MERDEKA lagi...

Hari nie masuk opis, hambar sikit... aku bangun lewat, bangun matikan loceng (hp) dan tertido balik... sedar-sedar dah jam 7 pagi... kelam kabut sikit. Kejut Nuqman dan minta Nuqman kejut Pica... Alhamdulillah sempat breakfast. Kul 10.30 pon makan lagi, 2 pinggan nasi goreng aku bedal. Lapar agaknya... Semalam kak Ani ada bagi nasi dengan sayur, ayam goreng dan sambal udang. Kami 3 beranak makan tengahari jam 3 petang. Janji nak bawak Nuqman dan Pica ke playground. Tapi kul 6 petang hujan lak.. takdelah rezeki dorang nak ke padang...

Malam semalam, sumpah aku tak ingat apa.. tengok TV macam biasa kot...

Tengahari tadi Kelab jumpa Dato'. Sebelum masuk, Kak Maria bagitau Dato' "Bad Mood".... alamak.. nie musti Hajah buat proglem nie, sbb sebelum tue dia jumpa Dato'... kenapalah aku tak jumpa dia petang rabu lepas... time tue aku boleh tertido lak kat kerusi... sedar-sedar Kak Maria ada kat bawah tengah belek Kad Raya NIOSH. Tanya dia, Dato' dah keluar dan taknak masuk opis lagi.... lari gi cafe tak nampak lak dato'.... hish... musti DAto' nampak aku tertido kat kerusi nih... penat, nak buat camana...

ok, balik cerita tadi... Jack yang nak bawak aku jumpa Dato', takut nak jumpa sorang-sorang. Kemudian Siti Bad lak nak ikut sekali... Alhamdulillah, kertas cadangan majlis aku, Dato' terima.. dan terus sign luluskan.. Alhamdulillah...

Lepas solat Jumaat ada meeting korporat.... dan hari nie Birthday Mr. Munu. Time ada makan best, bos ada lak... tak dapat aku nak makan... btw, meeting tak abis lagi. Nasib baik aku tak masuk. Fit balik malam nie kot, Insya-Allah...... aku nka balik cepat nih...

0 komen