Team Building 4 - Day 2

NIOSH Team Building 4 - Day 2

Hari kedua penuh dengan aktiviti Out-Door di sebelah paginya. Selepas senaman pagi dan sarapan kami dikehendaki menghabiskan Excel Race. Excel Raca mempunyai 8 aktiviti yang di sediakan. Antara aktivitinya ialah:

  1. Obstacle 1
  2. Obstacle 2
  3. Obstacle 3
  4. JBA
  5. Titanic
  6. Membuat Rakit
  7. Sumpit
  8. Flying Fox

Daripada 8 aktiviti, Young Starz berjaya menduduki 3 tempat Juara, 4 tempat naib Juara dan 1 tempat terakhir. Kesemuanya mempunyai 4 pasukan iaitu:

  1. Mantap
  2. Young Starz
  3. 3 Rasa
  4. Koboi

Kesemua aktiviti menyeronokkan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti Senaman Pagi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebelum memulakan Excel Race

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 3

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 3

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 3

Semasa obstacle 3 ada sedikit kecelakaan berlaku kepada aku. Aku terlalu gelojoh menghabiskan 'commando crawl' sehinggakan kepala aku tercedera pada kawat duri. Panjang gak luka, ada dalam 2 inci. Penuh darah di muka aku... tetapi itu semua tidak membuat aku patah semangat untuk menarik diri.

Aktiviti selepas itu semua terpaksa aku habiskan dengan kepala berbalut.... boleh ler... ada ler sedikit parut kenangan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
JBA dan Titanic - hensem tak?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
JBA

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Membina Rakit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Berakit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Menyumpit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Taklimat sebelum Flying Fox

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Flying Fox

Habis aktiviti, seketariat (Jack) membawa aku ke kelinik di Semenyih. Pada mulanya aku bercadang ke kelinik bila balik ke rumah. Tetapi Yuzainie berkeras meminta aku ke klinik dan menjahit luka aku. hmm... bila agaknya aku dijahit... rasa macam jahitan terakhir semasa aku berkhatan... hahahahaha

Alhamdulillah, tiada komplikasi teruk semasa pendarahan. semua orang risau aku pitam bila melihat darah yang keluar daripada kepala begitu banyak. disebabkan luka itu berada di atas kepala dan secara tidak langsung ia menghalang penglihatan visual aku.... jadi pemikiran aku berkeras mengatakan luka itu hanya sedikit.

Berparutlah nampaknya kepala aku nih... kelau botak esok mesti nampak parut... rasa macam gangster sikit....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
6 Jahitan di Kepala aku daaa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti kumpulan malam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Persembahan kumpulan

Alhamdullillah.... berjaya juga aku mengharungi hari ke 2. Sedikit pengalaman yang menimpa diri aku untuk peringatan diri ini dan kawan-kawan. Ini kejadian ke dua dalam hidup aku yang berkaitan kecederaan di kepala. Kali pertama dulu semasa aku di Tahun 1 (UKM). Doktor terkejut melihat aku berjalan kaki ke klinik dengan selamba. Doktor yang merawat aku rasa bersyukur sebab aku tidak pitam, kalau mengikut tekanan darah pada masa itu... Alhamdulillah, Allah banyak memberi kekuatan dan keyakinan di dalam diri aku..... insya-Allah semua ini dapat membuatkan aku lebih tabah dan bersyukur kepadaNya...

0 komen