Buka Puasa 7 - QMU

Tadi berbuka bersama warga QMU (Quality Management Unit). Unit kami kecik jer, cuma ada 4 orang staff. Kami berbuka di Restoren Famosa House. Dia ada buffet, tapi memandangkan semua orang tak makan banyak kecuali aku. Jadi semua sepakat kami ambil ala carte jer..

Kami order set A untuk 5 orang. Dalam set nie ada sup sayur cendawan, ayam lemon, ikan masak ngan starfruit, telor dadar, bendi goreng dan sepiring buah-buahan. Dan order air mangga satu jag. Alhamdulillah semua lauk-pauk habis licin. Semua sekali RM84 termasuk cukai kerajaan. Kalau makan buffet cuma RM75.60 jer (satu kepala RM18 tak termasuk cukai). Ingat nak jimat order ala-carte...

Jamuan berbuka nie kami berempat sahaja sebab Mejor Hanif (boss) tak boleh bawa family. Jadi semua orang tak perlu bawa family... Ini 2nd time aku berbuka puasa (tahun nie) seorang tanpa isteri di sisi....

Image hosted by Photobucket.com
antara lauk-pauk yang terhidang

Image hosted by Photobucket.com
Kak Krisnaini dan Kak Rabeah

Esok berbuka di NIOSH lak dengan family...

0 komen