BonusCoin Banner

Selasa, November 29, 2005

Happy Birthday Iman Nafeesa

Hari nie 1st birthday Pica (Iman Nafeesa). Kek dah beli 26hb lepas... hadiah tak beli lagi.. tunggulah balik dari Pangkor minggu depan... belikan satu hadiah besar sikit... Kesian Pica, jarang dapat pilih mainan, asyik abang dia jer beli...

Tahun nie opah dia bagi rantai, Lydia bagi bantal barney dan zul library (AELB) bagi teddy bear...

hmm... sibuk betul minggu nie. Tadi pagi pun amik half day, pegi KLIA hantar barang Pn Rodiah kepada kawan dia. Tengahari lak, pegi Bank Rakyat submit personal loan... petang balik opis, kerja dah bertimbun... sampai kawan ajak makan pon lupa nak pegi... dah sampai rumah baru teringat dah janji nak pegi minum... apa nak buat... bukan rezeki ler tue...

ok... esok mengajar lagi.. insya-Allah bulan nie dapat ler duit mengajar sikit... :)

Isnin, November 28, 2005

Laptop baru...

Hari nie aku amik half day... kul 1 keluar ngan Fit ke Imbi Plaza... Memula tue cuma nak belikan barang-barang yang bos pesan jer... tapi tersangkut ngan laptop lak... terbang RM3k... takper, nanti bole dapat duit eGold ganti balik. Tapi jangka masa lama sikit ler...

Rasanya lebih RM4k aku abis kat Imbi... Beli tape GBA, DVD, portable harddisk, laptop, thumbdrive, dsb... sempat gak aku dapat 3 DVD movie star Trek : collector edition...

Image hosted by Photobucket.com
Laptop MSI

Image hosted by Photobucket.com
Antara tape GBA

Image hosted by Photobucket.com
Portable harddisk dan Thumdrive

Ahad, November 27, 2005

Jamuan Raya AELB

Hari nie ada jamuan raya staff AELB lak.... Cukuplah 3 hari berturut kami ada open house... seronok dan dapat satu hamper cabutan bertuah... AELB buat lain sikit, dia bahagikan kepada 4 kumpulan (Alpha, Beta, Gamma dan Neutron). Setiap kumpulan bawa sedikit juadah... Fit buat speggetti dan fruit castard. Makanan punyalah banyak... seronok sangat... Kami kul 2 petang baru balik...

Image hosted by Photobucket.com
persiapan di meja

Image hosted by Photobucket.com
antara persiapan...

Image hosted by Photobucket.com
Hamper cabutan bertuah...

Sabtu, November 26, 2005

Open House

Alhamdulillah, sempat gak kami buat open house sikit... kami buat dgn birtday Pica sekali...dari jam 3.30 ptg sampai 10.30mlm ada orang... Nasib baik ada orang datang sbb kami jemputpun last minit.. memula rasa malas nak buat, tapi sebab dah 2 tahun tak buat majlis raya... buat ler sikit... kepada member-member yang kami terlupa jemput tue... minta maap bebanyak... mungkin korang bertuah kot tahun nie... :)

penat woo... rasa macam nak pensan sekarang nie... Pagi tadi tolong Shidi (PMU) pindah rumah. Kul 2 keluar ke Bandar Baru Bangi amik kek di Secret Recipe dan sate di rumah Kak Na... anyway seronok sangat dapat jumpa kekawan di rumah...

Image hosted by Photobucket.com
Birthday kek Pica (Iman Nafeesa)

Image hosted by Photobucket.com
Antara yang hadir (Family Saupi, Zura-Shahir)

Image hosted by Photobucket.com
Pica potong kek

Image hosted by Photobucket.com
antara yang hadir - Fairuz

Image hosted by Photobucket.com
Aida dan Anuar

Image hosted by Photobucket.com
Family kak Krisnaini

Image hosted by Photobucket.com
Famili Zulhisyam

Image hosted by Photobucket.com
Faizal dan rakan-rakan

Jumaat, November 25, 2005

Majlis Deepa-Raya NIOSH 2005

Hari nie ada majlis Deepa-Raya di opis aku, dari jam 3.30petang sampai 11 malam... aku kena tugas 4.30ptg-6 petang sebagai penyambut tetamu... Fit, Nuqman dan Iman sampai dalam kul 6.30 petang... malam aku kena bertugas lagi, cuma kali nie dari opis lak, sebagai peletup konfetti... Malam ada majlis perlancaran COSH 2006 (Conference of Occupational Safety and Health).

