Semalam aku dan Wife ke Mines tengok movie "Jangan Pandang Belakang". Kami sempat dapat tiket 7.40 mlm di Mines. Kelam kabut gak aku, sebab petang semalam ke Shah Alam ambil tayar kereta. Sampai opis dalam 5.50 petang, terus aku bergegas ke rumah.
OK, cerita dia bagi aku "boleh lah". Agak menyeramkan sebab kisah-kisah nie yang selalu kita dengar dan bercerita bila lepak dengan kawan-kawan. Bagi aku, part yang paling menyeramkan ialah masa Darma (lakonan Pierre Andre) balik ke Kampung di Perak dan Opah Darma (lakonan Rusminah Sidek) nampak benda tue. Opah Darma dah nyanyuk dan dia selamba jer bagitau dan cerita-cerita pasal benda tue. Memang benda-benda halus nie paling takut bila kita tak nampak.
Filem ini juga merupakan salah satu elemen perosak orang-orang Islam Malaysia. Sepanjang cerita menunjukkan pergaulan Lelaki dan Perempuan yang bukan muhrim dengan selamba keluar masuk rumah bujang. Dan yang kedua yang paling aku menyampah ialah sikap manusia yang lalai dan terus lalai. Bila betul-betul kena kacau dan rasuk, sibuk cari Allah swt. Bila dah tenang sikit, abis lupa semua tue.
Didalam panggung, kami mendapat kerusi di barisan kedua dari depan. Dan belakang aku ada sekumpulan makhluk Noq yang sepanjang cerita memberi komen-komen bagi meng'cover' ketakutan. Rasa macam tengok wayang kat kampung pun ada, mungkin dorang semua tak tahu yang pelakon dalam skrin tu tak boleh nak dengar pandangan-pandangan membina dan bernas dorang semua. Kemudian kat kerusi depan aku ada sekumpulan budak ponpuan bujang yang asyik menutup muka dengan paket twisties yang di bawa.... kerusi sebelah aku lak, tak henti-henti tengok jam. Mungkin ada perkara urgent yang memerlukan cerita habis awal. Mata aku lak tak boleh nak duduk diam. Ada jer benda yang boleh mengganggu konsentrasi, nie kena latih berikan tumpuan yang lebih....
Rating aku bagi keseluruhan cerita ini ialah 3.7 daripada 5 bintang. Sebab, benda yang terbang masih boleh melihat tali dia dan tangan benda tue suka sangat mengentel-gentel.
Camanapun, Alhamdulillah... aku dapat tengok keseluruhan cerita. Walaupun aku ni kurang minat tengok cerita-cerita hantu. Aku lebih suka tengok cerita-cerita komidi. Nak tengok Mr. Bean, tayangan jam 7 malam, jadi confirm maghrib akan di BURNkan dengan sengaja. Minggu depan boleh set tengok "SPIDEMAN 3" kot... Insya-Allah
2 komen