Gambar last week
Satu petang yang sungguh penat, punyalah banyak kerja... last-last aku update gambar-gambar dalam k750i aku ke PC dan seterusnya share dalam blog.... kat opis masih ramai orang, esok PUSPANITA NIOSH anjurkan seminar di KSM. Jadi dorang ramai-ramai tengah siapkan door gift. Nak tolong segan lak, nanti aku di ganggu jiwa dan raga oleh makcik-makcik PUSPANITA lak.... hahahaha
Macam biasa bila aku tinggal dengan anak-anak jer di rumah, mulalah rasa malas nak balik... kalaulah aku ada isteri, mesti sekarang nie tidak sabar-sabar nak balik rumah... tapi apakah daya... bukan rezeki aku untuk mendapat seorang isteri lagi... insya-Allah aku akan tetap berdoa... aku benci perasaan ini.
bila perhatikan satu satu gambar yang aku rakam... rasa seronok sangat....
Gambar bawah adalah gambar kami sekeluarga sedang bersarapan pagi. Sabtu lepas kami bersarapan di kedai sebelum menghantar Fitriah ke pejabat bagi tugasan luar di Melaka selama 2 minggu.
Breakfast 4 Nov 2006 di Bandar Seri Putra
Breakfast di Bandar Seri Putra
Gambar di bawah diambil pada malam 4 November 2006. Tengah aku lepak-lepak kat bilik, tetiba ternampak beg bergerak-gerak... rupa-rupanya Pica sedang main dalam beg.... hahaha, rasa comel sangat Pica masa nie. Aku sempat rakam video dan insya-Allah kalau ada kelapangan aku transfer video tue di Blog nie atau di is150.multiply.
Pica dalam beg
Gambar bawah nie aktiviti biasa Pica. Pica dah pandai bermain anak patung. Kekadang dia akan tidurkan baby, bagi makan baby, tukar lampin dsb.... seronok bila nampak Pica main anak patung sorang-sorang...
Pica tengah bagi minum baby
Gambar bawah diambil pada 7 November 2006. Masa di bilik TV, nampak pica main fesyen dengan topi lak... salah satu permainan yang kerap dimain iaitu memperagakan fesyen.
Pica gelak
Serok rasa bila tengok gambar-gambar nie semua... Macam-macam lagi ragam ada, cuma tak rajin sangat nak amik gambar... bukan semua orang appreciate gambar-gambar nie.... kekadang rasa sedih sangat sebab ada segelintir individu yang tidak memberi komen secara terbuka.. tapi hakikatnya aku berpuas hati dengan blog aku nie....
0 komen