Siri I: Pengenalan - Impian Anda?

Apakah impian anda semasa kecil? Adakah anda impikan sebuah kehidupan yang selesa, keluarga bahagia, sebuah kereta mewah dan tinggal di dalam sebuah banglo besar di atas bukit atau di tepi pantai?

Apa telah jadi dengan impian itu?

Adakah impian itu sekadar angan-angan yang mampu dikecapi hanya di dalam mimpi. Anda memaksa diri untuk menerima hakikat apa yang ada hari ini sudah ditakdirkan. Pun begitu naluri anda enggan mengaku kalah. Semangat juang anda tetap membara... "Aku mahu berubah. Aku mahu mengecapi kebebasan. Aku mahu mencapai impianku!"

Selamat datang ke Giant Network

Burke Hedges di dalam bukunya "The Parable of The Pipeline" menyatakan menjadi seorang jutawan bukan lagi suatu takdir, tetapi pilihan yang kita buat. Lebih 80% jutawan yang lahir hari ini bukan dari kalangan keluarga yang kaya-raya, tetapi dari kalangan orang biasa seperti anda dan saya. Kita yang membuat pilihan dan kita yang akan menentukan masa depan kita.

Berlawanan dengan persepsi umum yang berpendapat untuk berjaya dan hidup mewah memerlukan anda bekerja keras... ia sebenarnya mudah... jika anda memahami apa yang diperlukan untuk berjaya. GiantNetwork akan bersama dan membimbing anda ke arah matlamat itu.

Saya akan tunjukkan jalan yang bakal membawa anda ke arah mencapai sesuatu yang lebih tinggi dari kekayaan... iaitu KESEJAHTERAAN. Tiada yang lebih bermakna selain dari mencapai "Kebebasan Masa dan Kewangan".

Siri bimbingan ini membincangkan topik-topik berikut:


  1. Siri I : Pengenalan - Impian Anda?

  2. Siri II : Anda Terperangkap - Di Mana Jalan Keluar?

  3. Siri III: Membuat Pilihan, Melakar Masa Depan

  4. Siri IV : Tiada Produk, Tiada Aliran Tunai, Tiada Bonus

  5. Siri V : Yang Terbaik Antara Terbaik

  6. Siri VI : Menjana Pendapatan dari Perbelanjaan

  7. Siri VII: Bersama Ke Puncak Jaya


Pepatah cina ada menyatakan "...pengembaraan 1000 batu bermula dengan langkah pertama". Tahniah kerana telah memulakan langkah pertama anda. Yang masih ragu-ragu, anda harus memulakan langkah pertama anda.

Jangan bertangguh... "Masa itu Emas".

0 komen