dunia cemburui kita

hari nie aku sampai pejabat jam 7.58 pagi. Lagi 3 minit aku diiktiraf lewat dan dapat satu surat amaran ler... Selalunya aku keluar rumah 7.05 pagi dan sampai pejabat jam 7.35 pagi. Hari nie malas lak nak bangun lepas sahur (sbb semalam aku bangun jam 1 pagi dan chat di YM sampai kul 4 pagi)... hari nie keluar rumah jam 7.25 pagi.

mentang-mentang aku lewat 20 minit, perjalanan aku seolah-olah nak melewat-lewatkan lagi... dari bangi lama kena ikut belakang kereta yang cuma bawa kereta 40km/j dengan setiap simpang kereta keluar dengan segan-segan... macam padel minyak jauh giler... lepas hantar wife ke pejabat (AELB). Lagi sekali aku kena ikut belakang kereta yang dipandu oleh seorang pakcik sambil bersantai. Sebuah iswara yang boleh mencecah kelajuan 20-40 km/j sahaja... ARGHHHH.. dah ler potong motor macam potong kereta... dan yg lagi tensen, jalan bangi lama ke UKM bukan mudah nak potong...

Alhamdulillah, selamat aku hantar anak-anak ke rumah Mak Ros dan aku ke pejabat dengan lancarnya...

moral of the story : jangan malas-malas bangun tido... Allah marah!!!

2 komen