12 Muka di Hari Akhirat

  1. Dibangkitkan tanpa kaki dan tangan. Dosa kerana bermusuh-musuhan dengan rakan atau jiran tetangga. Mati tidak bertaubat.
  2. Dibangkitkan dengan rupa khinzir. Dosa kerana meninggalkan , mencuaikan sembahyang atau sembahyang berselang-selang. Mati tidak bertaubat.
  3. Dibangkitkan dengan perut buncit seperti bukit, berisikan ular bisa dan kala. Dosa kerana tidak mengeluarkan zakat. Mati tidak bertaubat.
  4. Dibangkitkan dengan mulutnya keluar darah dan api serta perutnya terjulur ke atas bumi. Dosa orang menyembunyikan perkara maksiat. Mati tidak bertaubat.
  5. Dibangkitkan dengan berlindung-lindung daripada pandangan manusia dan badannya berbau busuk.dosa orang yang menipu dalam perniagaan atau berjual-beli. Mati tidak bertaubat.
  6. Dibangkitkan dengan halqumnya terpotong daripada belakang. Dosa orang yang menjadi saksi bohong. Mati tidak bertaubat.
  7. Dibangkitkan dengan tiada berlidah dan dari mulutnya keluar darah dan bersama-sama nanah. Dosa kerana tidak mahu menjadi saksi yang benar. Mati tidak bertaubat.
  8. Dibangkitkan dengan menutup kepala sambil berjalan akrobatik ( kepala di bawah dan kaki di atas ) serta keluar nanah bersama danur seperti air sungai mengalir daripada kemaluannya. Dosa kerana berzina. Mati tidak bertaubat.
  9. Dibangkitkan dengan muka hitam legam dan mata biru serta perutnya berisikan api neraka. Dosa kerana memakan harta anak yatim. Mati tidak bertaubat.
  10. Dibangkitkan dengan penyakit sopak dan juzam. Dosa orang yang menderhakakan kepada kedua ibu bapanya. Mati tidak bertaubat.
  11. Dibangkitkan dengan gigi panjang seperti tanduk lembu dan bibir mulutnya labuh hingga ke dada. Dosa orang yang suka minum arak. Mati tidak bertaubat.
  12. Dibangkitkan dengan muka berseri seperti bulan purnama kemudian melintasi titian "Siratalmustaqim" pantas seperti kilat. Balasan kepada orang yang beramal soleh, tidak melakukan maksiat dan tidak melalaikan sembahyang. Mati dengan bertaubat.

0 komen