sendirian
Memang bosan duduk sendirian... kadang-kadang buat aku terpikir... kenapa hidup aku macam ini? aku tak pernah mintak hidup macam ini. Aku juga ingin berjaya... tetapi kenapa aku yang harus bekorban? Aku buangkan semua cita-cita aku kerana apa? kerana cinta? kerana hormat? kerana gembira? aku pun tak tau..... orang mahu melihat aku berjaya... tetapi orang juga tidak memberi peluang.... sebaliknya orang jugalah yang merampas peluang aku berjaya.... aku teringat minggu lepas tengok movie di ASTRO, kata-kata dalam filem tue memetik "you are worthless and not worth caring you out"
Cukuplah pasal aku.... dari hari jumaat lalu, aku berehat di rumah bersama anak-anak.... gembra dan seronok sangat... tetapi apakah maknanya?
Petang Jumaat kami balik ke rumah dan sebelum itu singgah di Kedai Mamak untuk makan malam.
Singgah makan roti canai sebelum balik kerumah
Hari sabtu ingat nak pergi ke Melaka, ada pernikahan Dayak... tetapi takde geng lak... masing-masing tak cukup sen, almaklum... bulan lepas gaji masuk awal... nak sambut Raya Aidilfitri... jadi semua sen dah abis akibat tak bijak berbelanja... termasuklah aku... hahahaha. Jadi kami berehat di rumah jer... Ajil jemput ke rumah di Ampang pun malas nak pergi... takde mood... cuma 3 petang kami ke rumah Amin NIOSH jer... dekat sikit...
Pica kepenatan tidur tengahari
Nuqman makan Roti jer tengahari nie
Balik daripada rumah Amin sepatutnya kami ke padang.... tapi hujan lebat lak... akhirnya kami lepak di rumah jer, baring-baring.... niat nak jumpa orang... tapi apakan daya... tidak dibenarkan... berehat-rehatlah kami tiga beranak di rumah...
Nuqman dan Pica bermain bersama
Pagi ahad kami keluar ke Amcorp Mall... ingat nak pergi hantar repair W800i yang aku pecahkan skrin dia... tapi nasib kami tak berapa baik sebab Sony Ericsson Service Center tutup hari Ahad... akhirnya kami tiga beranak jalan-jalan window shopping... seronok? susah nak kata... tapi aku dapat rasakan Pica dan Nuqman ada sedikit takut berjalan sebab orang terlalu ramai. Pica setiap kali membetul dan menguatkan pimpin tangan aku. Tapi bila kami jalan-jalan dalam Giant, masing-masing buat haluan sendiri.... masing-masing cari barang sendiri...
Dalam perjalanan balik, kami singgah beli makan di McDonald Sg Besi...
Pica menikmati air Milo dalam pejalanan pulang ke rumah
Begitulah antara rutin hujung minggu kami... aku tahu, tak berapa ramai orang menghargai. Cakaplah, hargai banyak manapun.... hakikatnya... kami di campak ketepi setiap masa... sedih... memang sedih... dan sebenarnya aku malu membawa dan menjaga anak-anak sebenarnya... kemana aku pergi, orang bertanya..... mana oran itu? apa aku nak cakap? asyik alasan kerja jer...
0 komen