Hari nie aku berurus niaga dengan Telekom Malaysia. Aku ke TM Point... banyak iklan pasal TM Point kat radio, terutamanya pasal customer service. Kali terakhir aku ke Kedai Telekom nie rasanya 2 tahun lalu, bila nak masukkan line telefon di rumah. Selepas daripada itu semua transaksi melalui TM nie aku buat online jer...
OK, pengalaman aku di kaunter telekom tidak berapa baik. Aku pernah beberapa kali menunggu berjam-jam hanya untuk di panggil nombor giliran. Hari pun sama, hampir sejam aku mengunggu hanya untuk mendowngrade akaun streamyx. Kaunter yang cepat hanyalah kaunter membayar. Aku boleh membayar bil-bil tertunggak TM dan Streamyx dgn mudah.
Tetapi masa menunggu di kaunter... amatlah pedih. Bagi aku ini semua bukan salah telekom... tetapi salah pelangan TM. Ada beberapa pelanggan sebelum aku yang terpaksa di beritahu berulang kali seelum mereka paham situasi sebenar. Aku yang duduk 2 meter di belakang pun dah paham apa masalah pelanggan tue... dan ada beberapa prosedur yang terlalu remeh. Sehingga nak bukak akaun Streamyx di pejabat, aku tengok mamat tue berurusan lebih 45 minit... pergh... yang aku respek cuma satu, petugas-petugas kaunter dia memang peramah. Melayan pelanggan macam dah kenal lama.
Nasihat aku... Rakyat MALAYSIA... tolong ler banyakkan sikit membaca... beratus duit TM membuat risalah... buat apalah ambil nombor cuma untuk tanya soalan-soalan yang aku boleh jawab. Buang masa sungguh... lagi satu, tolong ler baca bil korang... nie terbayar lebih pon korang kata TM punya SILAP... bukan nak paham bil... nak kata pakcik... semua pelanggan muda-muda jer... tapi Malas Membaca.... Aku terpaksa berbuang masa sejam, semata-mata menunggu pelanggan-pelanggan yang tidak mahu membaca...
2 komen