Dapat daripada emel.... lama dah tak masuk opis... hehehe
SATU
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami;
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila
pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang
kenal isteri dia?"
DUA
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10
ekor atau beberapa ekor syaitan".Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri
hanya tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita
bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam".Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... "Ayang nie nak
bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
TIGA
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong
yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di
tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul
taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil
keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia
berkata, "Bentuk macam taik."Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam
taik."Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia
berkata, "Bau macam taik."Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia
pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja
dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG TAIK! NASIB BAIK
AKU TAK TERPIJAK!!!"
EMPAT
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa
dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus
datang kepadanya.Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo....
saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ?????????????
LIMA
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi
hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata kepada si penjual burung.Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu
RM1000.Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang
diam.Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta
lagunya.
ENAM
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu
hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.Gadis : "I'm sorry "
Pelancong : "I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan
oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..Gadis : "I'm sorry. three"
Pelancong : "What are you sorry for?"
Gadis : "I'm sorry, five"
TUJUH
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya."Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si
gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian
atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian
bawah," kata lelaki itu.Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus
membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah
pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA
BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
LAPAN
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin
dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman
sepermainannya sejak kecil lagi.Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja
kecuali Robert.Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi,
jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula
kepada ibunya.Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan
sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh
kahwin.Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan
anaknya.Suzy :Ha!!??!!
hahahaha
0 komen