Abis 3 ekor kambing dikorbankan.. makanan ada banyak spt roti canai, roti nan, ayam tandoori, mee goreng, kuey teow goreng, nasi impit, nari biryani, salad dsb.... org ramai sbb memang setiap tahun buat cam nie...

Image hosted by Photobucket.com
Kek rasmi majlis

Image hosted by Photobucket.com
Sekitar majlis

Image hosted by Photobucket.com
Sekitar majlis

Image hosted by Photobucket.com
Kambing golek...

Image hosted by Photobucket.com
antara staff NIOSH (anuar, aida, aku, ruzita dan zaeem)

Rabu, November 23, 2005

Kelas

Kelas SHO English... selalu kelas campur... kena lak kelas english, tergeliat-liat nak menyebut.... sampai tersasul-sasul... Kelas aku kali nie satu jam jer dari kul 6-7 mlm...

Image hosted by Photobucket.com
sempat amik gambar semasa kelas

update sikit

Ada beberapa gambar yang aku nak share...

Pica bersembang dengan makcik (ikut pangkat). Anak Pak Su, Aminah kalau tak silap... comel lak dorang, macam tengah bersembang. Kalau tak silap mereka berdua cuma berbeza bulan kot...

Pica dan Aminah
Pica dan Aminah

Pica dan Aminah by Photobucket.com
Pica dan Aminah

Dalam perjalanan ke Kedah, tayar kereta (belakang) aku pecah / retak... sampai nampak semua dawai-dawai dalam tayar. Disebabkan rim tayar kereta (depan) aku kurang rata, jadi aku amik keputusan tukar rim kereta (19hb Nov 2005). Aku jual keempat-empat rim 15 KIA dengan harga RM600 dan beli rim 16 BRM dengan harga RM950. Sekali dengan tayar (4 biji), camber, alignment dan castor abis RM1,950. Ranap kredit kad aku... tengah bulan beb...

Rim BRM 16 Spectra by Photobucket.com
dalam proses alignment rim

Selasa, November 22, 2005

Nilai Sejambak Bunga

baru dapat melalui email.... dalam kesedihan, elok kita baca cerita-cerita macam nie...

Seorang pemuda turun dari sebuah kereta mewah yang diparking di depan tanah perkuburan.

Pemuda itu berjalan menuju kesebuah bangsal tempat pekerja-pekerja berehat. Setelah memberi salam, pemuda itu berkata; "Saudara, mahukah Saudara menemui wanita yang ada di dalam kereta itu? Tolonglah Saudara, kerana para doktor mengatakan sebentar lagi beliau akan meninggal!"

Pekerja dikuburan itu menganggukkan kepalanya tanda setuju dan dia segera berjalan di belakang pemuda itu. Seorang wanita lemah dan berwajah sedih membuka pintu keretanya dan berusaha tersenyum kepada pekerja dikuburan itu sambil berkata; "Saya Datin Salleha. Saya yang selama ini mengirim wang setiap dua minggu sekali kepada anda. Saya mengirim wang itu untuk anda membeli seikat bunga dan agar anda dapat meletakkannya di atas pusara anak saya. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kesediaan dan kebaikan hati anda. Saya ingin memanfaatkan sisa hidup saya ini untuk berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya. "

"Oh, jadi Datinlah yang selalu mengirim wang itu? Datin, sebelum saya memulakannya, izinkan saya meminta maaf kepada Datin. Memang wang yang Datin kirimkan itu selalu saya belikan bunga, tetapi saya tidak pernah meletakkan bunga-bungaan itu di pusara anak Datin. " jawab pekerja dikuburan tadi itu.

