Cerita Hujung Minggu

Alhamdulillah, hujung minggu lalu berjalan dengan lancar... 11hb - 15hb Januari 2007, Umi bertugas luar di Tanjung Kling, Melaka. Ada bengkel hala tuju AELB kalau tak silap. Jadi, tinggallah abah menguruskan anak-anak. Kalu umi dapat bilik single, mau kami semua tido kat Melaka....

Hari Jumaat, macam biasa.... malam Pica jumpa sarung tangan baby. Kemaruk sangat nak pakai... mungkin sebab kat rumah Mak Ros ada baby Irfan dan pakai sarung tangan. Itu yang menyebabkan Pica beriya-iya nak pakai sarung tangan gak...

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica kemaruk nak pakai sarung tangan baby

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica posing

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica posing

Sabtu pagi kami ke swimming pool. Lama tak bawak anak-anak ke swimming pool. Ramai gak penduduk turun pagi-pagi nie... Main air tak lama sebab Pica beriya-iya ajak ke kedai. Sampai kedai, belum bukak.... kami terus balik rumah dan bersiap keluar makan sarapan di kedai mamak.

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman di kolam renang

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan kapal

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica main bola

Hmm...... Nuqman dan Pica dah tak boleh makan sekeping roti lagi.... dah tak cukup... besar dah anak-anak kami. Lepas makan, beli ais-krem dan jalan-jalan tengok rumah baru... Insya-Allah jika ada rezeki, kami sekeluarga akan menginap di tempat baru.... amin.....

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman makan roti canai

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan roti canai

Petang Ahad tak de perancangan ke mana-mana. Sebenarnya, aku hendak sangat bawa anak-anak ke KLCC. Main kat padang di KLCC dan lepas tue boleh main air sekali. Dan kalau sempat, boleh kami melawat pameran MOSTI sains dan Islam. Relaks kat rumah lepas sarapan (heavy gak) budak-budak terus tido depan TV.... dekat jam 5 petang baru bangun... Kami keluar ke Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.... Adalah dalam sejam lebih berjalan-jalan. Dari parkir kereta ke taman dekat 700 meter kami berjalan... balik jalan kaki sambil makan ais-krem.

Malam, kami cuma makan McDonalds.... malas nak pikir apa nak di makan...

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica di Taman

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman di Taman

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica atas gelongsor

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica makan ais-krem

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan ais-krem

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dan Nuqman nak tido

Begitulah serba sedikit apa yang berlaku hujung minggu lalu.... seronok dan gembira... tapi cuma kami bertiga sahaja... Apalah agaknya yang aku boleh buat kalau takde anak-anak... mesti bosan hidup aku....

0 komen