BonusCoin Banner

Rabu, Oktober 10, 2018

Pelaburan Modal Kecil


Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil


Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu. Biarpun dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Bagaimanapun, sebelum melabur, saya syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) sekurang-kurangnya 3 bulan keperluan. Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal serendah RM100. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan RM100 atau 1 gram.
Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!
(Untuk faham lebih lanjut tentang pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya ″Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold″)
Gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM300 sekarang ni. Buat masa ini yangfamous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold dan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram power goldGold bar 1 gram yang diedarkan oleh syarikat Power Gold.
gold bar 1 gram poh kongGold bar 1 gram keluaran Poh Kong
Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.
Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM800 – RM850, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Koin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -& harganya lebih mahal.
Syiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, koin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa – London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
(Untuk pembelian 1 dinar tersebut, boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh ambil di cawangan Public Gold terdekat″)
Selain daripada faktor itu, ada 10 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!
Wallahu a’lam.
Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri
PG00112287
Bandar Seri Putra

kredit : Sifu Emas

Ahad, Oktober 07, 2018

Suami yang sakitkan hati Isteri

Pagi ni dapat link Blogmazeer : Ingatlah Suami dari whatsapp. Kita sebagai suami selalu di ingatkan perkara ini, moga-moga kita terlepas dari perkara-perkara yang negatif. Bak kata Uncle Shaf, fikir yang baik-baik ye.

Intipati dari apa yang blog tu nak cerita ialah, Suami kena mudahkan urusan isteri. Apa definasi mudahkan urusan? kena buat semua kerja? kena selesaikan semua perkara?

Adakah kalau pinggan dalam singki ada 10 biji, dan suami hanya basuh tiga (3) daripadanya. Ia boleh dianggap mudahkan urusan? Atau, suami kutip baju kotor, basuh baju kotor, sidai baju basah dan kutip baju kering... Lipat dan gosok baju tu tak di buat. Adakah itu boleh dianggap memudahkan urusan isteri?

Atau yang lebih, suami berkorban jawatan dan pangkat semata-mata ingin memberi laluan buat isterinya lebih cemerlang dalam kerjaya. Bolehkah itu di kira sebagai memudahkan urusan?


Percayalah, buatlah seribu kebaikan sekali pun.... satu kesalahan bisa meranapkan seluruh kebaikan itu...

Rabu, Oktober 03, 2018

Awal Oktober

Tiber... semangat pula bila tengok pencapaian portfolio pencen awal ni. Moga-moga perancangan berpencen untuk tiga (3) tahun ini berjaya. Hampir sembilan (9) bulan projek ini telah di laksanakan. Moga-moga ia berjalan seperti apa yang di rancangkan.


Tahun pertama kita akan bina porfolio dulu. Bagaimanapun, tak semua perancangan kita mengikut kehendak kita. Kalau di lihat dari jadual di bawah, kekuatan portfolio berbanding setahun dan 3 tahun adalah 'ok'. Pada mulanya, aku berharap nilai portfolio boleh meningkat sehingga 100%.

Jadual prestsi portfolio

Jangan berhenti berusaha, jangan cepat berputus asa. Tahun pertama, kita bina portfolio dahulu. Kita cuba pilih syarikat-syarikat yang berpotensi atau syarikat baru. Fasa seterusnya, pilihan syarikat akan berdasarkan kepada yang memberi dividen. Moga-moga adalah sedikit sebanyak duit poket setiap bulan.

Selasa, September 18, 2018

nilai 10%

Nilai portfolio saham meningkat 10% dalam tempoh tak sampai setahun. Kira baguslah tu. Kalau masuk dalam akaun bank, tak tentu lagi dapat lebih 10% setahun. Bagaimanapun, target melabur dalam saham ni adalah peningkatan sebanyak 20% setahun. 

Kita tunggu next update ye.

