300

semalam aku dan geng-geng bujang terlajak keluar lepak-lepak... bila kami keluar semua tengok semacam jer... sebab semua badan besar-besar dan dua orang daripada kami botak... semua macam gangster... dan yg betul-betul bujang cuma dua orang, yang lain semua tena tinggal bini.. hehehehe

Petang semalam ada game volley ball... warga senior lawan junior NIOSH... tapi budak junior tak cukup... macam-macam alasan keluar, sakit perut lah, emergency lah, dsb... camana nak kerja lama... kami dulu bila baru masuk kerja, semua kerja buat... aku ingat lagi kena jaga pameran, amik buku, susun buku, buat air, pergi beli kueh, dan pelbagai tugas remeh temeh... tup-tup semua orang suka dan kontrak aku di tetapkan tak sampai setahun... baik beb, pijak semut pun tak mati, aku lah orang paling pertama datang pejabat dan orang terakhir balik rumah.... bila dapat jer conformation letter, esok terus jadi orang last datang opis dan orang first balik... hahahahahaha.... politik beb...

ok, balik cerita semalam... kami kemudian ke setapak pergi makan bihun sup... ok ler... nie hari kedua aku amik dinner. Dah lama aku tak amik dinner, hari sebelum aku pergi Seremban makan Char Kuey Teoy Juara. Abis dua pinggan aku sebat dan ke esokkan hari aku sakit perut sampat petang... Abis pekena Bihun, kami se kereta ke Mines tengok midnight cerita 300. Best gak cerita nie, since aku memang minat cerita-cerita sejarah kuno nie.

hmm... aku dah boleh tumpukan perhatian kepada benda lain... dah tak perlu lagi nak hidup dalam kepompong. Aku tak boleh nak kekalkan hidup aku, suka duduk di rumah. Aku kena keluar dan berjumpa orang. Tenang sungguh rasa hati bila hidup bebas nie. Dan semalam juga aku buat satu cerita yang menarik untuk hidup aku.... aku di beritahu yang sekarang aku ada borang tut yang telah di sign.... dan tak sangka, hidup aku masih laku.... hahahahaha, buat apa aku terhegeh-hegeh mengejar hati dan perasaan yang tidak ingin di kejar oleh AKU. Aku dah faham hakikat hidup ini, jika aku di mahukan, biar dia yang mengejar bukan aku. AKU yang dahulu sudah tiada. Sudah lenyap. Aku sudah berubah... Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berubah... kata proton, BERANI BERUBAH....

Gembira? memang aku gembira sangat. Gembira di beri petunjuk yang besar. Insya-Allah aku akan menjalani kehidupan baru. Kehidupan baru di tempat baru dan suasana baru. Alhamdulillah, syukur aku kepada Allah swt.

2 komen