Poster promo CINTA
Hari nie tengok vcd CINTA dengan Fit... dah dekat seminggu beli (yang ori yerk...) baru pagi nie dapat tengok bersama... menarik cerita dia, berbali kalau tengok...
Sebuah cerita yang mempunyai 5 buah kisah cinta.... kisah cinta antara kekasih, veteran, adik beradik, suami isteri dan remaja... Lepas tengok, fit tanya aku "Abang dah paham apa maksud CINTA?" satu persoalan yang tak tau apa jawaban yang di kehendaki...
Daripada penghayatan cerita ini, aku bergenang air mata bila melihat kisah cinta antara Cikgu Elyas dan Mak Bi (Ruiah) dan kisah Cinta Ris dan isterinya (aku tak ingat apa nama wife dia... Airin kalau tak silap). Aku memang orang yang sensitif... memang setiap cerita yang aku tengok, setiap lagu yang aku dengar... aku teliti... itu sebab kalau seseorang menyanyi, aku boleh terasa... bagi aku tiada cerita atau lagu yang sedap dan menarik... semuanya ada ciri-ciri tersendiri.. dan bagi aku, maksud yang disampaikan di sebalik lirik...
Di akhir cerita CINTA, aku dapat simpulkan cinta itu cuma satu sahaja.... kelima-lima kisah menunjukkan perkara yang sama (walaupun Fit tak setuju...) "cinta itu hadir bila orang yang memberi dan orang yang menerima gembira".... aku setuju yang lima kisah itu mempunyai pengakhiran yang berbeza... tetapi hasrat yang ingin disampaikan hanya satu... CINTA...
Dalam cerita CINTA nie... aku suka sountrack lagu Zainal Abidin "Ikhlas Tapi Jauh"...
0 komen