"Apa!!, maaf? " tanya wanita itu dengan gusar.

"Ya, Datin. Saya tidak meletakkan bunga itu di sana kerana menurut saya, orang mati tidak akan pernah dapat melihat keindahan sejambang bunga. Kerana itu setiap bunga yang saya beli, saya berikan kepada mereka yang ada di rumahsakit, orang miskin yang saya temui, atau mereka yang sedang bersedih. Orang-orang yang sedemikian masih hidup, sehingga mereka dapat menikmati keindahan dan keharuman bunga-bunga itu, Datin," jawab pekerja dikuburan itu.

Wanita itu terdiam, kemudian dia mengisyaratkan kepada pemandunya agar segera pergi.

Tiga bulan kemudian, seorang wanita cantik turun dari keretanya dan berjalan dengan anggun ke arah bangsal pekerja dikuburan. "Selamat pagi. Apakah anda masih ingat dengan saya? Saya Datin Salleha. Saya datang sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat yang anda berikan beberapa bulan yang lalu. Anda benar bahawa memperhatikan dan membahagiakan mereka yang masih hidup jauh lebih berguna daripada meratapi mereka yang sudah meninggal. Ketika saya sendiri secara peribadi yang membawakan bunga-bunga itu ke rumahsakit atau rumah tumpangan, bunga-bunga itu tidak hanya membuat mereka bahagia, tetapi saya juga turut bahagia. Sehingga ketika ini para doktor tidak tahu mengapa saya boleh sembuh, tetapi saya benar-benar yakin bahawa sukacita dan pengharapan adalah ubat yang memulihkan saya! "

*********************************************************

Jangan pernah mengasihani diri sendiri, kerana mengasihani diri sendiri akan membuat kita terperangkap di kubangan kesedihan. Ada prinsip yang mungkin kita tahu, tetapi sering kita lupakan, iaitu dengan menolong orang lain sesungguhnya kita menolong diri sendiri.

Bila terbaca cerita nie, teringat lak kat cerita wayang Patch Adam. Ia berdasarkan kisah benar kalau tak silap. mengenai ketawa adalah penawar penyakit... Wallahuallam...

Ahad, November 20, 2005

Pemergian Hj Bakri

Nie ada beberapa coretan peristiwa mengenai pemergian ayah mertua aku. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang (lebih kurang) 16hb November 2005 bersamaan hari rabu. Pemergian disedari oleh isteri beliau semasa ingin mengejutkan Allahyarham bagi menunaikan solat asar.

Pengebumian jenazah telah sempurna dilaksanakan pada 11 pagi (lebih kurang) 17hb November 2005 bersamaan hari Khamis.

abg long, abah dan ayah Fairuz
Di perkarangan rumah Allahyarham

Image hosted by Photobucket.com
Di perkarangan rumah Allahyarham

Image hosted by Photobucket.com
Di perkarangan kawasan perkuburan

Image hosted by Photobucket.com
Di perkarangan kawasan perkuburan

Pada malam berkenaan, satu kenduri doa selamat bagi arwah telah dilaksanakan selama 3 hari. Alhamdulillah, lebih kurang 80 orang tetamu hadir. Jamuan disediakan secara gotong royong di rumah Allahyarham.

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam pertama)

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam pertama)

Image hosted by Photobucket.com
Nasi lemak (malam kedua)

Image hosted by Photobucket.com
Cucu kedua (Akmal) Allahyarham dan bonda Allahyarham

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam kedua) - majlis doa selamat

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam kedua) - jamuan

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam kedua)

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam kedua)

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam ketiga)

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam ketiga) - hidangan nasi daging

Image hosted by Photobucket.com
Kenduri arwah (malam ketiga) - kaum ibu

Kepada kawan-kawan yang telah mengucapkan takziah sama ada melalui telefon, sms, email, dsb... terima kasih diucapkan daripada kami sekeluarga.

