BonusCoin Banner

Jumaat, September 30, 2005

pameran di SHELL

Hari ni kena jaga pameran dengan Zul di Shell dekat Chase Perdana... hmm, tak sangka ramai lagi contractor tak tau mengenai OSH (Occupational Safety and Health)... banyak ler soalan-soalan yang diutarakan...

Tengah sibuk-sibuk berpameran, SHELL buat fire drill... kelam kabut sekejap... ada lebih kurang 600 kakitangan tak termasuk pelawat nak berkumpul di bangunan lain... huru hara jadinya.. disebabkan kekurangan kawasan berkumpul, Bomba pon tak bagi komen apa-apa... kalau kat tempat lain, banyak komen boleh dibuat dengan latihan Fire Drill nie... salah satunya, memang tak boleh nak kira siapa yang selamat dan siapa yang tidak...

Image hosted by Photobucket.com
kena naik pentas lak...

Masa perasmian program, kena naik pentas lak.. ada penyampaian CD... Majlis dirasmikan oleh David Bowie, General Manager Retail Engineer kawasan South Asia. Masa program berjalan rata-rata engineer SHELL cerita plan SHELL menentang PETRONAS...

Selasa, September 20, 2005

bosan


semalam balik rumah Pica meragam nak keluar dari babyseat... sampai terjerut leher dekat tali pinggang babyseat...

Pagi nie, Alhamdulillah dia tak meragam... duduk dengan muka boring jer sampailah rumah Mak Ros.. mungkin masih mengantuk kot...



Ahad, September 18, 2005

back hoe

Petang tadi (dalam jam 5 petang) kami sekeluarga ke Metro Kajang membeli sedikit barang keperluan rumah... susu dan kicap dah abis... keluar Giant ada ToyCity lak... nasib tak baik, nuqman nampak remote control Back Hoe... belilah satu... dalam RM 29.90...

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Tak sampai 2 jam main... dia punya hoe tue dah tak boleh main lagi... cheh... gambar black n white tue nuqman amik sendiri...

Nak tido tadi sampai peluk-peluk backhoe tue... satu lagi... PRICELESS

Sabtu, September 17, 2005

Tinggal berdua

Umi dan Nuqman pagi nie pergi padang UKM. Pejabat Umi ada buat karnival sukan... tinggallah aku dan Pica kat rumah. Dalam jam 8 pagi kami berjalan kaki ke kedai mamak (Syedlina) untuk sarapan... makan dua orang tenang jer... bagi Pica straw buat dia main dan aku boleh makan dengan tenang hati...


rehat sekejap baca surat khabar baru berangkat balik... jalan pelan-pelan bawah teduhan pokok sampailah ke rumah. Nak balik, mamak tu bagi Pica coklat Cloud 9... jadi sampai ke rumah ada ler benda dia nak pegang...

hmm... amalkan budaya hidup sihat... :)

Khamis, September 15, 2005

Bertugas di Genting

hari nie kena pi enting... jadi pegawai jaga pameran... lama dah aku tak naik Genting, ada dalam 10 tahun lebih... bertolak dari pejabat jam 7 pagi... janji nak pi kul 6.30 pagi, tapi dengan bebudak dan kelam kabut di rumah sampai dalam kul 7 gak kat pejabat... amik baju terus naik Unser (Zulfadli bawa).. kira-kira jam 8.10 pagi kami tiba di Genting.. Alhamdulillah, jalan tak jem dan sepanjang perjalanan adalah lancar..

Image hosted by Photobucket.com
inilah rupa pameran yang telah diset-up

Image hosted by Photobucket.com
Sempat amik sekeping gambar

dalam kul 1 petang kami makan tengahari dan lepas tue kemas barang dan jam 3 petang kami bertolak balik... kul 4 petang dah sampai opis... lepas nie boleh ler bawak family... nampak macam seronok utk berehat satu family... cuma kena bawak budget yg cukup ler..

Ahad, September 11, 2005

lepak rumah

hari nie lepak rumah jer... pagi tadi ke Klinik Shifa di Bandar Baru Bangi... semua selsema dan demam... petang macam biasa, kemas rumah sikit dan tido banyak...

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman Main

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman tertido depan TV

Image hosted by Photobucket.com
Iman - tak nak tido

malam, lepas makan... rehat-rehat sambil tengokTV... jam 9 malam semua diarahkan tido... rasanya sampai kul 10 baru semua tido... masing-masing tak nak tido... dalam gelap pon boleh main gelak-gelak...

Image hosted by Photobucket.com
Pica - sorang-sorang ke bilik

Image hosted by Photobucket.com
Pica - keluar sbb takde orang di bilik

hmm... abis satu hari...

Jumaat, September 09, 2005

Times Square

Hari ini kami ke Times Square... main di Times Wonderland dan malam ke Petaling Street... banyak gerai tak bukak... biasanya penuh sesak dengan orang dan gerai.. tetapi hari nie penuh dengan orang jer... gerai-gerai yang menarik takde..

halim
anak sulung Cik Dayat - Halim

nadiah
anak ke2 - Nadiah

dianah
anak ke3 - Dianah

:) ... well, thanks for visiting us....

