Dah lama aku nak join group 3 rasa kat NIOSH. Group nie sebenarnya akan ke Seremban sekali sekala bagi makan dan minum malam. Kenapa 3 rasa? sebab air yang di pesan adalah spesel dan mempunyai 3 rasa. Air itu ialah Tongkat Ali (pure), Air Sarsi (pure) dan Air limau madu (pure). Pergh di punya penangan punyalah best. Dan warung nie cuma menyediakan nasi goreng dan ikan talapia sahaja. Ini sahaja speciality warang nih. Dan malam tadi aku bersama Mejor Hanif, Amin, Saupi dan Anuar ke sana. Kami ke Seremban (jalan menghala ke Kuala Pilah) selepas solat Maghrib.
Air 3 rasa
Nasi Goreng dan ikan talapia goreng
Alhamdulillah.... itulah ragam kehidupan. Makan-makan, kenyang dan jam 11 malam aku sampai rumah. Punyalah seksa malam tadi. Aku kena tido sorang-sorang atas lantai... Subhanallah...
0 komen