Alhamdulillah.... rakyat Malaysia dikatakan telah mula menunjukkan keberanian dan keterbukaan. Kemenangan besar Barisan Alternatif pada Pilihanraya ke-12 merupakan satu titik tolak perubahan dalam negara. Aku sebenarnya tidak menaruh harapan langsung kepada Pilihanraya Malaysia sebelum ini. Ini kerana terlalu ramai gangster dan penganas yang menakut-nakutkan rakyat... sebelum ini, rakyat di takutkan dengan Malaysia Yang Tidak Aman sekiranya ia beralih kuasa....
Aku ada bertanya.... adakah Malaysia kini Aman??? YA... Kenapa Malaysia sebelum ini Aman??? Tiada pemberontakkan yang berlaku... Kenapa tiada pemberontakkan dan peperangan??? kerana Pembangkang menjaga keamanan Malaysia sekarang... DAN, Jika Malaysia jatuh ke tangan parti LAIN dan MEDIA menunjukkan MALAYSIA TIDAK AMAN pada waktu itu, SIAPAKAH PEMBANGKANG PADA KETIKA ITU dan SIAPA YANG MENJAGA KEAMANAN SEBENARNYA??? diam semua pakcik-pakcik di sana!!!!.. hmmmmm.... aku harus memikirkan satu kerusi untuka aku selepas ini... hehehehe
Dan pada PRU12 kali ini... hanya kawasan-kawasan BANDAR dan BANDARAYA yang dapat di tawan Barisan Alternatif!!! kenapa???..... jawapan mudah... rakyat di bandar terpaksa hidup sendiri tanpa bantuan kerajaan sedia ada??? Perbelanjaan sendiri??? Kos hidup sendiri??? pekerjaan sendiri???... berbanding rakyat-rakyat di luar bandar... mereka masih di takut-takutkan bergantung kepada kerajaan tempatan masing-masing... pekerjaan masih mengharapkan orang dalam!, perniagaan masih mengharapkan orang dalam!..... jadi sendiri mesti faham!
Aku amat percaya... Barisan Alternatif ini akan mentadbir LIMA negeri ini sebaik mungkin... kerana matlamat mereka hendak mentadbir MALAYSIA... tidak boleh lagi mentadbir ala budak-budak... 5 Negeri ini harus menunjukkan kepada Malaysia... Bagaimana corak pentadbiran BARU!!!... Buktikan kepada semua pengganas sebelum ini yang hanya berani menakut-nakutkan golongan yang lemah... hanya berani memijak golongan yang lemah...
hmm... banyak yang hendak di luahkan... tapi aku masih mengantuk... mengantuk sebab semalam tadi berjaga hingga 4 pagi.... Kerajaan SELANGOR masih tidak di tentukan siapakah Menteri Besar!... dan semalam juga aku terpaksa berjalan kaki selama lebih 25 minit untuk ke tempat pembuangan Undi di KUIS.... di dewan, aku terpaksa beratur lebih 40 minit sebelum aku dapat membuang undi... Alhamdulillah, ada insan yang sudi menumpangkan aku balik selepas itu.... Terima Kasih....
TAKBIR!!!!
1 komen