Khamis, September 08, 2005

Kunjungan Family Cik Dayat

Pagi tadi Cik Dayat sefamily sampai ke rumah aku... petang kami ke Nilai 3 dan Nilai 1... kemudian amik wife dan anak-anak di rumah mak ros... kami ke Alamanda, Putrajaya... maghrib di Masjid Putrajaya dan malam makan sate kajang di Stadium Kajang...

nuq dan makciknya, Nana
Nuqman dan Nana di Alamanda Putrajaya

Bibik Samsia dan Fit
Bibik Samsia dan Fitriah di Masjid Putrajaya

nuqman di mesjid
Nuqman di perkarangan Masjid Putrajaya

hmm...

Ayah operation....

5hb lalu aku balik Kedah.. Pak Mertua kena operation kaki disebabkan kencing manis... operation dilaksanakan di Hospital Alor Setar... hmmm

ayah
Ayah mertua

bebudak
anak n anak-anak sedara (Aishah, Pica dan Ijat)

mak n cucu-cucu
ibu mertuaku dan cucu-cucunya

Photobucket.com
sekitar wad

hmm...kami sekeluarga berada di Alor Setar sehingga hari rabu, malam dah bertolak ke Bangi menaiki bas.. moga-moga ayah cepat sembuh... amin..

Ahad, September 04, 2005

PAC last day

abis dah aktiviti PAC tengahari tadi... taklimat macam OK... rasa-rasa memang confirm aku boleh dipanggil temuduga... tinggi ooo keyakinan aku...

Sepanjang program aku lepak dalam group sendiri... semua aktiviti berlainan group... baguih gak... sepanjang program 5 group aku kena join dan setiap satunya hampir semua ahli berubah termasuk fasilitator...


Image hosted by Photobucket.com
khusyuk nak dengar taklimat...

Image hosted by Photobucket.com
ituler no aku... 60 dan Firuze (95)

Image hosted by Photobucket.com
aku bersama Firuze (95) dan Nadzri (106)

Image hosted by Photobucket.com
Zainal (59) tengah khusyuk nak amik gambar

ok geng... GOOD LUCK!!!!

Sabtu, September 03, 2005

Pengucapan Awam

hari nie antara aktiviti PAC ialah pengucapan awam dan public speaking...

Keseluruhan aktiviti akan memperhatikan Kualiti Personal, Kemahiran bertutur dan Pengetahuan...

Pemarkahan pula adalah berdasarkan:

  • Penampilan
  • Penguasaan bahasa
  • Gaya persembahan
  • Kandungan / kesinambungan ide
  • Pengurusan masa
  • Keyakinan diri
  • Suara dan intonasi

masa yang diberi adalah 5 minit. Tajuk-tajuk telah ditetapkan iaitu:

  • Budaya
  • Gejala sosial
  • Teknologi maklumat dan komunikasi
  • Pengurusan
  • Sains dan teknologi
  • Ekonomi
  • Nilai-nilai murni
  • Jati diri
  • Nasionalisme

Kandungan ucapan tidak boleh menyentuh isu agama, kaum, seks dan politik...

aku macam biasa... untuk pengucapan awam aku pilih topik pengurusan.. cerita mengenai pengurusan hazad.... baru cerita mengenai jenis-jenis hazad dah abis 5 minit... tak sentuh langsung mengenai kaedah-kaedah pengurusan hazad... masa rehearsal boleh cerita semua dalam 5 minit... baru cerita pasal hazad, rata-rata buat muka tak faham apa itu hazad... terpaksalah aku ubah sikit tambah definasi hazad...

untuk public speaking lak... aku pilih topik Science and Technology... macam biasa aku cerita apa yang aku minat "The impact of Star Trek on Science and Technology"...

menarik gak sbb pasal kena berucap depan orang (20 orang sekumpulan) ramai yang tarik diri... cerah sikit peluang kami...

Jumaat, September 02, 2005

PTD Assessment Centre (PAC)

pagi tadi mendaftar PAC di INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH)... semua sekali ada dalam 124 org peserta... jadual macam tak oack sangat... nampak rileks sikit cuma kena sentiasa pakai tag nama besar supaya fasilitator boleh nilai kita...

daftar jam 9 pagi... jam 11pagi ada ujian ELPA (English Language Profiientcy Test), kebanyakkan grammer... agak mencabar walaupn test macam amik english test form3... dah lama tak amik test english... rasa kelabu jer...

Petang lak ada taklimat dalam sejam dan malam ada aktiviti kumpulan penyelesaian masalah dan problem solving, setiap aktiviti satu jam... jam 10.30 mlm abis program dan boleh balik rumah...

esok macam sibuk sikit... pagi ada aktiviti kajian kes dan case study.. petang dan malam lak ada pengucapan awam dan malam kena public speaking... petang lak ada larian 2.4km.... perghhhh

last day, 4 sept ada debat PTD muda dan taklimat PTD... hmm... nampak macam kurang pack aktiviti dia...

Khamis, September 01, 2005

How to VSP

From PLUS Highway, exit to "Putra Mahkota". (as pic below)

PLUS Highway

To Vista Seri Putra

Click imge for bigger picture...

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...