Buka Puasa 4

Tadi buka puasa di office Fit di ALEB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom). Majlis ini dibuat bersama warga emas dari Rumah Sri Kenangan, Cheras (kaalu tak silap)... ada dalam 25 orang warga emas. Kami tiba lewat sikit dalam jam 6.35 petang. Selepas masuk waktu berbuka, kami dijamu dengan kuih muih dan kurma . Setelah selesai solat maghrib secara berjemaah baru makan nasi... ada lauk ikam bawal, ayam dsb... aku sempat makan sepinggan jer sbb nak jaga anak lak...

Image hosted by Photobucket.com
Pica tengok Baby (Anak Azzam dan Normah)

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman sedang sibuk berbuka puasa bersama Che Mat dan Fais

majlis sepatutnya disambung dengan Solat Isyak dan solat sunat tarawikh... tapi aku bersama anak-anak balik rumah. Tinggal orang rumah aku jer sbb dia AJK dan kena masak untuk bersahur lak... sampai sahur program yang dirancang...

Di rumah, Alhamdulillah anak-anak tak buat perangai. Lepas mandi, semua masuk bilik tengok cerita 'Bob the builder' dan aku sediakan susu. tak sampai jam 10 malam semua dah tidur...

0 komen