2 lagu utk Abg Samy

Hi Hi Bye Bye (lagu Izlyn)
(Jawapan ku untuk semua-Samy Velly)

Mula terasa resah bagai ada yang mendedah
Mungkin ku lewa atau kroniku dah berpaling tadah
Bila politik tak seperti dahulu kala
Definisi gembira bermakna bila ku tiada
Dulu senyum ku manis rambut palsu ku kau suka
Kini semua pahit tak seperti era Mahathir
Namun hakikatnya serik ku mendengar cemuhan
Letih dan bosan asyik kena komplen pasal jalan

( korus )
Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Bukankah aku ahli silap mata
Kau berikan duit, kau berikan dusta
Kini kau kata hi hi, nak ku katakan bye bye
Biar ku berdikari cari taktik sendiri
Jangan kau hampiri suruh ku berhenti

( verse 2 )
Mula ku kau kenali, gunung sanggup kudaki
Setelah duit kucuri, apa yang kau peduli?
Ingatkah siapa membuat jalanraya satu Malaysia
Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa
Berikan semula projek ketika bersamaku
Pulangkan semua kontrak hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila duit dan rasuah bagai tak dihargai

( ulang korus )

( rap )
Sesekali terlintas di fikiran
Suruh kau terima saja keadaan
Baik kau semua kecewa Biar aku habiskan Ringgit Malaysia
Pasti egoku tak hairan
Merasakan penangan
Tak mungkin lain yang mengganti
Ku petik jari ramai yang takuti
Hi, Hi, Hi, Yai, Yai, Ho Ho Ho Ho Ho Ho
Hi, Bi Bi

( ulang 2X )
Kini kau kata, Hi, Hi
Nak ku katakan, Bye, Bye

( ulang korus )
Tak termakan rayu takkan ku menyesal
Dengarkan kataku aku kan kekal



issue : SAMY VELLU BUKAN ORANG BIASA
Song issue : Sila nyanyik lagu di bawah ni seperti melodi BUKAN CINTA BIASA-siti nurhaliza.
note : kalau tettau lagu siti, pi download kat jakionline.


BUKAN ORANG BIASA

Begitu banyak lebuhraya,
Ada retak dan tak rata,
Tapi menteri kerja raya,
Bukan lah orang biasa...

Projek2 yang berbeza,
Beri kontraktor yang sama,
Ku tak ingin rakyat tahu,
Tetapi mereka sering bertanya..

Diriku bukan orang biasa,
Diriku menteri kerja raya,
Tak perlu di paksa,
Tak perlu di tanya,
Kerna ku yakin tiada jawabnya.. oooo

Walau ku bisa merubah semua,
Hingga tiada orang cedera,
Tapi biarlah terkorban nyawa,
Akan ku salahkan takdirNYA...

Diriku bukan insan biasa,
Diriku menteri yang lama,
Tak ingin berhenti,
Tak ingin berganti,
Peduli hapa orang nak kata..

Andai ku mahu repair semua,
Ku beri kontraktor yang sama,
Highway kan runtuh telah ku duga,
Jangan harap ku letak....
jawatannnnn.....

credit to : MJ
objective : Just for fun @ Ingat2 lah KITA SEMUA ORANG BIASA JE WEHHH


0 komen