 2017

Semalam yang sibuk

Semalam betul-betul seharian di luar... Tak banyak guna macbook. Jadi income tak berapa banyak. Beberapa hari akan mendatang ni pun akan sibuk.

Graf kerja

Jumaat, Ogos 04, 2017

Tambah Bitcoin

Hari ni tambah koleksi Bitcoin pulak. Dulu masa nilai Bitcoin sen-sen... berlagak... sekarang baru nak kuis-kuis... Kalau perkiraan aku betul... sebulan, boleh kumpul 0.0005 BTC....

Teringat kata-kata kawan dalam grup wasap tadi.... benda senang dapat, senang juga hilang... jadi beringat-ingatlah kita. Jangan tamak-tamak.

Boleh lah

Khamis, Ogos 03, 2017

Dalam 2 minggu

Diam tak diam, dah 2 minggu aku bekerja dapatkan duit krypty / duit maya ni. Alhamdulillah, buat Dogecoin, aku telah dapat hasil 50 D lagi. Kalau di ikutkan, dalam tempoh 2 minggu ni hampir 1-2 jam di habiskan duduk depan komputer. Dan dalam masa yang sama juga aku mengambil masa kumpul coin-coin ni.

Sekarang, aku ada dalam 100 Dogecoin dan InShaAllah, hari ni akan request bitcoin pulak. Ini merupakan salah satu pendapatan dengan bekerja. Ada juga beberapa rakan menawarkan pendapatan pasif. Dan InShaAllah, aku akan laburkan pendapatan-pendapatan yang ada ini kepada yang pasif kelak.

Graf koleksi Dogecoin
Hari ini, harga Dogecoin berada sekitar €0.0015. Oleh itu aku ada lebih kurang €0.16 di dalam dompet Dogecoin aku. Itu nilai sekarang, dijangkakan nilai matawng kripto ini akan meningkat bila penggunaan nya makin meluas. Dan setiap hari pengguna matawang ini semua makin meningkat.

Hasil Dogecoin
Jom... berusaha

Ahad, Julai 30, 2017

QR Code

Minggu ni terpaksa buat balik CV. Dah 6 tahun tak kemaskini CV dan resume. Memandangkan CV lama dah terdelete, terpaksalah buat CV baru.

Sesuai dengan alaf baru, CV aku kali ini amat ringkas dan padat (ni perasan sendiri) Hanya 2 muka surat sahaja dan aku cuba masukkan apa-apa ringkasan mengenai aku. Antara tambahan yang aku masukkan ialah QR-Code.

QR-Code ni aku buat / dapatkan secara percuma melalui www.qrstuff.com dengan mudah. Gunanya QR-Code ni adalah untuk memudahkan pengguna-pengguna mobile-devices mendapatkan maklumat. Pengguna hanya perlu scan dan apa-apa maklumat didalam QR-Code ini boleh terpapar.

Rabu, Julai 26, 2017

Mencuba Matawangkripto

Diam tak diam.... dah beribu nilai Bitcoin... kalaulah dulu aku terus istiqamah menyimpan... Tapi takpe. Masih belum terlambat. Sekarang aku sudah mula menyimpan Dogecoin lak. InShaAllah, boleh terus istiqamah mengumpul.

50 Dogecoin tu, aku kumpul dalam masa 3 hari. Macamana aku kumpul? InShaAllah esok aku kongsikan.



Jom.... kita kumpul Dogecoin... Sebelum tu buka wallet dulu. Korang boleh cari wallet dari appstore. Aku guna freewallet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...