Balik dari NFD 2006 (8-10 Dis 2006) minggu lepas. Kami sekeluarga berehat di rumah hari isnin (cuti keputeraan Sultan Selangor). Semua kemaruk nak bela binatang... hasil balik dari Bukit Merah, Eco Park ler nie...
Jadi isnin pagi, balik dari sarapan... kami singgah Pet Shop di Bandar Seri Putra. Beli ler satu set pembelaan ikan beserta 2 ekor ikan puyu... Semua sekali dalam RM18 modalnya. Seronok dapat lihat Nuqman dan Pica punyalah excited dpat bela ikan. Siap rancang nak bela arnab pulak lepas nie
2 ekor ikan puyu
Persiapan untuk ikan
Pica dan Nuqman tengok ikan
Punyalah macam-macam berangan. Nak beli akuarium yang lebih besar untuk rumah baru.... Malangnya, 2 ekor ikan puyu nie bergaduh sampai mati. Jangka hayat cuma 5 hari jer kat rumah kami. Balik rumah tengahari tadi, dah terlompat keluar sekor ikan dari akuariumnya...
0 komen