Hari nie, hari ke dua Umi berada di Pulau Tioman... macam biasa aku dan anak-anak buat aktiviti sendiri. Hari nie balik lewat sikit, dekat jam 6 petang baru keluar dari pejabat. Amik anak-anak kat rumah Mak Ros dan tanya dorang nak makan apa malam nie... Macam biasa, paling mudah ialah ke kedai Mamak...
Pica makan megi goreng
Nuqman tak berapa nak makan, Roti dijamah sikit, Milo ais pun minum sikit jer. Lepas amik keropok, Nuqman tunggu dalam kereta. Tinggal aku dan Pica jer makan Megi dan Roti canai. Makan malam dan singgah 7-eleven, abis RM18. Balik rumah, tengok movie Polar Express di HBO...
Hobi baru Pica... menulis
Nuqman dan Pica khusyuk tengok 'Polar Express'
Lepas tengok cerita Polar Express kat HBO, hujan lebat lak.... cam biasa ASTRO hilang ntah kemana bila waktu hujan... jadi anak-anak dah masuk tidur dengan aku seawal jam 9.30 malam. Camanalah esok nie... ntah-ntah kejap lagi dorang bangun..... hehehehe
0 komen