Khamis, Ogos 16, 2018

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM200 sahaja sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Kaedah belian ini sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
Gold bar LBMA 1 gram Public Gold edisi standard.
Syarat dan terma Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program)
Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:
#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
#3 – Spread / Susut Nilai : Spread atau “susut nilai” KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (9%), 5 gram (9%), 10 gram (9%), 20 gram (8%), 50 gram (7.5%), 100 gram (7%), 250 gram (6%) dan 1 kilogram (6%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)
#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)
#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)
#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM141, maka masukkan duit genap-genap RM141. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM282 (RM141 x 2 gram). Boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram.
Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.
Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:
  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 5071 3410 4563 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni.
KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada iskandarsis@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.
Untuk telak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00112287, Iskandar Syahril Ibrahim Sukri. Tak perlu minta izin pun tak apa. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +60 17-606 8035 sebagai makluman dan saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.
Ini contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.
Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.
gold bar 999 24k lmba public gold
Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.
dinar emas 24k 999 public gold
Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.
design gold bar 1 gram public gold
Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.
emas public gold premium ogos 2017
Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.
emas gold bar public gold 1 gram 5 gram lbma
Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gramsebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.
Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 017-606 8035 (wassap). InsyaAllah saya boleh guide. Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:
Wassalam.

Iskandar Syahril IS
Bandar Seri Putra
16 Ogos 2018
4 Zulhijjah 1439H

Kredit Sifu www.mohdzulkifli.com

Rabu, Ogos 15, 2018

15 Ogos dah

Cepat sungguh sama berlalu.... Saja nak kemaskini status projek 500 sebulan (lihat : projek-sebulan-rm500) Setalah 8 bulan berlalu, alhamdulillah... perancangan projek berpencen awal ini menampakkan hasilnya, Bulan 8 sudah menampakkan pulangan pelaburan yang positif.

Syukur Alhamdulillah... moga ekonomi Malaysia terus kukuh.

Pulangan untung rugi mengikut bulan
Buat masa ini, pemilihan saham masih bergantung kepada screener secrets-of-an-awesome-trader-buy-1 dari laman web iSaham. Mungkin selepas ini boleh bergantung kepada screener Regular Income Investing atau Hey, this is better than ASB!...

Masih berbaki lagi 2 tahun 4 bulan sebelum boleh berpencen.

Jumaat, April 20, 2018

April Sudah

Adoi.... sekejap je dah April. Semalam, anak-anak dah mula cerita mengenai peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula bulan mei depan. Cepat sungguh masa berlalu.

Projek tumpuan bulan ni, RC Studio... Sudah tiba masanya untuk RC Studio bergerak selangkah lagi selepas melihat perkembangan RC Studio hampir 4 bulan. 


Jumaat, Mac 16, 2018

Projek Sebulan RM500

 
Pengenalan buat kawan-kawan semua... 

Buat masa ini, blog is150.net ada membuat satu projek "pendapatan pasif". Projek ini bermula Januari 2018 dengan matlamat menyimpan RM500 sebulan dalam bentuk saham di pasaran BSKL.

Widget di atas merupakan aktiviti is150.net dalam menjayakan projek 500 sebulan ini. Di harap, projek ini akan berterusan selama setahun sebelum di nilai kembali sama ada ianya menguntungkan atau tidak.

Penilaian dan perkongsian akan di buat, dari masa ke semasa.

Khamis, Januari 04, 2018

mesti untung

kenapa perlu melabur? Boleh untung ke main saham ni? Susah ke? Antara persoalan yang selalu kita dengar. Itu belum lagi kata-kata negatif yang kawan-kawan lemparkan.

Secara logiknya, tiada syarikat di buka untuk rugi. Dengan pelaburan yang di keluarkan dan pendapatan yang dijana. Biasanya sesebuah syarikat akan terus beroperasi dan akan terus berusaha untuk menambah keuntungan.

Dengan berbekalkan idea itu, aku terus membuat keputusan untuk menyimpan simpanan aku melalui pemilikan ekuiti atau pemilikan saham ini.

Majoriti syarikat akan terus bertambah baik.
Alhamdulillah, setakat ini tiada kerugian lagi. Cuma jangan mengharap hari ini labur, esok boleh letak downpayment rumah.

Selasa, Januari 02, 2018

Pemilikan ekuiti

Kita perlu belajar dan memiliku ekuiti. Kita mulakan dengan apa yang ada... bersambung

sedikit daripada kaunter Shariah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...