Mesyuarat Agung Cawangan Ansara Terendak

Mesyuarat Agung Cawangan Ansara Terendak
Tarikh: 22 Mei 2004 ( Sabtu )
Masa: 3.00-5.00 petang
Tempat: Bilik Sarawak, PWTC

Bilik Mesyuarat dilengkapi dengan kemudahan asas bagi
mengadakan Mesyuarat Agung seperti White board,
kerusi dan meja.
Minuman petang disediakan pada jam 5.00 petang
bertempat di Mawar Coffee House Level 2 PWTC.
Di sini ingin saya menekankan bahawa kehadiran saudara
dan saudari semua amat penting bagi melicinkan proses
mesyuarat.
Bagi semua ahli yang mempunyai keahlian di egroup
batch masing-masing, saya memohon kerjasama semua
pihak untuk mewar-warkan pengumuman ini kepada semua
batch anda, dan sudah tentu beramai-ramai menghadirkan
diri ke mesyuarat agung ini.
Jika ada sebarang usul yang ingin dicadangkan pada
mesyuarat agung nanti, sila maklumkan ke
xtdk@yahoogroups.com selewat-lewatnya 10 hari sebelum
tarikh mesyuarat.

Terima kasih.
Bagi pihak Setiausaha Agung Ansara Terendak

=====
Specialization Is an Excuse for Ignorance.

1 komen