Pameran di PNB
hari ie aku pi teman Zul jaga pameran NIOSH di PNB (Permodalan nasional Berhad) di Jalan Tun Razak. Bangunan dia sebelah bangunan tabung haji. Disebabkan hari nie hari kedua, kurang sikit orang datang... dan kuranglah kerja aku berceloteh..
cakap pasal bercoloteh nie, baru-baru nie aku ada bersembang kat opis... ada dorang kata aku nie suka berceloteh dan terlalu peramah... selama nie aku rasa, aku paling malas nak bertegur dengan orang baru... aku memang rasa aku susah nak buat kawan sbb aku tak suka bercakap.. FYI, aku memang paling tak suka bercakap dekat telefon... aku sanggup berjalan ke divisyen / unit yang jauh kat opis aku semata-mata tak nak bercakap kat telefon... tak tau kenapa aku tak suka bercakap kat telefon, tapi yang pasti memang tak puas dan selalu sangat org salah tafsir apa yang aku nak cakap....
ok, berbalik pasal pameran PNB, aku pergi ke sana dengan Zulfadli dan Yunus (exec Ergonomik). Yunus ada talk mengenai ergonomik di sana. Kami sempat buat free consultation dengan melawat account department untuk memeriksa workstation mereka... seronok tengok Yunus bercakap bab ergonomik nie... banyak yang aku dapat refresh balik... dalam pada tue, kami sempat promote THP (Total Health Promotion) Programme NIOSH.
Aktiviti mengurut dalam talk ergonomik
Yunus membuat 'consultation' di pejabat kewangan PNB
Yunus semasa 'consultation' ergonomik 'workstation'
dan kami menuaikan solat jumaat di Masjid KLCC... dapatlah kami melihat Agung Malaysia bersolat disitu... DYMM Tuanku Syed Siraj ud-din ibni al-Marhum Tengku Syed Putra Jamalulail... tapi aku perati dari jauh je... tengok dia datang dengan Mercedes S500 dan semua hulubalang-hulubalang dia... jadi hari nie aku memang bersolat dengan agung, walaupon pada hakikatnya dia sembahyang didalam dan aku bersembahyang di tangga masjid KLCC.
Balik jam 4 petang terus singgah rumah amik buku Photoshop dan Flash utk diberi pada bos aku di UK...
Pemandangan dari tingkat 44 menara PNB
0 komen