Buka Puasa 5

Hari nie buka puasa di Buffet McDonald's Bandar Baru Bangi. Kami pergi 4 beranak sahaja. Dah lama bercadang nak makan buffet McD nie. Dan dari pagi (semalam) dah bercadang nak minta apa masa buffet McD nanti...

Dengan harga satu kepala dewasa cuma RM18, jadi kami bayar RM37.80 (2 dewasa dan cukai 5%)... sapa kata aku tak bayar cukai. Nak makan pon kena cukai dan setiap pendapatan aku kena cukai jadi... lebih kurang 2 kali aku bayar cukai dan gaji dapat sekali jer...

aku sendiri merancang makan Fillet O'Fish kemudian Chicken Foldover dan Fillet O'Fish balik... Itu sekadar merancang, Allah yang tentukan... last sekali aku makan Fillet O'Fish, Chicken Foldover, McChicken, Chicken McNugget, Fries dsb... dengan Nuqman dan Iman makan Nugget dan ice cream... memang aku rasa berbaloi sesangat... nak balik kami bawa 2 pack nugget untuk Nuqman dan Iman... Dapat gak aku rasa Burger veggie yang baru... Buffet McD sampai jam 8 malam dan kami balik jam 7.30 mlm sbb Nuqman dah nak start robohkan McD Bandar Baru Bangi....

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman dan Iman makan dulu...

Image hosted by Photobucket.com
Fitriah bagi makan Iman dulu...

Image hosted by Photobucket.com
Antara makan yang diambil (sebahagian...)

3 komen