10 virus menarik sepanjang tahun 2004
Firma perisian antivirus Panda Perisian mengkelaskan virus mengikut
10 kategori:
- Virus yang paling merosakkan: Sasser – kesannya kepada pengguna
Internet amat nyata kerana ia mengganggu operasi komputer dan secara
maya menyebabkan komputer gagal beroperasi secara normal.
Bagaimanapun, berita baik yang diterima ialah pencipta virus
berkenaan kini ditahan dalam penjara akibat perbuatan beliau. - Virus yang paling sofistikated: Noomy.A – virus cecacing yang
menjangkiti laman web dan seterusnya menghantar mesej menerusi
saluran sembang dan berkeupayaan menyamar seperti mesej normal. Ia
tidak memudaratkan komputer pengguna tetapi secara teknikalnya ia
adalah virus yang amat kompleks. - Virus yang paling banyak bercakap: Amus.A – virus yang dihasilkan di
Turki dan menggunakan enjin percakapan di dalam sistem operasi Window
XP. Amus.A akan mengumumkan kehadirannya sebaik saja memasuki
komputer. - Virus yang menghasilkan lagu: varian – cecacing Netsky yang mampu
menghasilkan pelbagai melodi selama tiga jam sebaik saja menjangkiti
komputer. - Virus paling pemalu: cecacing varian Bagle – kerana ia memiliki
kelebihan untuk melindungi dirinya daripada dikesan menggunakan fail
ZIP kata laluan yang dilindungi untuk menghalang daripada aplikasi
antivirus mengimbasnya sebaik saja memasuki komputer. Strategi ini
banyak dilakukan kod virus tetapi Bagle dipilih kerana sebaran
meluasnya tahun ini. - Virus yang pandai mengambil kesempatan: Zafi.D – sering kali menyamar
menggunakan mesej tahun baru untuk mengelirukan mangsanya serta
memanfaatkan pelbagai bahasa untuk menyebarkan mesejnya. - Virus yang menyebarkan gambar porno: Tasin.C – menyebarkan gambar
selebriti Sepanyol yang terkenal sebaik saja ia dimuat turun. - Virus paling banyak varian: Gaobot – kumpulan virus yang memiliki
hampir 2,000 varian terbaru sepanjang tahun ini. - Virus schizophrenik : Bereb.C – ia menggunakan 442 nama berbeza untuk
menyebarkan aplikasi perkongsian fail P2P dan berkemungkinan
penciptanya tidak dapat mengingati nama fail asalnya. - Virus paling hormat: StartPage.AV, Harnig.B dan Multidropper.AM –
kerana ketiga-tiga virus ini akan memaklumkan kepada pengguna setiap
kali ia berjaya menguasai komputer.
Diterima daripada email.
1 komen