Balik bercuti
Saja nak share gambar-gambar kami di Manila, Filipina. Banyak perkara yang aku lakukan di Manila. Semuanya ada aku coretkan didalam Thumbdrive aku... mudah-mudahan thumbdrive aku kali nie tak hilang... Insya-Allah
Kami ke Manila dengan penerbangan AirAsia. Aku beli tiket seawal 40 hari sebelum perjalanan. Harga tiket kami berdua hanya RM501.96 (termasuk insurans perjalanan). Tiket ini merupakan tiket pergi dan balik. Penerbangan dari LCCT ke Clark mengambil masa 3 jam 55 minit. Kami bertolak pada Hari Ahad, 10hb September 2006 0720hrs dan kami ke Terminal LCCT pada jam 5 pagi. Kami dihantar oleh jiran, Willfred (kawan Fit dan staff MINT). Perjalanan pulang adalah pada 14 September 2006 bersamaan hari Khamis jam 1145 pagi.
Aku kat sana hanyalah mengikuti Fit yang menghadiri mesyuarat. Mesyuarat dikendalikan oleh PNRI (Philippine Nuclear Research Institute). Jadi aku berpeluang mengikuti mereka makan malam dan berjalan di sekitar bandar Manila. Bandar Manila bagi aku adalah seperti Bandaraya Kuala Lumpur di penghujung tahun 1990. Traffic dia agak ganas.
Hari ini aku ke KL bersama Pn Rodiah bagi membeli PSP dan beberapa peralatan komputer. Aku mengambil cuti separuh hari. Sebelum pergi aku berkaunseling bersama Amin di OMC. Petang dalam jam 3 aku mengajar SHO topik Auditing dan ICT. Kelas sehingga jam 7 petang. Alhamdulillah aku dapat mengawal keletihan dan mengajar dengan gembira. Penat mengajar tak abis lagi... Semalam kami sampai dalam jam 4 petang di LCCT. Terus balik kemudian Fit terus ke pejabat bagi memberi laporan hasil mesyuarat kepada KP. KP AELB kena ke hadiri mesyuarat di luar negara dan Fit kena maklumkan secepat mungkin.
dah tiba di Macapagal International Airport
Penerbangan sehingga Clark. Dari Clark (Air Force City) kami kena menaiki bas ke Manila. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Tiket bas sehala adalh 300 peso. Dan 100 peso bersamaa RM 7.30++. Bas menurunkan kami di MegaMall. Alhamdulillah ada staff PNRI menjemput kami ke hotel. Dekat jer hotel dengan Mega Mall dalam 10 minit berjalan kaki. Kami menginap di Richmonde Hotel.
Pemandangan bandar dari bilik hotel
Dinner di restoren jepun oleh PNRI
Aku dijemput sekali ke majlis makan malam di Restoren Jepun. Seronok sangat sebab dari hari kami sampai aku tidak dapat makan dengan puas. Banyak yang kami makan sampai berpinggan-pinggan. Majlis makan malam ada persembahan nyayian oleh satu kumpulan band. Mereka menyanyikan lagu dari pelbagai negara. Dari Malaysia mereka menyayi lagu Belaian Jiwa.
">
Jeepney, pengangkutan awam utama Filipina
Bergambar di salah sebuah memorial park
Bergambar di hadapan Asia Mall - antara Mall terbesar di Manila
Di hadapan Hard Rock Cafe MAKATI
On da way balik
Manila, Filipina bagi aku bukanlah satu tempat perlancongan. Daripada aku tiba di airport sehingga ke hotel, aku tak nampak sebarang broucher perlancongan. Perjalanan di sekitar bandar dan shopping mall tidak membuatkan kita rasa tidak tenteram. Setiap banggunan ada armed security guard lengkap dengan metal detector. Sebelum masuk mana-mana bangunan, mesti ada pemeriksaan oleh guard, ini termasuklah hotel. Pemeriksaan kurang sedikit jer dari pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang kerana mereka takde mesin x-ray check beg.
Memang menyeronokkan dapat bersama-sama bercuti dengan isteri tersayang... Macamanapun, ini merupakan satu pengalaman menarik bagi aku dan Fit.
0 komen