15hb lalu, kami sekeluarga menginap di Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Kuala Lumpur. Umi ada kursus di sama selama seminggu. Jadi kami sekeluarga di hotel daripada 15hb sehingga 19hb April. Aku lak bercuti pada 17 dan 18hb... jadi memang rehat habis ler...
Nuqman Tengok TV
Pica bersantai
Nuqman n Pica mandi dalam BathTub
Hari isnin malam kami ke Thaba Village. Hasil bacaan aku di Blog Dad of Four. Sungguh menyelerakan nasi biryani yang di syorkan. Memandangkan aku pun penggemar daging kambing dan Biryani... kesempatan ini tidak aku lepaskan... Alhamdulillah... merasa lagi satu nikmat dunia.
Anak-anak macam biasa, akan menyepahkan segala barangan di atas meja... hehehehe
Abah n Nuqman
Nuqman makan Banan-Split
Hari-hari mendatang, aku cuma lepak-lepak di bilik... sambil bersantai dan main PSP. Tak banyak aktiviti yang dapat aku buat melainkan LEPAK bersama anak-anak. Petang, setelah umi habis kursus, kami berjalan-jalan sekitar KL sambil naik KL Monorel. Bila lagi nak merasa naik monorel nih. Manjang jalan naik kereta jer... Merasalah gak anak-anak aku naik keretapi.
Jalan-jalan naik KL Monorel
Di Platform KL Monorel
Malam Jumaat, dah malas nak keluar makan atau pun dengan kata lain, aku malas nak keluar beli makan. Jadi perabihkan baki kredit kad dengan makan di hotel (Room Service). Bila lagi nak merasa makan-makan dalam bilik hotel macam orang kaya... hahahaha
Dapat ler kami makan sorang sedikit... buat hilang kempunan...
Dinner di hotel
Habuan kami sekeluarga
Alhamdulillah... dapat gak kami bercuti bersama-sama... Jarang-jarang dapat luangkan masa dengan keluarga sejak kebelakangan ini... asyik habiskan masa dengan dunia jer...
2 komen