Al-Fatihah

Khamis, November 17, 2005

Pemergian Ayah Mertua

Al-fatihah... Pada rabu tanggal 16 November 2005 lebih kurang jam 4.30 petang. Ayah mertua aku, Hj Bakri bin Hj Shafie telah pulang ke ramahtullah. Pemergian beliau disedari oleh mak mertua aku semasa ingin menggerakkannya daripada tidur bagi menunaikan solat asar.

Bersama-samalah kita mensedekahkan Al-Fatihah buat beliau agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Insya-Allah...

Al-Fatihah

Rabu, November 16, 2005

who is is150

Dapat kuiz nie dari blog TuanTanah, kuiz tue ada kat sini. Lepas baca, cam real lak... anyway that's the beauty of psychology (betul ke aku eja?). Dulu masa belaja, cikgu pesan kalau nak amik test macam nie jangan banyak fikir... apa yang pertama terlintas di pemikiran, itulah jawapannya. Kalau kita start fikir, musti dah campur aduk dengan unsur-unsur lain... wallahuallam...

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

Jadi lepas nie... bolehlah korang kenal aku... memang tue masalah besar bagi aku.

Selasa, November 15, 2005

Perluka Aku Sembahyang?

Hmm.. tak tau nak cerita macam mana... cerita nie aku dapat dari seorang kawan (saja nak kongsi...). Dulu ustaz selalu berpesan "Jangan kamu sesekali meninggikan suara kepada ibumu, malah jangan berkata AH sekalipon..." (ada hadis rasanya nih...)

Jenal (bukan nama sebenar), telah melukakan hati ibunya... akibatnya, dah lebih 5 hari ibunya tidak mahu bercakap dengannya. Dia telefon tidak diangkat, SMS tidak di balas, dan bermacam-macam lagi dah dibuat... Jenal sungguh susah hati dan peristiwa ini sungguh menyentap perasaannya. Bagi dia, ini satu-satunya penderhakaan yang terbesar... di merasakan tiada lagi syurga yang wujud untuk dirinya lagi...

hmm... apa aku nak bagitau dia yerk... Aku dah hilang akal nie... bagi aku, ibu nie macam bos... kalau dia kata / cakap / bagitau / nasihat apapon, ibu tetap 'betul'. Lainlah dia suruh buat perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam... itupon, dulu ustaz pesan kita kena tolak dengan cara lembut. Jangan sampai terluka hatinya...

Teringat aku kat lagu Aisyah, "Syurga di telapak kaki Ibu"

Aishah
Syurga Di Telapak Kaki Ibu

( 1 )
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

( ulang 1 )

( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

( ulang 1 )
( ulang 2 )

hmm...

Isnin, November 14, 2005

Update Anak

Tengok-tengok gambar yang aku amik... ada beberapa gambar menarik lak...

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman dengan Bob the Builder (SCOOP) - 7/11/2005

Image hosted by Photobucket.com
Pica 1st time minum guna straw - 9/11/2005

Semua nie masa ada Arfah dan Kak Zah di rumah.. kami sekeluarga berjalan-jalan sekitar. Pada 7hb Nov, kami ke Alamanda Putrajaya makan Pizza Hut dan pada 9hb Nov kami ke Jusco Seremban 2 makan Secret Recipe... Akhirnya Pica boleh minum guna straw... setelah sekian lama paksa minum...

Sabtu, November 12, 2005

Jalan Beraya

perghhhh.... alhamdulillah... selamat kami sekeluarga jalan beraya. Kami keluar rumah jam 9.30 pagi ke KLIA hantar Arfah dan Kak Zah balik ke Kedah. Flight jam 11 tghari. Lepas sarapan di McD KLIA, kami ke Bangi cari hadiah Kahwin Azza. Kemudian ke rumah Makcik Fairuz di Pudu, KL. Lepas zohor, lebih kurang jam 2 petang kami ke Wangsa Maju. Ke Majlis perkahwinan Azza. Ramai lak geng-geng MRSM datang. Seronok ooo, tapi malangnya aku tak sempat nak amik gambar langsung. Tapi nampaknya Alfian dan Sherrina ada amik gambar, nanti bole check kat fotopages mereka..... tapi kami tak lama sebab 3ptg janji dengan Nyah Di utk kerumah dia...

