Perbezaan

Kisah kau
Kau terlalu loyal. Terlalu jujur. Terlalu bekerja keras. Terlalu akur. Terlalu naif. Tetapi kejujuran kau telah disalah ertikan oleh dia. Dia pergi meninggalkan kau kerana kejujuran kau.

Kisah Aku
Aku terlalu mempercayai. Terlalu bangga diri. Terlalu merancang. Terlalu berharap. Terlalu mengikut kata. Rupanya, aku diperalatkan, diperbodohkan, dipinggirkan. Hanya kerana aku terlalu mempercayai. Kepercayaan yang aku beri rupanya telah dikhianati.


Perbezaan Kau dan Aku
Kau takut untuk berlaku jujur lagi. Kau takut untuk terlalu berhati-hati lagi. Dan aku takut untuk mempercayai lagi. Takut untuk berharap lagi. Kau perlukan seseorang yang mampu memberi kau kepercayaan, yang mana satu ketika dahulu aku memilikinya. Aku perlukan seseorang yang sentiasa jujur, yang mana satu ketika dahulu kau punyai.


Sekarang.. tiada lagi kejujuran dalam diri kau.. dan tiada lagi kepercayaan dalam hati aku.. Jadi.. untuk apa diteruskan.. jika kita sama² begini? Untuk apa?


In life, we need understanding to achive our success..

0 komen