Cuti dan LYN

Hari nie aku cuti lagi... memang amik 3 hari. Dari pagi, selepas menghantar Fitriah ke pejabat dan anak-anak ke rumah Mak Ros, aku ke KL. Pertama aku ke Bank Rakyat, Jalan Ipoh. Aku pergi amik surat pengesahan pinjaman perumahan daripada bank kepada KWSP.

Selesai urusan dengan bank Rakyat, aku ke Plaza Low Yat. Saja nak buat surprise kat Fitriah. Aku pergi cari kedai untuk unlock Motorola v3x... Kebanyakkan kedai tak boleh buat... last-last ada satu kedai nak tapi RM150. Aku dah tak banyak duit, last-last aku pusing-pusing dan akhirnya aku buat keputusan hantar gak. Kat depan kedai tue dah ada satu kedai repair hanphone. Nak tanya ada pelanggan lak tunggu, jadi aku amik keputusan tanya kedai asal tadi... kali nie dia kasi RM120 lak... hampeh tol, macam tak rasa bersalah jer... mungkin dia dah lupa yg aku dah tanya 40 minit sebelum. Aku kata ok dan dia minta aku tunggu 1 jam. Punyalah hampeh, dia direct hantar kat kedai depan... kalau aku tunggu dan tanya mesti dapat lagi murah... bukan rezeki aku ler tue...

Hari nie di Lw Yat aku banyak beli barang.... aku merayau dan beli accessori PSP (analog stick) dalam RM 30. Kemudian aku beli donggle bluetooth RM28 dan last sekali aku beli Cars USB FM Transmitter RM65... banyak sungguh aku belanja, ntah kenapa aku malas nak pikir dan beli semua nie... yang aku pasti, hati aku tenang... insya-Allah

Photobucket - Video and Image Hosting
dah bole guna Celcom....

Photobucket - Video and Image Hosting
analog button PSP aku hilang daaa...

Photobucket - Video and Image Hosting
ntah... kenapa aku beli...

Photobucket - Video and Image Hosting
sekarang dalam kereta aku sudah boleh pancar MP3 dari thumbdrive

hehehe... belanje jer aku nie... manalah orang tak kata aku nie boros.... bila lagi nak rasa belanja untuk diri sendiri...

Alhamdulillah, balik dalam tengahari aku ke pejabat KWSP Kajang. Pusing lebih 5 kali dan lebih 40 minit baru dapat parking. Lepas hantar borang, kereta kena saman lak dengan MPKj. Hampeh tul, parking dah bayar pon kena gak. Aku terus ke MPKj Hentian Kajang. Bila tanya, pegawai MPKj beritahu aku guna syiling palsu... patutlah ada 50sen keluar balik... sekarang aku dah tahu, lepas beli tiket confirmkan dia tulis nilai duit bukan token pada tiket... hehehehe

beberapa lagi ilmu aku pelajari hari nie... Alhamdulillah

0 komen