Seminar NPC
Hari nie aku dan Kris ke Hotel Concorde. Ada lanjutan daripada seminar NPC pada 30hb Mac 2006 di Hotel Hilton, PJ. NPC (National Productivity Cooperation) membuat satu sesi perkongsian amalan-amalan terbaik dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Service Delivery System).
Seminar hari ini memang cukup membosankan.... mungkin sebab aku penat kot. Jadi tak dapat nak tumpukan perhatian sangat. Kami bertolak lewat, dalam jam 8.15 pagi baru keluar NIOSH. Sampai dalam jam 9.10 pagi. Tak mula lagi, hampeh tul, aku dah agak dah, tue sebab aku keluar lewat... siap pergi isi minyak kereta lagi. Tak lama lepas kami duduk, MC bagitau yang seminar akan start 9.45 pagi.
Seminar dimulakan daripada Majlis Perbandaran Selayang... presenter tidak berapa memberangsangkan, macam talk biasa pegawai kerajaan.... kerja banyak, kemudian salahkan pelanggan... Kemudian ada sesi bersama Maktab Kerjasama Malaysia dan Jabatan Imigresen Negeri Johor.
Habis jer jam 4.15 petang, minum sikit terus balik... Alhamdulillah, jalan tak jem dan aku sampai opis tepat jam 5.15 petang. hmm.... apa nak report nie...
0 komen