hmmm... apa nak citer? lagi-lagi pasal masalah daripada blog nie... tak abis-abis ada sahaja yang nak di katakan pasal blog... semua salah, tulis dan tak tulis... apa yang boleh aku buat untuk hilang daripada muka bumi ini?
Daripada hari Rabu lalu (4hb April 2007) aku ke Excel Resort di Broga, Negeri Sembilan. Aku kena mengikuti satu program TEAM BUILDING bersama dengan Excel Training and Consultancy yang mana pengarah urusan nya ialah Dato' Dr Fadzilah Kamsah... ok, aku tak nak komen pasal program nie dulu... itu insya-Allah akan akumasukkan didalam entri blog ini bila di beri peluang, Insya-Allah...
Kau dikatakan pandai... dan kau juga dikatakan bodoh dalam menilai... kenapa aku yang hina dina ini membuat BLOG?
- salah satu alat untuk AKU melepaskan STRESS. Ya.... aku melepaskan stress dengan bercerita. Tetapi aku tidak pandai bercerita dengan manusia... jadi aku hanya berinteraksi dengan mesin (maya).
- Bagi memberitahu perkara-perkara yang pernah tersangkut di dalam pemikiran aku. Bukan aku hendak mendokumentsaikan... tetapi aku hanya ingin memberitahu BAHAWA ini semua pernah mengganggu JIWA dan PERASAAN aku.
- Memberi tahu HASRAT dan KEINGINAN... bukan komen dan tulisan ini semua untuk membunuh atau marah. Ini sahaja peluang aku memberitahu... aku TIDAK SUKA, aku SUKA, aku GEMBIRA.... I'm suck at telling things... so I just write and write.... kenapa kau tidak boleh MEMAHAMI apa yang aku cuba sampaikan?
- Bagi anak cucu cicit aku mengenali diri aku suatu hari kelak.... aku tahu, aku akan menjadi SOMEBODY suatu hari nanti... dan aku juga tahu umur aku tidak panjang... sekurang-kurangnya aku ada sedikit cebisian diari untuk di kongsikan....
- Berkongsi...... kenapa bila orang bercakap aku di minta diam dan mendengar? tetapi bila aku bercakap, mereka semua membalas dan bercakap? Aku bukan paksa untuk mengambil tindakan tetapi aku memberitahu apa yang perlu di ambil!!!!
- Insya-Allah aku tidak marah dan berdendam... sekadar memberitahu apa yang pernah berlaku... kan ke setiap entri blog ada tarikh dan masa... cuba di kaji apa yang sebenarnya berlaku pada tarikh dan masa tersebut? kan ke bodoh, mengulangi setiap perkara yang dah berlalu?
oklah... ada banyak lagi yang nak aku kata... tetapi aku tidak ditanya khabar berita... dan sekarang kepala aku sungguh sakit akibat daripada 6 jahitan yang aku terima....
Alhamdulillah, aku masih hidup..... dan di saat ini aku mengampunkan semua yang sudi membaca blog ini walaupun terpaksa... INSYA-ALLAH....
0 komen