Official

Alhamdulillah,

Secara sahnya, kami sekeluarga dah berpindah rumah. Jarak cuma 1.7 km... Dua hari yang memenatkan, isnin dan selasa, kami berdua bertungkus lumus mengemas barang dan berpindah. Rumah di VSP dah ada Orang Iran sewa... untuk 3 bulan... Alhamdulillah, Terkeluar juga kami... kalau takde orang nak sewa, mesti sekarang nie masih melepak-lepak lagi. Kena ada pressure baru boleh buat kerja..

Sabtu dan Ahad hari tue aku takde kereta... pergi tukar tangki minyak... jadi secara rasminya, memang last week merupakan weekend paling idle. Aku cuma dapat beli T-Shirt Transformer je di Pasar Malam.

Apa yerk dah ada kat rumah 3/F...

  • Rumput dah pasang.
  • Dah tanam pokok limau, daun kari, pandan DSB
  • Lampu dah nyala.
  • ASTRO dah pindah.

Yang masih lagi tercari-cari ongkos untuk buat...

  • Besorkan dapur dan kabinetnya.
  • Beli Washing Machine dan IceBox
  • Amik katil baru
  • Beli katil Nuqman dan Pica
  • Buat wardrobe bilik

Yang lain KIV dulu... buat yang mustahak gile-gile... ok, minggu depan dah boleh start kemas rumah... hehehehe

2 komen