Lama gak kat rumah Nyah Di, dalam jam 4.30 ptg kami bertolak ballik. Lepas hantar makcik ke rumah dia, kami terus ke Seremban. Ita jemput ke rumah dia. Sampai rumah Ita, lebih kurang jam 6.30 petang. Sempatlah aku sembahyang Asar dan Maghrib dirumah Ita. Di rumah Ita, Nuqman sempat buat bisnes... selesai semua, kami ke rumah Shahir...

Image hosted by Photobucket.com
Wife aku

Image hosted by Photobucket.com
Family Nyah Di (Marsya, Kak Su dan Meor Rusydi)

Image hosted by Photobucket.com
Di rumah Nyah Di

Kami sempat singgah kedai pakaian kanak-kanak di Bandar Senawang belikan Nuqman sehelai seluar... Di rumah Shahir tak berapa lama... kemudian balik rumah. Dalam jem 10.30 mlm rasanya baru sampai....

Image hosted by Photobucket.com
Shahir dan Ibu mertuanya

Image hosted by Photobucket.com
Antara staf NIOSH yang hadir

Image hosted by Photobucket.com
Di rumah Shahir

On the way balik, wife aku bagitau yg aku ada macam nak pegang pompuan... WTF... FYI, aku rasanya paling kurang pegang/ sentuh pompuan. Rasanya dari darjah satu atau dua... peristiwa aku tak sentuh pompuan nie sbb kawan baik aku jugak. Dulu masa darjah satu dan dua, aku sekolah di Johor Bahru (SKAT) dan aku duduk di kem TLDM woodlands, Singapore. Disebabkan sekolah jauh, jadi kami ke sekolah menaiki trak (3 tan) tentera. Disebabkan hanya ada 2 jer anak pegawai yang sekolah rendah, jadi bila sampai kem, kami ditransitkan di depoh kenderaan sebelum ada pajero hantar. Jadi ada sorang kawan pompuan nie, aku tersentuh tangan dia... terus dia tiup-tiup tempat yang terkena tadi. Dia bagitau, aurat... tak boleh terkena lelaki dan pompuan. Sejak dari peristiwa itu, sampai sekarang aku kurang sentuh pompuan... malah adik dan mak sendiri pon aku jarang pegang. Kecuali nak salam jer...

Ntahler... betul ke tindakan aku nie... Wallahuallam... lepas nie sure ke Domestic Inquiry nih.....

BTW, esok nak bawa family berjalan sekitar Bandar Seri Putra, Bangi dan Putrajaya... senarai rumah yang ada dalam list ialah Saiful, Mak Ngah Ati, Mak Ros, Firuze dan Kak Na...

Jumaat, November 11, 2005

Adakah kegembiraan di Hari Raya?

Email yang diterima daripada seorang kawan pejabat, menarik dan boleh dibaca...

Ramadhan kini tiba di akhirnya
Ummat Islam sudahpun bersedia
Menyambut Syawal hari yang mulia
Menentang nafsu telah berjaya

Namun apakah sanggup kita gembira
Dihari Syaithan di bebaskan semula
Ditutup pula pintu-pintu syurga
Berakhir peluang amalan yang berganda

Para tabi'in pernah menyambutnya
Berpakaian hitam tanda berduka
Apakah berpeluang bertemu semula
Atau akan berakhir usia ?

Hari Raya penuh kesalan
Apakah cukup semua amalan ?
Sunat dan fardhu telah dilaksanakan
Lailatul Qadar telah di bangunkan

Ya Allah, lemahnya diri
Mengenang masa silih berganti
Usia yang muda sudah di akhiri
Amal dan Ibadah tak sempurna lagi

Adakah Rahmah telah ku perolehi
Kemudian Maghfirah mungkinkah ku lepasi
Perjalanan ke syurga masih jauh lagi
Bagaimanakah neraka dapat ku jauhi ?

