Kenapa tak call

hmm... tak tau nak cakap apa... hanpon aku dah lebih 24 jam tanpa gerak! tanpa ada satu panggilan atau sms atau miss-call. Mungkin sebab hanpon aku buruk... dan mungkin sebab hanpon aku dah rosak.... atau mungkin juga sebab aku tak bayar bill penuh bulan lepas... tapi camana pun memang takde sebarang bunyi...

Hari nie seharian aku di Batu Berendam, Melaka. Aku buat Customer Satisfaction Survey dengan Kris. Hari nie kami melawat 3 buah kilang iaitu Nasional Semiconductor, Infineon dan TEAC. Alhamdulillah, ke3-3 kompeni memberi feedback yang sungguh positif. Nie membuatkan aku kembali bersemangat untuk meneruskan kerja di NIOSH. hmmm... tak cukup lagi KPI aku untuk 3 bulan nie... aku masih hutang 2 kompeni untuk di lawat. Bilalah aku ada masa untuk melawat...

ok, berbalik kepada hanpon aku.... kenapa ia begitu mengganggu kepala aku... sebab aku tahu, kau dapat gaji dan sekali gus kau berDUIT. Memang sudah lumlah dunia... bila kau berduit, kau akan lupakan perkara di sekeliling... bila kau tidak berduit, di masa itulah aku terlintas di benak fikiran kau. Bila aku tegur perkara ini kau menangis menafikan. Ini bukan yang kau mahukan. Ini bukan cita-cita kau... tapi hakikatnya, inilah apa yang aku kena hadapi. Itulah kehidupan, orang kenyang... orang mudah lupa... orang lapar, orang mudah ingat.... itulah datangnya syariat berpuasa.... ada hikmahnya berpuasa sunat... sekurang-kurangnya kita beringat....

Bercakap pasal DUIT... aku sudah bosan berkata tentang DUIT.... kenapa manusia terlalu mementingkan duit? Kenapa manusia perlu menjadi hamba duit? Kenapa manusia terlalu mementingkan duit? duit, duit, duit.... ini yang nak nyanyi lagu Hattan... Duit, duit, dimanakau Duit... duit, duit, Hutangku membukit... betulkah sebab berhutang sehinggakan kita terpaksa menjadi hamba kepada duit? ke atau sebab bernafsu? ntahler... bukan kata aku tidak kisah... kalau tidak, takkan ler ia mengganggu fikiran aku... ia sudah begitu banyak mengganggu aku. disebabkan duitlah aku dibelenggu hidup oleh pelbagai anasir baik dan jahat...

Kenapalah aku terlalu negatif?... adakah kemungkinan kau di timpa masalah? semua sumber telefon telah di tarik kembali. Mungkin terlalu letih dengan keadaan sekeliling yang memenatkan... dan mungkin juga terlalu sibuk mengemas rumah.... cuma bagaimanapun alasan yang wujud... talian khabar berita tetap tidak diterima...

Salahkah menghantar satu perkhabaran berita... bukan aku nak sangatpun duit... cuma ingin tahu kau hidup atau tidak.....

0 komen