share gambar
lama dah tak letak gambar... ada gak yang tanya... bukan taknak letak, banyak gambar-gambar di'klik' cuma tak berapa rajin nak transfer dan edit... last week (16hb Julai 2006) ada ke Maktab bersama Zahir dan Bear... pun malas sangat nak klik... dan masuk kereta dan balik baru teringat nak snap beberapa persekitran maktab... apa yg sempat hari nie... itu ajelah...
7hb Julai lepas kami ke Singapore. Umi dah seminggu di Singapore, ada meeting. Jadi kami ambil kesempatan ke Singapore campur dengan ada sedara kahwin... makin kuatlah hujah untuk kami ke Singapore. Di sana kami tumpang rumah Cik Dayat di Pasir Ris. Tak banyak kami dapat berjalan. Banyak gak modal keluar nak balik Singapore nie... Passport aku dah expired... kena RM300 utk renew.. passport Pica lak lagi RM150...
Di Singapore (8hb Julai 2006) ada majlis perkahwinan sepupu Mak. Gambar dengan Nyai (nenek aku), Fit, Nuqman, Imran, Alya dan Bibik Samsiah dengan kereta pengantin.
Lepas habis Majlis...
Nak balik ke Bangi (9hb Julai 2006)
Kalau Umi takde, memang aku kurang makan... kurang selera campur malas... anak-anak aku cuma kasi 'koko krunch' dan roti. Aku biasanya makan apa yang mudah dan minum secawan air panas.
Kalau Umi takde... inilah habuan kami....
Last week sempat gak aku bid Game PSP Lumines di Lelong.com.my. Terbang lagi RM88 (termasuk belanja pos RM6). Tapi puas hati, dah lama cari game puzzle PSP... bulan depan kena stop beli game... lari bajet banyak dah nie pasal game, dah beli 3 game nih...
Last week (17hb Julai 2006)... berjaya gak aku beli Lumines
Hari Sabtu lepas (21hb Julai 2006). Kami sekeluarga ke KLIA naik ERL. Umi kena kerja, jemput expert di KLIA. Saja bawak anak-anak naik komuter. Jalan-jalan di KLIA... ntah bila bole naik kapal terbang lagi... Nuqman asyik minta naik kapal terbang..
Pica melepak dalam tren
Nuqman posing maut
hmm... itulah dia... beratus lagi gambar. Lepas nie bakal sibuk berganda sebab dah nak start bincang pasal Reunion ANSARA Terendak batch 93/96 dan aku baru kena lantik jadi Naib Bendehari KKSI (Kelab Kebajikan dan Sukan Institut KKPN)
0 komen