Ntah

tau nak buat apa dah... beberapa hari kebelakangan nie aku cukup penat. Mungkin sebab dah lama tak bersukan. Badan rasa terlalu letih. Kalau tidak mengenangkan jam 3.30 nie ada kelas SHO... mesti aku tengah tido lagi kat rumah. Semalam elok balik dari opis dalam jam 5 petang, sampai rumah terus hujan lebat. Aku sembahyang Asar dan terus tidur. bangun-bangun ingat jam 8 malam, tapi jam 10.30 malam.... pergh... tak sedar langsung.

Bila ingat-ingat balik... last Jumaat ada Happy Hour di NIOSH. Biasalah lepas perhimpunan bulanan. Aku ingat nak happy-happy, nak nyanyi satu dua lagu (karaoke)... tapi tak boleh... bukan dalam jiwa aku nak bergembira macam tue...

Last-last sebelum jam 5 petang aku naik ke opis dan surf internet... lagi baik...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Malam, aku balik rumah dan rehat... dalam jam 10 malam aku ke NIOSH ambil kereta. Nak park dekat rumah sebab jam 5 pagi aku nak ke LCCT hantar Fit. Singgah office dan surf sikit... epas tue Anuar dan Shidi ajak pergi main bowling. Kami ke Alamanda, tapi penuh lak. Kemudian kami ke Cheras makan Western. Aku makan sikit jer sebab sekadar meneman kekawan. Dekat jam 1 pagi baru balik rumah.

Kul 4.40 aku dah terjaga... bersiap-siap dan aku tiba seminit sebelum jam 5.30 pagi di parking VSP. Kami bertolak ke LCCT dan perjalanan tidak banyak bercakap... mungkin masih keliru.... Sampai di LCCT, Fit pergi check-in dan aku mencari parking. Kami makan sarapan di Asian Kitchen...

Photobucket - Video and Image Hosting
Nasi Lemak Special

Photobucket - Video and Image Hosting
Assam Laksa

Photobucket - Bil Asian Kitchen
Bil Asian Kitchen

Macam tuelah sedikit sebanyak rutin hidup aku minggu lalu... masih terpinga-pinga apa yang boleh aku buat... tapi perancan hidup mesti di teruskan. Hari nie cuba call banyak kali nak bercakap dengan Nuqman dan Pica.... tetapi tak berjaya...

0 komen