LEAP
Baru balik dari Pulau Kapas, Terengganu. Ada program LEAP (Leadership Evaluation and Alignment Programme) dan NIOSH Budget Review... sungguh memenatkan. Enam hari tinggalkan rumah, bertolak ke Terengganu pada Khamis (10 Ogos 2006) malam lalu... sampai rumah kul 12.15 pagi tadi (17 Ogos 2006)
Program LEAP nie merupakan program Team Building bagi management team NIOSH... aku pergi sekadar 2nd liner dan sekretariat. Pengisian outdoor LEAP cuma snorkeling, War game (paintball), melukis dan mencandat sotong. Sume aktiviti ok, cuma tang candat sotong... aku boleh mabuk laut dan muntah... hampeh tol... lagi 15 nak balik aku boleh kantoi... btw, semua orang mabuk dan muntah-muntah... aku kira org yg 2nd last muntah... ok lah tue... setelah sejam di buai dengan bunyi orang muntah di sekeliling baru aku tewas... hahahaha
War game agak menarik... team member tak cukup dan aku kena join sekali... sbb aku ada pengalaman main paintball, dapat ler jadi team leader... seronok dapat lead manager. Aku boleh arah ikut kebijaksanaan aku. Dalam team aku ada Dr Agus Salim (bos OH), Azmi Aman Shah (bos akaun), Zaikiah (bakal bos KK), Azman Sah (Bos Kerteh) dan Raemy (bos RnD)... yang bukan bos aku sorang... kuli kepada bos... tapi agak pening gak nak control bos-bos nie semua... dah masuk mission ke tiga baru nak dengar cakap dan paham kenapa aku susun strategi. Mission pertama dan kedua buat strategi sendiri... well... leason learn, 'respect bos'.... hahahaha time tue aku ler bos... so utk mission 3 - 6 dah takde masalah...
Balik dari program aku hilang suara... argh... sedihnya, camana nak citer kat opis esok nih...
hmm, bulan nov ada lagi team building utk group 'non-exec' lak...
0 komen