Ku lihat Ummah sering terpedaya
Dengan semangat berhari raya
Berbelanja besar penuh bergaya
Kononnya menunjuk tanda berjaya

Namun apakah nasib teman dan saudara
Nun jauh di Pakistan sana
Atau di Acheh yang dilanda bencana
Apakah mungkin mereka bergembira ?

Tiada ibu dan juga bapa
Telah kehilangan sanak saudara
Ujian Allah yang datang melanda
Apakah erti berhari raya ?

Pernah berlaku di suatu masa
Rasulullah berjalan di Hari Raya
Bertemu anak yang serba tiada
Lalu dia ditanya baginda
Apakah tiada pakaian yang sempurna ?
Untuk menghiasi hari yang mulia ?
Lalu jawab anak yang berduka
Ayahku telah syahid di jalan Nya
Ibu ku kini nafkah pun tiada
Bagaimana aku dapat bergaya ?
Lalu menitislah airmata baginda
Mengenang nasib anak yang mulia
Dengan sedih baginda berkata
Engkaulah anakku marilah segera
Ku pakaikan baju yang lebih sempurna
Ayahmu kini bertemu Pencipta
Jangan bersedih, keluargamu kan ke syurga

Akhir kalimah aku meminta
Maafkanlah segala dosa
Diriku yang lalai dan tidak sengaja
Semoga disambut hari yang mulia
mendapat keampunan dan mendapat Taqwa

Abdul Latiff

hmm... bagi aku, dah lama takde kegembiraan di Aidilfitri.... sama macam hari-hari lain, cuma tak payah berpuasa. Hari nie dah masuk raya ke-10 (agaknyalah...) tapi masih tak dapat mencium tangan kedua orang tua aku... tak dapat nak minta maaf, malah aku tak telefon pon sejak raya pertama... ntah ler... sibuk nak menjaga hati orang, hati sendiri remuk berkecai. Sibuk nak memahami orang, hakikatnya tiada yang memahami aku. Bodohkah aku nie... insya-Allah satu hari nanti adalah hikmah yang aku boleh terima daripada semua ini.

Mak, Abah... Is minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...

Isnin, November 07, 2005

Abis beraya

Alhamdulillah... akhirnya sampai gak aku di Bandar Seri Putra... setelah memandu lebih 10 jam!!! aku bertolak dari Bertam, Pulau Pinang (rumah Mak Jah) pada jam 3 petang... dan tadi pagi (dalam kul 12.30 pagi) baru sampai rumah... letih...

Raya tahun nie... aku ada amik gambar dengan banyaknya menggunakan Sony Ericsson K750i... tapi gambar family tak sempurna gak sbb Nuqman punyalah susah nak tangkap gambar... dan ketiadaan jurugambar profesional...

Family is150
Gambar raya

Macam biasa... balik kg memang aku tak update blog nyer... sbb guna dail-up... pepaham ajelah... yg sempat cuma jalankan program-program autrosurf aku jer... BTW, program autosurf semua berjalan dengan lancar... Insya-Allah dalam 2 minggu lagi, aku bakal dapat lagi USD250 lak... minggu nie USD110... balik ajak Ajib lak join...

Sepanjang di Kedah aku berjaya membeli satu box set DVD Star Trek : Voyager season 3. Dia ada jual sampai season 5 dan ada Star Trek : Enterprise Season 1 sampai 3... tapi apakan daya... aku tak keluarkan lagi duit aku yang satu juta dalam bank tue...... so aku beli satu ajelah... seronoknya.... nanati aku beli yang lain-lain...

Image hosted by Photobucket.com
Pandangan depan

Image hosted by Photobucket.com
Pandangan belakang

Image hosted by Photobucket.com
Pandangan sisi

Sekarang nak teruskan penghidupan aku balik di opis yang tiada orang nie....

BTW, masih belum terlambat... kepada semua pembaca blog nie --> SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...