NIOSH SOS
SOS - Structured Outdoor Activities... satu program team building yang di buat oleh NIOSH kepada para eksekutif. Program berlangsung pada 23-25hb Februari 2006 bertempat di Pulau Rhu, Besut, Terengganu. Aktiviti dikendalikan oleh Layang Adventure. Kami bertolak dari NIOSH pada 22hb (Rabu) tepat jam 9 malam. Alhamdulillah 5 pagi 23hb kami selamat tiba di Besut.
Aktiviti kali ini melibat kan hampir keseluruhan pegawai dari Ibu Pejabat dan Cawangan. Kesemua peserta adalah seramai 44 orang tidak termasuk 7 orang koordinator. Peserta semua telah dipecahkan kepada 4 kumpulan.
Antara aktiviti yang menarik ialah program survival (membina tempat berteduh, memancing ikan, menangkap ketam sehinggalah memasak), Kayak (survival), Abseiling, PaintBall dsb... aktiviti nie semua mengingatkan aktiviti-aktiviti semasa berpengakap dulu.
Dekat bawah nie ada sebahagian gambar aktiviti... seperti biasa tiada gambar aku sbb aku yang pegang kamera... Lagipon aku bukan join aktiviti... aku pergi sebagai koordinator / pemerhati...
Proses pembahagian kumpulan
Taklimat survivor
Aktiviti bersama
Group Photo NIOSH dan Layang Adventure
Dengan aktiviti nie semua, aku dapat satu pandangan baru. Iaitu pandangan sebagai seorang ketua / CEO. sebelum nie, aku selalu dengar komen-komen CEO dan komen-komen orang kepada CEO... tetapi program nie telah membuka mata dengan melihat telatah dan gelagat manusia. Punyalah banyak perangai. Ada manusia yang menjadi barah didalam pasukan. Ada yang ikut perintah, ada yang bossie... dsb... ter terpikir dek akal punya perangai pon ada...
Antara aktiviti yang paling aku suka adalah PaintBall... dapat gak main 3 kali menjadi Bandit... Cuma agak terkilan sebab tak dapat buat aktiviti capsise (menterbalikkan) kayak.
Nie boleh buat lagi tahun depan... Insya-Allah!
Syabas Layang Adventure.... NIOSH!!!.... Bagus! Bagus!
0 komen