sikap

semalam itu memenatkan... Insya-Allah kita boleh buat ia mengembirakan... GEMBIRA? Insya-Allah aku boleh memilih untuk bergembira. Bagaimana aku gembira dan apa definisi gembira aku, itu kena check dengan diri sendiri. Kalau hidup ini boleh di beritahu oleh setiap makhluk kehendaknya dan maksudnya... alamatnya, takdelah perang-perang, takde gaduh-gaduh DSB. Itu sebab manusia di kurniakan dengan sifat pelupa.

ntah, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi... bagi aku, setiap yang berlaku adalah hasil daripada kita minta. Kalau kita minta nak mati, insya-Allah keadaan di sekeliling kita membuatkan kita macam nak mati. Kalau kita cakap nak kaya, Alhamdulillah, keadaan sekeliling kita membuatkan kita kaya. Dalam islam, ia dipanggil usnuzon. Ini definisi aku... insya-Allah aku boleh bersangka baik, tapi dengan syarat besar... keadaan di sekeliling membenarkan aku bersangka baik. Tak kanlah aku nak bersangka yang tahi itu wangi kalau dah depan mata aku itu memang tahi. Itu dah kira melampau....

Minggu ini banyak dugaan yang datang di keliling aku. Dan alhamdulillah bukan semua dugaan itu negatif... lebih separuh memang dugaan positif. Dugaan di beri kemewahan di kala aku sudah mencukupi semuanya. Dugaan di beri kasih sayang di kala aku sudah memilikinya. Pelbagai dugaan lagilah... Terpulang kepada individu untuk bermuhasabah diri sendiri.

Itu sahaja komen aku untuk hari ini.

Semalam aku main boling... lawan kelas SHO.... kalau dapat gambo, nanti aku updtaekan... Insya-Allah

2 komen