Alhamdulillah... syukur...
Hari demi hari... hidup aku bertambah bermakna. Aku sudah boleh mengadaptasi sekeliling... rahsia diri aku tetap lagi rahsia...
Hari nie aku buat kerja agak banyak. Semangat untuk bekerja sudah semakin menghampiri. Malah kerja-kerja sukarelawan akupun makin bertambah ok. Hari nie cuba ke hentian Kajang bagi mendapatkan tiket balik Lumut. Malangnya yang ada kena naik di Pudu, lagi sebuah syarikat hanya bertolak hari Sabtu dan Ahad, itu pun jam 3 petang jer. Memandangkan hari Jumaat dan Isnin aku tidak dapat bercuti... jadi, kalau ada rezeki... insya-Allah aku balik lepas interview petang Jumaat dan aku cuba minta 1/2 day leave hari isnin. Petang Isnin aku kena mengajar Occupational Health Nurse.
Petang tadi gak, aku berjaya masukkan duit collection gathering ke bank muamalat aku.... kena simpan tempat lain supaya lebih selamat... dan insya-Allah bulan depan aku cuba buat simpanan tetap.
Petang nie takde apa-apa. Aku pergi gym dulu. Dapat ler 45 minit bersukan. Dan yang paling mengecewakan, kasut Reebok baru aku tidak sedap dipakai.... sakit sikit kat jari kaki masa berjalan atau berlari. Banyak aktiviti petang nie sebenarnya. Ada Bowling dan Futsal... memandangkan budget aku tak berapa hensem.... terpaksalah aku memilih ke gym untuk aktiviti petang....
Hari nie gak, aku sedar diri aku.... sebelum ini aku ternanti-nanti telefon aku berbunyi... tetapi kini tidak lagi.... hakikat, telefon aku tidak berbunyi lama, sudah boleh aku terima. Banyak peluang yang datang bergolek, banyak dugaan yang datang melayang.... cuma aku perlu menjaga diri sahaja. Dan insya-Allah ada orang yang sudi mengajak aku menonton Mukhsin hujung minggu ini.... Tapi aku tak beri keputusan lagi. Aku rasa aku masih setia.... insya-Allah...
Fikiran aku malam ini sungguh tenang.... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi...
0 komen