Siri Bimbingan II: Anda Terperangkap - Di Mana Jalan Keluar?

5:30am Isnin... Treeeeeeeeetttttt. Anda tutup jam loceng dan cuba tidur kembali dengan harapan dapat sambung tidur yang terganggu 15 minit sahaja lagi. Kemudian anda bergegas untuk mandi, bersiap dan terus memandu ke tempat kerja, sambil menikmati sarapan pagi di dalam kenderaan.

Dari 8:00am hingga ke 5:15pm anda tenggelam dengan kesibukan di tempat kerja. Dan anda akhiri masa produktif anda dengan menyusuri jalan pulang berdepan dengan kesesakan lalu-lintas yang teruk.

Setelah bermesra seketika dengan anak-anak dan makan malam bersama keluarga, anda habiskan sisa-sisa hari tersebut dengan melayani program-program “kosong” di kaca televisyen. Anda akhirnya masuk tidur dan...

5:30am Selasa... Treeeeeeeeetttttt. Hari anda berulang lagi. Begitu juga Rabu, Khamis, Jumaat dan mungkin juga Sabtu.

Apa yang tidak kena dengan senario di atas? Ya!!! Anda sebenarnya telah terperangkap. Terperangkap dalam perangkap “Masa Untuk Wang”. Anda dibayar untuk masa yang anda berikan. Bilamana anda tidak lagi mampu memberikan masa anda... anda tidak lagi akan dibayar. Oleh kerana itu anda sentiasa mengejar masa... walaupun anda tahu anda pasti tewas.

Gaji = Bil. Hari Bekerja + Jam Bekerja + Upah Sejam

Lihat formula di atas. Anda cuma ada 24 jam sehari, 365 hari setahun sedang gaji anda bukan anda yang menentukan. Bolehkah anda mencapai kemewahan jika terus bergantung hidup dengannya?

Untuk mencapai kemewahan hidup dan mengecapi kebebasan anda mesti:


  1. Menjadi Majikan Kepada Diri Sendiri - Anda tidak akan mencapai kemewahan selagi bekerja untuk orang lain.

  2. Menggunakan Sepenuhnya Kuasa Leverej.


J. Paul Getty, jutawan pertama di dunia memahami konsep ini. Beliau pernah berkata, Saya lebih rela mendapat 1% dari hasil usaha 100 orang daripada 100% hasil dari usaha saya sendiri.

Pernahkah anda terfikir yang menceburi bidang perniagaan merupakan jalan keluar yang anda cari-cari selama ini? Saya tidak maksudkan perniagaan konvensional di mana anda melabur ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk menjadi hamba kepada perniagaan sendiri pula. Jika dulu anda habiskan masa 8 – 10 jam sehari bekerja untuk orang lain, tapi kini anda perlu habiskan 15 – 20 jam sehari bekerja untuk perniagaan anda. Tidak...!!! Bukan perniagaan ini yang saya maksudkan. Anda tidak akan kecapi kebebasan masa dengannya walaupun anda mampu mengumpul kemewahan yang melimpah ruah.

Ingat kembali... matlamat anda ialah untuk mengecapi KESEJAHTERAAN hidup yang mana anda bisa mencapai kebebasan masa dan kewangan.

Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan yang menjadi pilihan kepada lebih 4.0 juta rakyat Malaysia, perniagaan yang puluhan ribu orang sertai setiap hari di seluruh dunia, dan telah menghasilkan ratusan ribu jutawan dari kalangan orang biasa seperti anda dan saya.

Perniagaan ini memberikan anda peluang menggunakan sepenuhnya kuasa leverage dan anda menjadi majikan kepada diri sendiri. Perniagaan yang saya maksudkan ialah Pemasaran Berangkai (Network Marketing) atau juga dikenali sebagai Pemasaran Bertingkat (Multi Level Marketing – MLM).

Siri III akan memberikan panduan kepada anda dalam memilih peluang yang terbaik di antara yang terbaik...

0 komen