Tahun Baru

Alhamdulillah... dah masuk tahun 2006... tak sangka begitu cepat masa berlalu... Dari post yang lepas pun bermacam-macam perkara berlaku dalam hidup aku... Semuanya aku bersyukur... sekurang-kurangnya lepas setahun suka duka hidup aku bersama-sama keluarga tersayang...

Tahun nie gak, aku beli rumah kedua. Insya-Allah dalam tahun 2007 boleh siap... maknanya tahun depan siap... hmm... tahun nie kena simpan duit banyak-banyaklah nampak gayanya... dan tahun nie gak aku dapat banyak ganjaran dari program-program e-gold yang aku ikut. Alhamdulillah, moga-moga tahun 2006 nie boleh beroleh lebih rezeki untuk keluarga.

Last week aku beli PSP, akhirnya... aku beli dengan RM1k dengan 4 game (Winning Eleven, Ape Escape, Metal Gear Acid dan Twisted Metal). Aku beli melalui forum LoyYat.net dekat seorang budak uniten. Dari Jumaat (30hb Dis. 2005) lepas aku asyik membelek PSP jer...

hmm... tadi pagi, ada member aku bagi calender 2006 Star Trek... seronok betul rasanya.. ada gak kawan aku yang ingat bila nampak Star Trek... thanks Idham n Ita... aku tahu mahal calendar nie...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini juga aku dah beli macam-macam buku, komik, game dsb melalui internet... kebanyakkannya melalui lelong.com.my dan ebay.com.my. Cuma belum beli rumah dan kereta jer lagi...

0 komen