Siri Bimbingan III: Membuat Pilihan, Melakar Masa Depan

Zaman di mana syarikat MLM wujud semata-mata untuk mengaut keuntungan mudah dan besar telah lama berlalu. Tiada apa lagi yang perlu ditakutkan tentangnya. Industri yang menyumbang kepada jualan runcit lebih US$83 bilion di seluruh dunia, kini lebih menumpukan kepada pewujudan sebuah masyarakat yang penyayang dan saling bantu membantu.

Setiap tahun puluhan syarikat MLM tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Setiap satunya menawarkan pelbagai produk-produk unik, di samping skim bonus dan insentif yang menarik. Syarikat-syarikat baru ini turut sama mewarnai industri yang sedang berkembang pesat bersama-sama syarikat yang telah lama bertapak.

Sama ada anda baru berjinak-jinak dalam industri ini atau merupakan seorang veteran, anda tetap berdepan dengan dilema ini: “Syarikat mana yang paling baik untuk dipilih?

  1. Syarikat Baru – syarikat ini memberikan anda peluang untuk berada di posisi terbaik, tempat teratas dan terawal, dalam hirarki organisasi syarikat. Penyertaan awal anda menjanjikan ganjaran yang sangat hebat.
  2. Syarikat Lama – syarikat ini menawarkan kestabilan. Kemampuan syarikat untuk bertahan lama membuktikan ianya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, produk yang bermutu dan pelan bonus yang terbukti menguntungkan para pengedar.

Ayuh kita lihat satu persatu ciri-ciri syarikat ini…

A. Syarikat Baru

Lahirnya syarikat-syarikat baru ini telah menarik ramai pengedar yang mengharapkan tempat teratas di dalam organisasi syarikat terbabit. Jika anda sertainya dulu, sudah pasti para pengedar seterusnya akan berada di bawah rangkaian perniagaan anda. Bayangkan menjadi antara puluhan pengedar terawal... tentunya menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Namun begitu realitinya tidak seindah yang disangka. Secara purata 80% syarikat-syarikat baru ini tidak dapat bertahan lama. Kebanyakannya terpaksa gulung tikar sebelum sempat menyambut ulang tahun ke-5, meninggalkan para pengedar yang pernah bekerja keras terbiar kerugian dan kehilangan punca pendapatan.

Secara umumnya syarikat-syarikat baru tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan kurang pengalaman dalam keperluan dan kehendak industri MLM yang amat berbeza dengan model perniagaan konvensional.

B. Syarikat Lama

Syarikat yang mampu bertahan melebihi 5 tahun boleh kita terima sebagai syarikat yang kukuh. Kemampuannya untuk bertahan begitu lama menjadi bukti yang ia mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, produk bermutu yang diperlukan ramai dan pelan ganjaran yang menarik.

Tetapi syarikat yang sudah lama beroperasi tentunya mempunyai rangkaian pengedar yang sangat ramai. Jika anda baru menyertainya anda akan dapati agak sukar untuk menaja pengedar baru kerana... mereka sama ada sudah menyertai syarikat ini, atau pernah sertainya atau sekurang-kurangnya merupakan pembeli setia kepada pengedar sedia ada. Anda berdepan dengan situasi “pasaran tepu” di mana anda menghadapi kesukaran untuk mengembangkan rangkaian perniagaan anda.

...Syarikat Yang Ideal...

Syarikat yang ideal tentunya syarikat yang mempunyai ciri-ciri terbaik kedua-dua jenis syarikat di atas. Ia mestilah memberikan peluang yang luas untuk berkembang, mempunyai pelan ganjaran yang hebat dan disokong oleh sebuah syarikat yang kukuh.

Saya akan beritahu anda apakah syarikat ini nanti... Tetapi sebelum itu Siri Bimbingan IV akan menyentuh perihal peri penting produk dan perkhidmatan dalam industri ini.

0 komen