Death Note

Bosan... semalam tgh hari aku ke PutraJaya. Pergi majlis perkahwinan di Precint 9, Kawan abah... Petang aku alihkan kereta kat NIOSH dan malam lepak kat rumah...

Malam takde pergi mana, nak makan dah takde selera... sekarang aku hanya menunggu malaikat maut datang ambil nyawa jer... ntah bila masa tue nak tiba, rasa tak sabar sangat, walaupun aku tau aku bukannya di kalangan ahli syurga.... tetapi lebih senang kalau aku takde di dunia ini lagi... rasa malas sangat nak hidup bila kita tahu 2-3 tahun sebelum ini semua sia-sia. Apa yang kita beri dan harapkan semua sia-sia sahaja. Bila kita tahu kita di beri harapan tetapi dalam masa yang sama kita di tipu...

Last-last aku tengok DVD cerita jepun. Cerita Death Note... asal daripada anime jepun dan di jadikan live action movie. Lepas tengok movie, ingat boleh tido, tapi bila cuba-cuba lelapkan mata tak boleh... rasanya lepas jam 3 pagi baru tertidur... ini dah malam ke dua... bila tak boleh tidur nie, banyak perkara yang bermain di fikiran, banyak maklumat yang masuk, banyak ide yang bergolek, dan pelbagai-bagai lagi perkara yang boleh menjadi persoalan... orang-orang sekitar aku semua suruh keluar Dating balik.... tetapi aku memang dah tak boleh nak terima sesiapa pun buat masa ini...

Hari nie aku membuat perancangan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak aku... memang rasa kosong sekarang nie. Aku bukan jenis yang suka berkawan dan keluar bergembira. Bagi aku kehidupan aku hanya di rumah. Bila aku tiada rumah sekarang nie aku rasa kehidupan aku dah tiada lagi. Lebih baik aku pun tiada kat dunia nie lagi...

Kenapa emel 26hb bukan untuk aku? salahkah kalau di tujukan kepada aku? benda ini tidak dapat tidak, tidak boleh hilang daripada pemikiran aku. Memang cakap senang... perkara yang berlalu lupakan lah... tetapi selama ini dia tidak pernah melupakan perkara yang lalu... asyik menyalahkan aku... sekarang bila aku menggunakan tektik yang sama, cuba mendapatkan jawapan daripada persoalan lalu... aku di suruh lupakan... kenapa kau tidak melupakan dulu? kenapa kau suka sangat memperingati peristiwa-peristiwa lampau? kenapa kau mencemarkan diri aku?

0 komen